nuffnang ad

Tuesday, May 13, 2014

Akhirnya, Dah Dapat Tarikh Dah

Assalamuaaikum wbt...

Selepas 2 bulan menunggu, akhirnya dah dapat date untuk operate jantung Khalish. Sepatutnya tak payah tunggu, tapi sebab ada miscommunication sikit, tu yang jadi lambat sikit. Takpe la, yang penting date dah confirm sekarang ni.


Aku gembira sebab kalau boleh biarlah dia operate masa dia kecik ni. Kalau dah besar nanti, dah melasak segala, macam susah la jugak.

Tapi dalam masa yang sama, aku takut juga memikirkan segala kemungkinan yang ada. Menurut kata surgeon tu, 95% berjaya. Tapi kepala otak aku ni berat memikirkan 5% lagi tu.

Kalau ikutkan memang aku emosional sangat sekarang ni. Plan asal, aku nak ajak Nuar bercuti sebelum Khalish nak operate ni. Nak bagi diri sendiri gembira. Nak bagi Amirul gembira juga sebab sepanjang Khalish kat hospital nanti, mesti dia jarang nampak muka kitorang. Nak bagi Khalish gembira jugak sebelum dia rasa sakit nak kena operate nanti. Nak ambil gambar dengan Khalish banyak-banyak sebab mana la tau kalau itu gambar kitorang yang terakhir.

Tak tahu kenapa otak aku asyik memikirkan kemungkinan yang satu tu. Serius, aku memang sangat takut.

Tolong doakan yang jodoh Khalish dengan kami sekeluarga masih panjang...





posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment