nuffnang ad

Wednesday, November 30, 2011

Masak Rebus Lobak Putih... Nasib Baik Tekak Boleh Terima

Ok, tak payah nak drama lebih-lebih. Tekak aku ni semua benda pun boleh sumbat, semua benda pun sedap. Bab makanan, aku memang tak cerewet. Campak kat mana-mana pun boleh hidup, sebab semua benda pun aku bedal dengan berselera.

Mulai hari ini, lobak putih akan menjadi salah satu makanan ruji aku. Ni semua gara-gara susu badan yang tak mencukupi untuk susukan Miwul. Untuk Miwul, Mummy sanggup buat apa saja. Ok, sila hentikan drama ini.

Senang sangat nak masak Rebus Lobak Putih ni.

Lobak putih - dihiris nipis
Bawang merah - dihiris

Halia - dihiris

Ikan bilis

Asam keping - optional
Lada hitam / cili padi
Garam - secukup rasa

Masukkan semua bahan dalam air yang mendidih. Masak sehingga lobak empuk. Hidangkan.


Aku 'terpaksa' berhenti minum barli, sebab ada orang kata barli ni sejuk, tak elok untuk orang yang berpantang. Tapi mak aku kata berpada-padalah kalau nak berpantang pun, jangan sampai badan tak ada tenaga pula. Ok lah,mak memang sempoi. Aku memang akan ikut cara mak aku berpantang, dah terbukti dah. Umur 40 pun mak aku cergas saja lahirkan adik bongsu aku. Sekarang umur mak dah 60++, Alhamdulillah masih sangat kuat dan cergas dan tak ada apa-apa penyakit pun.

Semalam bawa Miwul pergi DEMC untuk pemeriksaan. Waktu tengah tunggu giliran, datang seorang budak lelaki (lebih kurang 4 tahun) menghampiri aku yang tengah memangku Miwul.

Boy : Oooo, baby.

Lepas tu dia lari dekat mak dia. Beberapa saat lepas tu, dia datang semula.

Boy : That's my baby brother.
Miwul's Mommy : Oh, do you have baby sister?
Boy : No, I don't have.
Miwul's Mommy : Do you want a baby sister?
Boy : Mama said we can't have it. She said me and my baby brother gave her so much trouble already.

Budak, kau sangat comel ok.

Friday, November 25, 2011

Nyanyi-nyanyi Time

I love you,
You love me,
We're a happy family,
with a great big hug,
and a kiss from me to you,
Won't you say you love me too

I love you,
You love me,
We're best friends like friends should be,
With a great big hug,
And a kiss from me to you,
Won't you say you love me too

Baru sudah sesi nyanyi-nyanyi dengan Miwul. Miwul, cepatlah bercakap, banyak lagu best nak nyanyi-nyanyi ni.

Oh Mickey what a pity you dont understand
You take me by the heart
When you take me by the hand
Oh Mickey You're so pretty
Cant you understand?
Its guys like you Mickey
Oh what you do Mickey
Do Mickey
Dont break my heart Mickey

Mommy yang enjoy lebih, Miwul terkelip-kelip saja tengok Mommy dia. Aku tak tahu apa lagu kanak-kanak yang terbaru, jadi marilah kita nyanyi lagu-lagu evergreen.

Tengah sedap-sedap nyanyi hujan turun dengan lebatnya. Tapi, ada aku kisah.Yang penting kita enjoy :P

Tuesday, November 22, 2011

Melentur Buluh Biar Dari Rebungnya...

I'm teaching my one-month-old-son to say :

"Mommy, may I have some milk, please"

Sayup-sayup dari dalam bilik, aku dengar ayah aku cakap, "Budak tu kecik lagi".

Orang tua-tua kata, melentur buluh biar dari rebungnya, aku tengah cuba praktikkan lah. Miwul, setiap kali nak susu, sila bersopan-santun yer. Jeritan awak tu satu kampung boleh dengar.



Monday, November 21, 2011

Sunday, November 20, 2011

20112011

Tarikh hari ni memang cantik, 20112011 (20/11/2011) dah harini adalah harijadi aku.

:)

p/s - Hadiah harijadi yang terindah - Amirul Hadif bin Khairul Anuar

Petua Untuk Melegakan Batuk Pada Bayi

Dalam entri yang lepas, aku ada janji untuk kongsi petua melegakan batuk. Aku dah cuba pada Miwul, Alhamdulillah memang berkesan.

Batuk Miwul sangat teruk. Setiap kali dia batuk yang kencang, mesti Atuk dan Uwan nya cepat-cepat berlari dekat Miwul untuk gosok-gosok dada dia. Aku sendiri pun tak sanggup nak tengok Miwul batuk sampai aku selalu cakap kat Miwul, "pindahkanlah batuk tu kat Mommy, biarlah Mommy yang batuk, biarlah Miwul sihat". Ada 2 petua yang aku nak kongsi di sini. Aku amalkan dua-dua.

Yang pertama untuk legakan batuk. Ambil sebiji bawang putih dan bakar pada api, tapi jangan sampai hangus. Kemudian gosokkan pada permukaan yang kasar untuk menghancurkan bawang tersebut. Campurkan bawang yang telah hancur dengan sedikit minyak masak. Sapukan pada bahagian dada bayi.

Yang kedua untuk mengeluarkan kahak dan melegakan batuk pada bayi. Sebab bayi ni kecil lagi, manalah diorang tahu cara nak buang kahak kan. Dengan mengamalkan petua ni, kahak akan keluar sebagai najis. Ambil beberapa helai daun kaduk, campurkan dengan sedikit kapur sirih (sikit saja tau) dan air paip. Ramas daun kaduk sehingga lumat. Sapukan pada dada dan perut bayi.

Pada mereka yang tak kenal daun kaduk, aku sertakan gambarnya sekali. Orang Negeri Sembilan mesti kenal daun ni sebab ni daun ni salah satu ramuan untuk memasak Sambal Daun Kayu.

Semoga info ni bermanfaat untuk kamu :)

Saturday, November 19, 2011

Happy One Month Birthday Amirul Hadif

Birthday cake yg dikongsi mak dan anak



Birthday boy & birthday girl...

Yeah, putera hati saya sudah genap sebulan harini. Cepatnya masa berlalu. Tapi dalam masa sebulan ni, macam-macam penyakit hinggap kat anak aku ni. Mula-mula kena kuning. Tapi tak teruk sangat, tak masuk hospital pun. Hanya kena periksa darah. Bergenang juga air mata aku bila dengar Miwul menangis masa ambil darah tu.

Lepas tu kena sakit mata pula, lebih 2 minggu juga baru sembuh. Sepanjang hari dia menangis saja. Muka pun comot saja, sebab banyak tahi mata yang keluar.

Lepas tu kena batuk pula, batuk agak teruk. Tak sanggup tengok dia batuk, sampai buntang-buntang mata dia tahan sakit. Setiap kali lepas batuk,mesti dia akan menangis. Rasa kesian sangat. Bawa dia buat pemeriksaan di hospital, tapi doktor kata tak boleh kasi dia makan ubat memandangkan umur dia belum sebulan lagi. Doktor hanya suruh aku gosok-gosok belakang dan dada dia setiap kali dia batuk untuk tenangkan dia. Aku pun tanya Encik Google, cari petua untuk legakan batuk pada bayi. Alhamdulillah, batuk dia dah hampir sembuh sekarang, cuma sesekali akan batuk juga. Nanti aku share petua ni dalam entri yang berikutnya.

Kelahiran Miwul ni bukan hanya ditunggu-tunggu dan menggembirakan aku dan Nuar, tapi juga oleh seluruh keluarga aku. Miwul adalah cucu pertama mak ayah aku dan juga anak buah pertama untuk adik-adik aku. Sebab asyik mengadap Miwul setiap masa, kadang-kadang mak aku lambat memasak, lambat jemur baju, nasi pun pernah hangus, nak keluar jalan-jalan pun malas. Itulah kesan kehadiran Miwul dalam keluarga aku.
Miwul - beberapa minit selepas dilahirkan

I'm a boy!!!

Aku disah mengandung lebih kurang 11 bulan lepas kami berkahwin. Perasaan gembira tu jangan ceritalah, sebab dah lama sangat kitorang tunggu nak dapat anak ni. Selera aku sepanjang mengandung ni agak ekstrim juga, banyak benda yang aku teringin nak makan. Nasib baik Nuar jenis suami yang rajin nak melayan selera aku ni hehehe. Aku gembira dengan kandungan ni sebab dah tak tahan dengan soalan-soalan orang keliling yang tanya bila nak mengandung. Mungkin mereka lupa yang rezeki tu datang dari Allah, kita hanya mampu berusaha dan berdoa.

Mengikut perkiraan doktor due date untuk kandungan aku adalah pada 17 Oktober. Tapi 2 minggu sebelum due date tu aku dah rasa sakit yang berpanjangan. Jadi mak ayah aku pun datang ke Shah Alam sebab ingat aku dah nak melahirkan. Malangnya hanya sehari saja aku sakit, lepas tu sihat walafiat sampailah tarikh due tu.

Disebabkan langsung tiada tanda-tanda yang aku akan melahirkan, doktor cadangkan untuk aku induce. Jadi 18 Oktober aku pun menyerah diri masuk hospital. Proses induce bermula pada pukul 9 pagi menggunakan ubat. Lebih kurang pukul 2 petang aku rasa macam nak demam dan mula muntah. Tak lama lepas tu darah mula keluar dan doktor kata dah ada bukaan 1 cm.

Perkara paling kelakar bila aku kata pada jururawat yang aku belum rasa contraction lagi, tapi melalui CTG, jururawat tu kata contraction dah ada dan semakin kerap. Tapi memang masa tu aku belum rasa sakit lagi, hanya rasa tak selesa sahaja, siap boleh main games lagi semasa dalam labour room tu.

Bila dah demam selera makan pun tak ada, lebih kurang pukul 2 pagi aku dah mula rasa sakit. Bukaan dah hampir 4 cm. Sekali lagi aku pergi labour room dan tidur di sana. Aku dah mula tak boleh tidur sebab contraction tu semakin hebat dan kerap. Setiap kali sakit, aku minum air dan minta Nuar usap-usapkan belakang aku. Kesian Nuar sebab dia pun tak dapat tidur lena sangat hehehe. Awak, terima kasih. Terima kasih untuk mak juga sebab tolong temankan di wad. Boleh kata malam tu aku, Nuar dan mak aku tak dapat tidur lena sebab jururawat selalu datang ke bilik utuk periksa suhu badan dan tekanan darah aku. CTG pun kerap juga dibuat.

Tenaga aku semakin hilang sebab tak tidur, demam dan muntah. Keesokan harinya, pukul 8 pagi bukaan baru nak memcecah 5 cm. Aku dah tertekan sebab lama sangat nak tunggu bukaan mencecah 10 cm. Nak tunggu dari 4 cm ke 5 cm pun mengambil masa beberapa jam.

Lebih kurang pukul 12 tengahari, jururawat datang periksa semula dan terus dia suruh aku meneran. Aku tak berapa yakin nak meneran sebab doktor belum sampai lagi. Lagipun aku rasa macam tak kuat nak meneran sebab dah tak ada tenaga. Aku masuk labour room tanpa makan malam dan sarapan pagi (sebab sarapan di hantar ke bilik, padahal masa tu aku dah masuk labour room). Aku boleh dengar tangisan bayi orang dari bilik-bilik sebelah dan aku semakin tak sabar nak dengar tangisan bayi aku. Tepat jam 12.49 tengahari, selamatlah aku melahirkan Amirul Hadif dan tiba-tiba aku rasa ada orang cium dahi aku hehehe. Doktor terus letak bayi di pangkuan aku untuk aku sahkan jantina bayi.

Lepas tu aku dah tak sedar lagi sebab aku dah sedut gas apa entah waktu proses menjahit tu. Dalam keadaan khayal tu, aku masih sedar bila jururawat suruh aku cium Miwul sebelum bawa dia ke nursery. Bila sedar saja, aku terus minta Nuar air soya, rasa haus sangat masa tu.

Bagi sesiapa yang nak melahirkan anak, aku memang menyarankan kamu pergi ke Darul Ehsan Medical Centre (DEMC). Doktor dia memng baik, aku pilih doktor Mazita Mashor. Doktor memang sentiasa positif dan penuh dengan kata-kata peransang sepanjang dalam labour room tu. Jururawat pun sentiasa senyum. Jadi tak salah untuk bayar lebih kalau dapat layanan yang bagus.

Thursday, November 17, 2011

Perbualan Seorang Nenek Dengan Cucunya (Cis, Macam Tajuk Cerita Doraemon Pula)

Semalam aku cakap dengan mak aku yang aku akan balik semula ke Shah Alam pada hujung minggu depan. Sebab aku dan Miwul ada temujanji dengan doktor DEMC hari Selasa tu.

Tengahari tu aku dengar mak aku berbual dengan Miwul yang sedang baring dengan selesanya atas peha mak aku.

"Amirul dah nak balik Shah Alam dah. Rindulah Uwan dengan Amirul nanti. Nanti dah besar sikit, dah lima enam bulan, mesti dia sombong dengan Uwan, dah tak kenal Uwan lagi. Kenal mak dengan abah dia aje. Sekarang ni Uwan yang jaga dia malam-malam, Uwan yang cuci berak dia, Uwan yang mandikan dia, Uwan yang sapu ubat kat dia"

Miwul yang tak paham apa-apa, pandang saja Uwan dia sambil terkelip-kelip dan buat mula comel hehe. Sedih pula aku dengar mak aku cakap macam tu. Sebab memang dia yang jaga cucu dia tu sepanjang aku berpantang ni, Aku cepat panik bila Miwul dah melalak kuat-kuat :)

Jangan risau yer Uwan, nanti Miwul balik kampung tengok Uwan selalu.

Hargailah Mata Anda

Sebenarnya aku baru pulih dari sakit mata yang amatlah teruk. Setelah lebih dari 2 minggu menanggung sengsara, harini barulah mata aku menunjukkan tahap yang memberansangkan. Itu pun setelah aku telan berpuluh-puluh biji ubat, setelah berbotol-botol ubat mata aku titiskan dalam mata ni. Doktor kata tak boleh kasi aku ubat yang berdos tinggi memandangkan aku menyusukan Miwul dengan susu badan. Mungkin itu salah satu sebab kenapa lambat sangat mata aku nak baik.

Sakit mata ni aku dapat dari putera kesayangan aku, Amirul Hadif. Patutlah masa dia tengah sakit mata ni, dia asyik menangis, asyik merengek, asyik nak berdukung saja. Rupanya memang sangat sakit dan pedih, sampai tak boleh buka mata. Air mata pula asyik keluar macam sedang menangis. Bila tidur malam, bantal aku basah dengan air mata. Kalau aku yang dah tua bangka ni pun tak dapat tahan sakit, inikan pula anak aku yang baru berumur 2 minggu waktu tu.
Miwul yang sedang sakit mata. Cian dia...

Sepanjang sakit mata tu, pandangan aku memang tak jelas, samar-samar saja. Kalau tengok TV tu, memang tak nampaklah muka orang dalam TV tu, boleh dengar suara saja. Internet pun aku tak layan, sebab memang tak nampak langsung. Suratkhabar pun tak mampu nak baca. Memang rasa macam orang cacatlah sepanjang 2 minggu ni. Sampai tahap nak tukar pampers Miwul pun aku tak mampu, tak nampak, jadi takut aku tak cuci dengan bersih pula nanti. Nasib baik mak ada :)

Selama ni aku memang tak pernah mengambil berat tentang kesihatan mata. Tapi lepas dapat sakit mata ni, aku rasa betapa pentingnya mata dalam kehidupan kita. Sepanjang 2 minggu ni, kehidupan aku memang terbatas gara-gara tidak dapat memandang dengan jelas.

Tadi jalan-jalan di internet ni dan aku jumpa beberapa tips penjagaan mata yang aku rasa agak mudah untuk diamalkan. Harapnya ia juga mudah untuk diamalkan oleh kamu :)

  • Banyakkan makan buah-buahan yang berwarna ungu seperti prun dan buah beri kerana ia mempunyai sebatian yang dikenali sebagai 'anthocyanidinas'.
  • Rajin-rajinlah makan sayur-sayuran berwarna hijau seperti bayam, kangkung, sawi dan sebagainya kerana ia sangat kaya dengan beta karotin yang baik untuk mata. Yer, kangkung goreng belacan sangatlah sedap :P
  • Ambillah buah-buahan yang berwarna oren atau kuning seperti limau, betik dan mangga. Ia juga mengandungi beta karotin yang tinggi.
  • Sayur-sayuran berwarna oren dan merah seperti lobak merah, tomato dan labu juga mengandungi beta karotin yang sangat tinggi (alamak, aku tak suka labu). Ambillah pemakanan ini setiap hari sekurang-kurangnya satu cawan sehari bagi memastikan tubuh anda sentiasa mendapat sumber beta karotin yang berterusan.
  • Melakukan senaman mata adalah sangat baik untuk kesihatan mata. Caranya dengan mengerdipkan dan memejamkan mata anda kerana ia mampu mengurangkan keradangan dan rasa letih pada mata.
  • Kurangkan stress pada mata dengan meletakkan hirisan timun pada kelopak mata anda. Mata yang letih mengakibatkankan lingkaran gelap di sekeliling mata terjadi seterusnya menjejaskan penampilan anda.
  • Tidur yang cukup akan membantu merehatkan mata anda dan membuat mata anda kelihatan segar dan bermaya.
  • Elakkan mata anda dari cahaya yang sangat terang kerana ia akan menjejaskan penglihatan anda. Pakailah kaca mata gelap untuk memelihara mata anda, sambil tu bolehlah 'feeling-feeling artis' hehe.

Monday, November 7, 2011

Maaf, Aku Belum Bersedia Untuk Jumpa Kau

Hari ni aku terima pesanan dari seorang 'bekas teman baik' yang mengatakan dia merindui aku dan ingin menemui aku. Maafkan aku, aku belum bersedia untuk bertemu dengan kau. Setelah beberapa perkara yang kau lakukan kepada aku beberapa tahun yang lalu, aku masih belum mampu untuk bersua muka dengan kau. Perasaan marah itu masih tersemat di hati aku. Bukan aku sahaja yang berperasaan begitu, seorang lagi teman aku juga masih marah pada kau.

Benda ni memang dah lama berlaku, sepatutnya aku sudah boleh melupakan benda itu. Tapi aku hanyalah manusia biasa yang tak boleh lari dari perasaan dendam terhadap orang yang telah berkali-kali merobek hati aku. Sampai sekarang aku masih boleh ingat apa yang kau lakukan terhadap aku. Beberapa lelaki yang pernah rapat dengan aku, kau pun ingin rapat dengan lelaki tersebut. Aku tak kisah kalau kau hanya sekadar ingin berkawan dengan mereka. Tapi bila kau sanggup memburuk-burukkan aku di hadapan lelaki tersebut semata-mata untuk mendapatkan perhatian dan simpati, itu yang aku tak boleh terima. Kau sanggup 'mencuri' nombor telefon lelaki tersebut dari telefon bimbit aku. Kalau betul hanya ingin berkawan, kenapa mesti mencuri?

Perkara yang paling aku tak boleh terima apabila kau ucapkan "anggaplah kita bukan kawan lagi kalau aku tak mampu nak bayar hutang kau ni". Sanggup kau samakan nilai persahabatan kita dengan beberapa ratus ringgit. Mungkin pada waktu itu kau terasa sebab aku meminta kau membayar semula duit tu. Tapi kau harus ingat, pada waktu itu aku hanyalah seorang pelajar yang bergantung pada pemberian ibubapa dan pinjaman PTPTN.

Maafkan aku 'bekas teman baik' bila aku katakan ini, biarlah kita menjalani kehidupan kita seperti sekarang, tidak perlulah kita berhubung antara satu sama lain lagi. Aku pernah cuba untuk memaafkan kau tapi lebih kurang 2 atau 3 tahun lepas kau buat tahi lagi. Seorang teman di pejabat kebetulan adalah teman lama kau juga. Aku sedih mengetahui yang engkau bercerita mengenai keburukan aku terhadap dia sampai dia mengeluarkan ayat ni, 'aku tak sangka kau macam tu Min'. Aku tak tahu apa yang kau ceritakan pada dia. Tapi akhirnya teman ini telah meminta maaf dengan aku. Katanya setelah berfikir beberapa kali dia merasakan adalah mustahil aku berperangai seperti itu dan dia percaya yang kau hanya membuat fitnah terhadap aku.

Melalui teman sepejabat tu juga aku telah dapat tahu apa yang terjadi pada kau. Aku bersimpati dengan apa yang telah kau lalui itu. Tapi perasaan simpati ini hanya boleh aku nyatakan dari jauh. Maaf kalau aku adalah seorang yang mementingkan diri sekarang ini. Tapi inilah kenyataannya, bahu aku bukan lagi tempat untuk kau lepaskan tangisan. Bahu aku hanyalah untuk seorang teman yang betul-betul menghargai aku.

Tidak aku nafikan yang aku sedih bila memikirkan yang kau bukan lagi teman rapat aku. Mengalir airmata aku bila menatap semula gambar-gambar lama kita berenam. Tapi inilah harga yang harus aku bayar kerana aku tak mahu pisang berbuah untuk kesebelas kalinya (aku tak ingat dah berapa kali kau lukakan aku).

Sekali lagi, maafkan aku 'teman', hanya masa yang mampu (mungkin) merubah segalanya...