nuffnang ad

Saturday, May 19, 2012

Untuk Pecinta Handbag


Sesiapa yang sangat suka handbag dan sanggup habiskan duit pada handbag, silalah pergi sales ni. Ada beberapa design yang agak murah dari harga asal. Esok masih ada satu hari lagi. Pergi pagi-pagi supaya tak perlu nak beratur lama-lama.

Waktu nak masuk, kena beratur sebab diorang tak kasi masuk ramai-ramai dalam satu masa. Bila tengok orang lain yang keluar dari bilik tu hanya pegang 1 paper bag, atau langsung tak pegang apa-apa, Nuar pun dah bersuara.

Nuar: Orang tak beli pun, mesti mahal.


Aku: Handbag macam ni mana ada orang beli banyak-banyak.

Kalau nak diikutkan aku dah berkenan 1 handbag Coach dan Bottega.
Kalau nak ikutkan memang aku swipe saja credit card.
Dah 2 kali aku duk pegang-pegang, gaya-gayakan.

Tapi berbelah bagi sebab nafsu kata 'ya', akal kata 'jangan'. Disebabkan aku agak waras tadi, haruslah kena ikut cakap akal.

Sempat lagi berpesan kat Nuar...

Aku: Awak, tak payahlah belikan Minn handbag ni. Kalau awak hadiahkan handbag ni kat Minn pun, Minn tak gembira.


Nuar: Apasal pulak?


Aku: Minn nak emas!

Yerr, aku sangat suka emas, walaupun hanya sekadar loket yang kecil.

Nak Kongsi Ilmu Rumah Tangga Sikit

Baru sudah bercerita dengan mak pasal tanda lahir yang ada pada bayi. Setakat ni tak nampak pula sebarang tanda lahir pada Amirul.

Menurut mak (orang tua-tua dulu beritahu mak), tanda lahir yang warna kemerah-merahan tu terjadi pada bayi sebab mak bapak dia ada melakukan hubungan intim semasa si emak masih belum kering haidnya.

Aku tak pasti kesahihan perkara ni, dan mak pun tak pasti akan kesahihannya. Benda ni mak dengar dari orang-orang tua. Tapi nak kongsi juga sebab dalam Islam pun tak membenarkan hubungan intim sewaktu haid.

Thursday, May 17, 2012

4 Tanda Hidup Tak Berkat

Akhir-akhir ni aku selalu risau kalau hidup atau rezeki yang aku dapat tu berkat atau tak. Harini ternampak info mengenai keberkatan yang di kongsi rakan Facebook. Jadi aku pun kongsi dekat sini untuk peringatan diri sendiri dan pembaca lain (tu pun kalau ada yang membacalah, hehehehe ). Tak tau siapa yang tulis tentang info ni, jadi tak dapat nak beri kredit.

Salam, banyak sebenarnya tanda-tanda jika kehidupan kita ini tidak mendatangkan keberkatan namun sebahagian tanda-tanda dibawah ini juga jelas membayangkan kehidupan kita ini tidak mendatangkan keberkatanNYA Na’uzubillah


Tanda-tanda hidup kita tak berkat ialah :

1. Duit banyak, tapi cepat jer habis.
Tak tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup jer. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.

2. Buat kerja, tak siap.

Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala. Satu pun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan.

3. Buat sesuatu, tak dapat manfaat.
Baca buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat. Nasihat orang pandai, tapi diri pun tunggang langgang.

4. Masa habis dengan sia-sia.
Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Leka main fesbuk, leka tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main game, leka melepak dengan kawan-kawan. Tapi nak luang baca Quran 5 minit sehari pun tak boleh. Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir langsung tak amal. Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas.

Adakah anda salah seorang yang mengalami atau merasai tanda-tanda di atas?


Mari kita sama-sama muhasabah diri. Tanya pada diri, adakah kita salah seorang daripada orang yang tidak mendapat keberkatan dari Allah.

Aduh, alangkah malang dan rugi nya kalau kita gagal mendapat keberkatan dalam hidup ini. Kerana kita bukan saja akan rugi di dunia ini, malah akan bangkrap di akhirat nanti. Na’uzubillah. Sama-sama kita taubat dan mohon taufik hidayah daripada Allah ta’ala untuk memperbaiki iman dan amal kita masing-masing. Sama-sama muhasabah dan mengingati diri sendiri juga.

Friday, May 11, 2012

Maaf, Awak Salah Orang

*MODE SAKIT HATI

Yer, mungkin aku dah jadi pendiam sekarang. Tapi itu tak bermakna aku takut. Aku diam sebab aku tak nak bergaduh dengan budak-budak. Apa gunanya menang kalau lawan hanyalah seorang budak yang tak matang. Dan aku tak nak orang lain pandang aku sebagai budak-budak juga, sama seperti mana orang lain pandang kau.

Kau banyak cakap, tak bermakna kau besar, tak bermakna kau kuat, tak bermakna kau menang. Sebab setiap patah perkataan yang keluar dari mulut kau adalah tak bermakna, menambahkan rasa meluat orang lain pada kau.

Oh, masa aku terlalu berharga untuk dibazirkan dengan mengadu tentang kesalahan orang lain pada ****, teruskan dengan perangai kau tu, sebab kau akan semakin 'disukai ramai' dan teruskan mengumpul lebih ramai 'kawan'.

Tapi satu benda yang harus kau ingat, walaupun aku dah jadi pendiam, AKU TAK KAN SEKALI-KALI BENARKAN KAU PIJAK AKU!

Ya Allah, Berkatilah Rezeki Kami Sekeluarga

Akhir-akhir ni aku selalu mengadu pada Nuar yang aku tak puas hati dengan kenaikan gaji aku. Walaupun dapat gred yang baik waktu penilaian, tapi kenaikan gaji tu hampir sama dengan orang lain yang dapat gred lagi rendah. Perkara yang sama berlaku 2 kali berturut-turut. Aku rasa tak adil, aku rasa dah malas nak rajin bekerja lagi. Kira demotivated la ni huhuhuhu.

Tapi Nuar suruh aku bersabar. Dia kata mungkin itu bukan rezeki aku. Mungkin Allah akan beri rezeki tu pada Amirul dan bukan pada aku. Maksudnya mungkin Amirul akan jadi anak yang bijak, anak yang taat, anak yang sentiasa murah rezeki, pendek kata yang baik-baiklah.

Sekarang ni mak dan abah aku ada dekat rumah aku, jadi TV dekat rumah tu memang selalulah memaparkan rancangan agama. Walaupun tak khusyuk menonton (sebab leka baca blog orang), telinga aku tetap mendengar jugalah butir bicara ustaz-ustaz tu. Salah satu perkara yang aku dengar dan membuatkan aku khuatir adalah mengenai rezeki yang halal dan berkat.

Aku tak ingat aku dengar dari rancangan yang mana satu, tapi ada seorang ustaz yang cakap, kadang-kadang anak selalu sakit sebab makan dari hasil yang tak berkat. Bila Amirul selalu batuk-batuk dan sekarang ni cirit-birit membuatkan aku terfikir, dari sumber yang berkatkah makanan yang aku suap ke mulutnya?

Sebagai seorang pekerja yang makan gaji, tidak aku nafikan yang kadang-kadang aku ada juga curi tulang. 'Curi tulang' yang aku maksudkan - adakalanya datang lambat ke office, adakalanya berbual dengan teman sekerja, adakalanya buka FB sewaktu bekerja, adakalanya pergi makan tengahari lebih dari satu jam. Mungkin dari perkara-perkara beginilah yang menyebabkan rezeki kita kurang keberkatannya.

Aku selalu juga  bekerja lebih masa dan pada hujung minggu secara percuma (sebab tak layak nak claim OT huhuhuhu), jadi aku harap ia mampu nak top-up balik masa-masa yang aku curi tu.

Ya Allah, aku cuba untuk memperbaiki diri, semoga setiap waktu aku di pejabat itu bermanfaat dan semoga rezeki aku itu berkat untuk aku suapkan ke mulut keluargaku. Ya Allah, lindungi kami dari segala penyakit yang merbahaya, lindungi kami dari segala anasir-anasir dunia.

Amin... 

Sunday, May 6, 2012

Bebola Daging Air Tangan Cik Puan Siti Aminah

Hehe, walaupun rupanya nampak hitam legam, tapi memang sedap ok. Ini memang 100 peratus homemade. Punyalah homemade sampai daging pun kisar sendiri.

Kalau agak-agak terliur tu, nah ambil resipi ni. Kalau malas, ha pergilah drive ke IKEA.

500 gram daging segar
3 biji bawang putih
1 biji bawang besar
1 sudu teh garam
1 biji telur
1 susu teh lada sulah

Cara membuat memanglah senang yang teramat. Kisar daging sampai hancur. Lepas tu campur semua bahan dalam mangkuk. Gaul-gaul sampai sebati. Lepas bentukkan jadi bebola kecil. Sebab aku kedekut, aku buat kecil-kecil. Dapatlah 60 biji.

Nak goreng boleh, nak bakar pun boleh. Sebab aku ni ala-ala pemalas sikit, bakar sajalah dalam oven selama 30 minit suhu 170'C.

 

Nota Kaki - Untuk semua suami (ditujukan khusus untuk En Anuar), kalau nak isteri yang rajin memasak, suami pun mestilah rajin nak puji masakan isteri. Mak aku rajin nak memasak sebab abah memang ringan mulut nak memuji. Dah la bagi pujian, makanan tu pun abah akan makan sampai habis.


Thursday, May 3, 2012

Beruk, Kelapa Dan Dot Dot Dot

Suatu hari seekor beruk telah muncul di rumah emakku (sebenarnya ada 4 ekor, tapi sempat ambil gambar seekor saja).



Tujuan utama kedatangan beruk adalah untuk mengambil upah menurunkan kelapa.

  Berehat sebentar dengan sebiji kelapa muda.



Inilah orang yang paling gembira dapat tengok beruk.


Nota Kaki - Ya, entri ni memang tiada motif. Saja nak masukkan gambar kejadian di dalamblog huhuhu

Hilang Sudah Pipi Tembam Anakku

Minggu lepas Amirul admitted di KPJ selama 4 hari gara-gara cirit-birit yang sangat teruk. Malam Khamis, seperti biasa pada pukul 10.30, aku bawa Mirul masuk ke bilik untuk tidurkan dia. Beberapa minit selepas tu, dia mula melalak-lalak-kuat-gila-sambil-menghempas-hempaskan-badan-di-pangkuan-aku. Dan melalui pengalaman aku, kalau dia berkelakuan begitu, maksudnya dia sedang menanggung kesakitan, cuma tak tahu apa sakitnya. Tak lama selepas itu, aku tengok dah ada 'penunggu' dalam pampersnya.

Bila dah bersihkan semua 'penunggu' tu, Amirul pun tidur dengan lena. Tapi dua jam selepas tu dia mula melalak-lalak-kuat-gila-sambil-menghempas-hempaskan-badan-di-pangkuan-aku lagi. Bila periksa, dah ada 'penunggu' lagi. Benda ni berulang-ulang setiap 2 jam sampailah pukul 6 pagi dan lagi menakutkan aku kawasan 'tut' dia dah menjadi merah. Sepanjang 6 bulan umur Amirul ni, tak pernah lagi 'tut' merah. Bila aku bersihkan 'penunggu' tu, Amirul melalak-lalak kesakitan lagi. Disebabkan tak sanggup nak tengok Amirul melalak macam tu, kami terus bawa Amirul ke DEMC pagi tu juga.

Bila balik rumah bermulalah aktiviti cirit-birit Amirul. Setiap 30 minit ke 1 jam, mesti ada 'penunggu' dalam pampers dia. Disebabkan 'tut' dia dah merah, kami ambil keputusan untuk bogelkan saja Amirul.

"Tak apa, Mirul 'iyak' la dekat Mommy dengan abah". Sebagai anak yang patuh, memang Amirul 'iyak' di pangkuan kitorang.

Sepanjang hari memang Amirul menangis dan merengek saja, tak ada kemanisan langsung pada muka dia. Lebih kurang pukul 3 pagi, kitorang rasa badan Amirul panas, demam. Lagi menakutkan 'iyak' dia bertukar kepada warna hijau yang pelik, warna hijau 'vitagen'. Pukul 3 pagi kitorang bawa Amirul pergi KPJ.

Menurut doktor, tindakbalas kuman menyebabkan 'iyak' bertukar ke warna hijau pelik tu. Lepas buat pemeriksaan darah, Amirul bebas dari denggi. Fuh, selamat! Tak sanggup nak tengok Amirul kena cucuk.

Kami pulang ke rumah semula. Tapi Amirul dah mula tak nak minum susu. Pukul 8 pagi, aku kemas semua keperluan dan kami ke KPJ semula. Amirul pun dimasukkan ke wad. Nasib baik dah bawa semua keperluan ke hospital. Menurut doktor tak perlu drip Amirul sebab dia nampak aktif. Ya, di mata orang lain memang Amirul nampak aktif. Tapi bagi kami, Amirul dah mula lemah. Nasib baik juga Amirul tak di drip, tak sanggup juga nak tengok dia kena drip.

Doktor tukar susu Amirul kepada lactose free milk. Menurut doktor, lactose ni adalah makanan kepada virus jahat yang ada di dalam usus. Sebab tu kena tukar kepada lactose free milk ni supaya virus ni tak mendapat makanan lalu mati :)

Tapi bukan senang nak beri Amirul susu ni, memang dia tak nak. Nasib baik susu badan masih ada lagi.

Pengalaman di hospital memang banyak, tapi aku tak berniat nak cerita di entri ini. Mungkin di entri lain.


Hari pertama, pipi masih nampak tembam. Tapi sekarang dah tak setembam ni huhuhu.
 
Saya meraikan kekalahan Manchester United di hospital. Pipi saya dah tak segebu dulu, perasan tak?
 
Inilah cara Abah menjaga saya, dia tumpang tidur sekali...