nuffnang ad

Monday, January 13, 2014

Dilema Ibu Beranak Dua

Pada suatu petang yang agak panas, si ayah mengajak keluarganya untuk berjalan-jalan menghabiskan minyak kereta dan duit. Si isteri dengan separuh rela mengikut sahaja.

Berikut adalah perbualan sepasang suami isteri tersebut semasa di dalam perjalanan.

Isteri: Awak ni asyik nak ajak berjalan je, saya nak duduk rumah, nak kemas rumah. Rumah kita dah macam tongkang pecah dah.

Suami: Ala, kalau duduk rumah pun bukan dapat kemas, lagi bersepah ada la. Makin Amirul buat sepah kat rumah.

Isteri:....

Isteri terdiam sambil berfikir. Betul gak tu, aku kemas meja makan, Amirul sepahkan dekat sofa dengan depan tv.

Aku kemas sofa pulak, belum sempat nak kemaskan depan tv, Amirul dah sepahkan dapur pulak. Kejap lagi Khalish pulak merengek, nak susu.

Wuargh, kalau macam ni bila nak habis kemas ni?

Nota kaki: Ini bukan rungutan, sekadar coretan kenangan sahaja :)

posted from Bloggeroid