nuffnang ad

Tuesday, June 18, 2013

A Mathematical Challenge


If you can solve it in 3 mins, you’re an engineer.
If you can solve it in 3 hours, you’re an architect.
If you can solve it in 6 hours, you’re a doctor.
If you can solve it in 3 months, you’re an accountant.
If you can’t solve it, you’re a lawyer.
_________________________
What is the missing number in this logical series?
1, 2, 6, 42, 1806, ____?


Wah, jahatnya kata accountant selesaikan dalam masa 3 bulan. Aku dapat selesaikan dalam masa 1 minit lebih, so otak aku setaraf otak engineer la kan.

Encik Engineer, sila ambil perhatian!!!

Berjaya Ganti Puasa, Alhamdulillah

Baru ganti sehari je pun, hehehehe. Ada lagi 6 hari. Tapi walaupun sehari, dah kira satu pencapaian yang besar dah. Sebab pregnant kali ni betul-betul buat aku lembik, cepat mengantuk, cepat lapar.

Pukul 10 pagi semalam, memang kuat betul godaan syaiton. Rasa lapar sangat, memang rasa macam nak bancuh air milo je. Tapi kuatkan jugak semangat ni, bila dah lepas pukul satu, baru rasa lapar tu hilang. Tapi memang lembik semacam la.

Ada lagi 3 minggu nak sambut Ramadhan, ada lagi 6 hari nak ganti, huhuhu. Kena ganti jugak, lagipun nak anggap ni macam practise untuk puasa yang sebenar. Ramai yang cadangkan untuk aku tak payah puasa. Tapi rasa macam rugi pulak. Sebab dekat office, tak kan nak makan sewenang-wenangnya. Malu la dekat orang lain. Daripada curi-curi makan, baik puasa je.

Zaman pregnantkan Amirul dulu, mampu je puasa. Ponteng sehari je. Tapi tu la, pregnant dulu dengan sekarang memang berbeza sangat.

Apa pun aku harap sangat dapat puasa penuh tahun ni...

Monday, June 10, 2013

Besh!!!

Amirul sekarang ni dah pandai sebut 'besh' (sepatutnya best) hasil tunjuk ajar Uwan dengan Aunty Lia dia. Yang kelakarnya sambil cakap besh tu, dia akan tunjuk jari telunjuk instead of ibu jari. hahaha comel sangat tau.

Bila kasi dia makan je, terus tanya...

"Amirul, best tak?"

"Besh"

Memang besh je la memanjang, tak pernahnya tak besh, hehehe.

Malam tadi, buat bubur ayam untuk orang sakit kat rumah tu. Dah alang-alang buat tu, buat la lebih sikit, boleh la kami menumpang makan, hehehe.

Suapkan bubur tu kat Amirul, tak teringat pun nak tanya dia best ke tak. Tiba-tiba dia sendiri tunjuk jari telunjuk sambil cakap 'besh'.

Weh, bangga Mak kau nak. Abah kata, 'Wah, kembang lubang hidung Mommy'.

Harusla kembang, tiba-tiba je Amirul cakap camtu. Mesti dia ikhlas kan cakap besh tu, hehehe. Almaklum la Mak dia ni bukannya pandai sangat masak, huhuhu.

Tu je nak cerita. Tak menarik untuk orang lain, tapi menarik untuk aku.

:)

Tuesday, June 4, 2013

Pantai Timur Trip - Makanan

Disebabkan hari ni aku tersangatlah free, elok cepat-cepat update pasal trip ni. Trip ni pergi sekali dengan Mak, Abah, Dik Ai dengan keluarga pak cik aku. Lia tak ikut sebab dia nak gi Bandung. Mulanya aku macam nak batalkan je trip ni, sebab susah sangat aku nak dapat cuti, bos pun macam tak ikhlas je nak bagi cuti, hehehe.

Tujuan utama trip ni adalah untuk jalan-jalan cari makan makan kat area pantai timur sana. 2 makanan yang aku dengan Nuar dok idam-idamkan adalah Sata dengan Nasi Kerabu.

Ok, aku senaraikan makanan yang aku makan sepanjang trip ni.

Day 1 - 1 June 2013
Kitorang bertolak pagi Sabtu dalam pukul 8 pagi. Janji nak jumpa Pak Chik dekat RNR Genting Sempah. Sarapan dekat sana je, aku makan lontong. Tapi tak ambil gambar pun sebab tak sedap. Jadi tak berbaloi nak ambil, hehehe.

Sampai area Kemaman dalam tengahari. Lepas dah simpan barang dekat homestay dan sembahyang Zuhur, kitorang pergi makan tengahari dekat stesyen bas Kemaman. Alkisahnya, 3 tahun lepas aku dengan Nuar ada makan dekat situ. Sejak tu terkenang-kenang Ketam Masak Cili yang kitorang makan dekat situ.

Tapi mak datuk, mahalnya makan dekat situ. Harga seekor ketam RM20. Ish, Kemaman ni kan dekat dengan laut, tak kan la mahal macam tu sekali, huhuhu. Gambar tak sempat nak ambil, sebab perut dah lapar sangat. Dah pukul 2 lebih dah masa tu.

Lepas makan, kitorang pergi jeti tempat naikkan ikan. Niat hati aku nak cari udang ketak. Tapi tak ada, bukan musimnya, huhuhu. Dapat beli ikan dengan ketam je, untuk makan malam. Harga tak adalah murah sangat, macam sama je dengan harga dekat Shah Alam.

On the way balik dari jeti, terus singgah kedai Sata. Tapi Sata dekat kedai yang kitorang nak makan tu dah habis pulak. Weh, baru pukul 3 lebih kot. Tapi jangan risau, sepanjang jalan tu ada banyak je kedai jual Sata. Jadi kitorang cuba dekat kedai lain.



Sedap jugak Sata dekat kedai tu. RM4 dapat 10 biji. Mak aku kata dekat Kuala Pilah RM2.50 dapat 3 biji je, dah la rasa kelapa parut je. Sata dekat Kemaman ni memang sedap, memang terasa ikan dia.


Kitorang cuba Satay Ikan jugak. Sedap tapi pada aku sedikit liat.

Keropok lekor pun memang wajib la makan jugak. Tapi gambar terlupa nak ambik, hehehe. Asyik makan-makan, sampai terlupa. Pais dengan Otak-otak tak sempat nak makan sebab dah tak ada ruang lagi dalam perut, huhuhu.

Malamnya, makan dekat homestay je. Goreng ikan dengan buat sup ketam. Aku pun buat kicap pedas. Aku ni dah biasa makan Kicap Kipas Udang, tapi Pak Chik sibukla kata Kicap Cap Ayam ni sedap. Sekali masin giler!!! Hoi, marah aku. Nasib baik tangan aku memang tangan tukang masak, dapat jugak aku jadikan kicap tu sedap, hehehe.

Day 2 - 2 June 2013
Sarapan pagi kitorang makan Mee Goreng dengan Nasi Dagang. Tapi sebab aku ni tak makan Nasi Dagang, kena la makan Mee Goreng. Sekali, Mee Goreng tu rasa manis!!! Weh, apa kes? Tak lalu aku nak makan, huhuhu. Nasib baik ada keropok lekor, boleh gak buat alas perut. Nasib baik jugak tak kahwin dengan orang Terengganu, kalau tak kena makan Mee Goreng Manis, hikhikhik. Tapi Nuar kata Nasi Dagang dia sedap.

Lepas tu kitorang bergerak pergi Kuala Terengganu. Tujuan Utama adalah untuk pergi Pasar Payang. Tapi rasanya itulah kali pertama dan terakhir aku pergi Pasar Payang. Aku rasa macam tak ada oksigen dekat sana tu, rasa susah betul nak bernafas. Nafsu nak shopping pun terus mati, sebab tak cukup oksigen nak bernafas. Selamat duit Nuar, hahaha.

Makan tengahari pun dekat Pasar Payang je. Niat asal nak cari Laksam, tapi Laksam dah habis. Aduhai, kempunan... Jadi makan Bihun Sup je, Nasib baik sedap.

Malamnya, kitorang makan dekat Pantai Kelulut. Aku rasa tak sedap makanan dekat situ. Tapi Pak Chik kata sedap. Amirul pulak mengamuk-ngamuk sebab tak cukup tidur. Makanya, memang kurang bernafsu la kitorang makan.

Day 3 - 3 June 2013
Inilah hari yang aku dengan Nuar nanti-nantikan. Nak makan Nasi Kerabu Ayam / Daging Bakar. Tahun lepas waktu kitorang datang Kemaman, kedai ni tutup. Jadi tahun ni, Nuar dah siap-siap tanya dekat abang dia yang kedai tu buka ke tak. Kedai ni dekat belakang rumah abang ipar aku je.

Mula-mula sampai tu, tengok kedai tu macam tutup je, nampak macam dah terbiar. Aku dah rasa macam sedih dah, rasa nak meroyan pun ada. Rupanya diorang dah pindah dekat tempat lain, dekat-dekat situ jugak. Alhamdulillah, rezeki...


Haih, tengok gambar ni pun buat aku terliur lagi.

Lepas sarapan, terus bertolak pergi Gambang Water Park. Makan pun kat sana jugak. Tapi memang tak puas hati. Dah la makanan tak banyak pilihan, banyak yang sold out, gerai pulak tak banyak. Membazir masa je nak beratur lama-lama semata-mata untuk beli Nasi Ayam yang rasanya biasa-biasa je. Dah la tu, boleh pulak air mineral habis. Dah tahu ni musim cuti sekolah, sediakan lah stok air banyak-banyak sikit. Tak pun kasi je pengunjung bawak air sendiri.

Mungkin ni pun kali pertama dah terakhir datang Gambang Water Park. Lost World of  Tambun jauh lagi best!

On the way nak balik Shah Alam, kitorang singgah RNR Temorloh sebab mak buyung teringin nak makan Ikan Patin Masak Tempoyak. Serius sedap!!! Memang sedap sangat!!!

Keseluruhannya, walaupun tak semua makanan yang aku makan sepanjang trip ni sedap, aku tetap berpuas hati sebab dapat makan makanan yang aku idam-idamkan. Kitorang akan datang lagi, itu sudah pasti, hehehe. Mungkin tunggu baby besar sikit, boleh suapkan dia Sata, hikhikhik.

Kesimpulan yang aku dengan Nuar buat malam tadi, untuk Pantai Timur Trip yang seterusnya, makanan yang wajib kitorang makan adalah Sata, Nasi Kerabu Ayam / Daging Bakar, Nasi Dagang, Ikan Patin Masak Tempoyak.

Tulis entri pasal makan, terus lapar....
posted from Bloggeroid

Pantai Timur Trip

Yeay, Alhamdulillah dah selamat sampai rumah malam tadi. Penat sangat-sangat. Nasib baik ada Mak dengan Abah sekali sepanjang trip ni, jadi kepenatan melayan kerenah Amirul dapat dikongsi bersama, hehehe.

Letak tajuk pantai timur sebab kitorang pergi Terengganu dengan Pahang.

InsyaAllah, kalau rajin aku akan tulis entri lagi. Kononnya nak pecah-pecahkan entri untuk trip ni. Tu pun kalau rajin, huhuhu.