nuffnang ad

Friday, April 29, 2011

Perbualan Sepasang Suami Isteri Di Pagi Yang Sejuk-sejuk Nyaman

Dah la sejuk-sejuk nyaman, sambil baring atas katil pulak tu. Lepas tu dua-dua pun terfikir, ' bestnya kalau hari ni hari sabtu'. Sayangnya hari Jumaat pulak.

Si Suami belum mandi lagi. Isteri yang rajin mesti la dah mandi.

Isteri : Awak, kenapa awak tidur sambil pakai spek?

Suami : Sebab nanti Nuar tak nampak.

Isteri : Buat apa nak nampak, kan nak tidur?

Suami : Nanti nak mimpi. Kalau tak pakai spek, nanti dalam mimpi tak nampak apa-apa.

Si Isteri terdiam, tanpa berkata apa-apa. Tapi dalam hati sempat berkata, ' kenapa la aku dapat laki poyo ni?'

Sambungan, babak lain pulak.... Kejadian berlaku di sebuah majlis perkahwinan...

DJ : Lagu ini ditujukan oleh pengantin lelaki kepada isterinya (lagu Sedetik Lebih - Anuar Zain).

Isteri : Awak bestnya, dia tujukan lagu untuk isteri dia. Awak tak buat macam tu kat Min pun.

Suami : Ala, setakat tuju aje. Nuar siap boleh nyanyikan untuk Min.

Isteri terdiam lagi, tapi sampai sekarang pun si suami tak nyanyi lagi lagu tu seperti dijanjikan.

Pengajaran dari cerita - pasrah aje lah kalau dapat laki macam ni. Kadang-kadang perangai yang poyo tu lah yang ceriakan hidup aku :)

Thursday, April 21, 2011

Cantik Macam Hantu

Ha, ni la perumpamaan yang aku baru baru belajar daripada team leader aku. Konon nak gambarkan perempuan tu cantik gila la. Sebab dah tak tau objek ape lagi yang boleh di gambarkan sebagai cantik, ha, ambik kau, 'cantik macam hantu'.






Aku pun layan lagi, 'oh, one of my friend ni takde la cantik sangat. Cantik biasa-biasa aje, tak macam hantu'.






Bila berkawan dengan ramai orang ni, macam-macam pengetahuan yang kita boleh dapat. Boleh la aku guna perumpamaan ni bila bercakap dengan orang lain. Agak-agai nampak macam cool tak kalau cakap 'cantik macam hantu'



Team Leader aku yang pakai baju hitam tu, cantik orangnya. Tapi tak berani nak cakap, 'eh, you cantik macam hantu la'. Hehehehe