nuffnang ad

Sunday, June 26, 2011

Ber'dating' Di Sawah Padi

Aku sangat suka sawah padi, sebab sawah padi mengingatkan aku pada zaman kanak-kanak dulu. Zaman aku 6 tahun. Menurut kata emak aku, itu ajelah sekali kitorang merasa zaman sawah padi. Walau masih kecil pada masa itu, tapi aku masih ingat dengan pengalaman berlari-lari di atas batas sawah, membuat seruling menggunakan batang padi, makan bekalan yang di bawa dari rumah di tengah-tengah petak-petak sawah yang telah siap di tuai, membuat khemah tempat berteduh.

Pengalaman tu memang seronok dan aku amat pasti ianya tidak akan berulang kembali.

Disebabkan pengalaman itu, aku berangan-angan juga untuk membuat 'pre-wedding photoshoot' di tengah-tengah sawah padi. Tapi memandangkan keadaan kewangan yang tidak begitu mengizinkan dan masa tu memang bukan musim menuai padi, hasrat itu aku pendamkan sahaja.

3 minggu lepas, kami ke Sekinchan, Selangor untuk menghadiri majlis kenduri kawin teman sepejabat Encik-Cinta-Hatiku. Kebetulan rumah pengantin tidak begitu jauh dari kawasan sawah padi dan kebetulan juga padi hampir menguning pada masa itu.

Aku yang cukup bertuah kerana mempunyai suami yang hampir sekepala dengan aku, tak melepaskan peluang bergambar di sawah padi, buat kenangan di hari tua. Bila baby dah lahir nanti dan dah paham apa yang cuba kami sampaikan, kami bercadang untuk ke sini lagi :)














Aunty vs Abang

Anak-anak saudara aku semua panggil aku 'Aunty Yang', dan sepatutnya panggil suami aku 'Uncle Nuar'. Tu apa yang aku ajar diorang la. Tapi lain yang diajar, lain pula yang diorang panggil.

Masa tu Nuar tengah layan diorang tengok gambar dekat laptop, sekali aku terdengar ayat ni....

'Ni gambar kawan-kawan abang ke?'

Aku yang baru keluar dari dapur terus menjerit, 'Hey, Uncle la, bukan abang!' Memang aku tak dapat menerima hakikat betul bila diorang pangil Nuar 'abang'. Bukan muka aku nampak lagi muda dari Nuar ke :P

Ha, ni salah seorang budak yang panggil Nuar 'abang'. Ada 5 orang budak masa tu, tapi perkataan 'abang' tu keluar dari mulut Si Bobot ni. Ni jugak budak yang aku suka sakat sekarang ni sebab dia nakal sikit dan pandai menjawab. Memang seronok bergaduh dengan budak yang pandai menjawab ni. Orang kata budak yang pandai menjawab ni bijak.

Sunday, June 5, 2011

Curry Mee... Testing 1 2 3

Disebabkan doktor kata berat badan aku tak naik-naik, terpaksala aku makan lebih sikit. Nak makan lebih mestilah rajin masak kan. Bak kata Encik-Cinta-Hatiku, makan kat rumah lagi sedap dari makan kat luar.

Tak ada niat pun nak masak mee kari ni, sebenarnya tak tau pun macam mana nak masak mee kari. Tapi pagi tu jalan-jalan ke blog orang, terjumpa pula resepi mee kari. Uh, layan juga ni kalau makan mee kari.

Tadaa, ini la hasilnya...

Friday, June 3, 2011

Abaikan Sahaja...

Setelah berbulan-bulan berhadapan dengan perasaan marah, benci, meluat, menyampah, dan berbagai-bagai lagi perasaan yang memang tak baik untuk kesihatan diri, hari ni aku membuat keputusan untuk mengabaikan sahaja 'seseorang' yang menyebabkan aku berperasaan sebegitu.

Bagi orang yang memang kenal dengan diri aku, diorang mesti tahu yang aku memang jarang nak memaki orang. Selama ni perkataan yang teruk dan busuk yang keluar dari mulut aku adalah 'bodoh'. Itupun sangat jarang aku gunakan. Tapi sejak kehadiran 'seseorang' ni, bukan setakat 'bodoh', malah banyak lagi perkataan teruk yang keluar dari mulut aku.

Baru-baru ni, aku terdengar satu ceramah motivasi berkenaan memaki, yang menyebabkan aku berasa insaf dan berjanji pada diri sendiri untuk tidak lagi memaki 'seseorang' ni. Aku akan cuba sedaya upaya untuk abaikan sahaja 'seseorang' ni dan anggap aje yang dia memang tak pernah wujud dalam hidup aku. Selama ni pun, kehadiran dia bukan menyenangkan hidup aku, makin menyusahkan ada la. Sebab dia lah, aku kena duduk office sampai pukul 2 atau 3 pagi setiap kali quarter-end. Kalau aku nak senaraikan semua benda yang dia buat untuk menyusahkan hidup aku, aku rasa sampai esok pun memang tak kan habis. Lagipun, kalau aku berbuat sebegitu, perangai aku adalah sama seperti dia yang suka mencari perhatian dengan menghantar post-post sebegitu di Facebook yang pada aku adalah bertujuan untuk mengaibkan orang.

Buat masa sekarang ni, aku masih marah terhadap 'seseorang' ni, dan jika post di facebook itu adalah mengenai aku, aku tak kan sesekali maafkan kau. Banyaknya dosa kau terhadap aku, adalah sebanyak orang yang membaca post kau itu di Facebook. Aku tak kan balas post-post kau itu, sebaliknya aku berdoa yang aku semakin dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik, semakin bahagia di samping suami dan keluarga aku.

Amin.... Peace, No War

Hari yang konon penuh dengan perasaan cinta dan kasih sayang sebab gambar ni diambil semasa sambutan ulang tahun pertama perkahwinan di Bukit Tinggi :P