nuffnang ad

Thursday, June 18, 2015

Sahur Hari Pertama

Assalamualaikum wbt...

Saje nak share cerita sahur hari pertama. Penting sahur hari pertama ni, kalau hari pertama pun dah gagal nak sahur, alamatnya banyaklah hari lagi nak gagal tu hihihi.

Malam sebelum tu dah tanya Nuar, pukul berapa nak bangun sahur. Nuar kata pukul 5. Ok, so aku set alarm pukul 4.50 am. Aku kenalah bangun awal sikit kan dari dia, sebab nak masak lauk lagi.

Pukul 4.50 am, alarm pun berbunyi. Disebabkan aku ni memang la terkenal dengan perangai susah nak bangun tidur, haruslah aku snooze kan alarm tu. Sekali terjaga dah pukul 5.08am, terus melompat dari katil, kejutkan Nuar sekali.

Terus pegi dapur, kopek bawang sebijik, terus hiris. Tumis cili boh sikit, masukkan bawang, masukkan garam. Dah agak-agak layu bawang tu, terus pecahkan telur 2 biji dalam kuali. Dah agak keras sikit, terbalikkan telur tu. Tutup api, siap dah sambal telur (tapi lupa nak letak gula ngan asam keping sikit). Nasib baik gak nasi dah siap masak malam tadi. Hahaha, tak sampai 10 minit pon.

Pukul 5.30am dah siap sahur, selesaila sahur hari pertama.

Ingatkan lepas sahur nak bergolek-goleklah dekat katil, sekali si tenit Khalish bangun pulak. Ish, musnah harapan. Terus angkat dia gi bawah, bukak TV, pasang cartoon. Terus la bersiap-siap nak gi office.

Tu je la cerita hari pertama. Semoga rajin nak bangun sahur untuk hari-hari seterusnya.

Tuesday, June 16, 2015

Bebel Kosong 16/6/2015

Assalamualaikum wbt...

Tengah tension ni, jadi mari kita membebel sikit :)

  • KAYA tak diukur dari jenama kereta yang dipandu

  • PANDAI MENIKMATI HIDUP tak diukur dari berapa kali kita melancong keluar negara

  • BAHAGIANYA RUMAH TANGGA tak diukur dari berapa banyak gambar selfie bersama suami atau berapa banyak kata-kata cinta yang di'tagged' untuk suami atau oleh suami

  • RAMAI KAWAN tak diukur dari berapa banyak gambar selfie bersama kawan atau berapa kerap keluar makan bersama kawan

  • BERJAYA DALAM KERJAYA tidak diukur dari berapa besar syarikat yang kita bekerja

  • BERJAYA DALAM PELAJARAN tidak diukur pada berapa CGPA kita

  • MENGENANG JASA IBUBAPA tidak diukur pada berapa banyak duit yang kita hulur setiap bulan

Kesimpulannya setiap satu perkara itu lebih besar maknanya dari apa yang kita nampak secara zahir. Dan pandanglah ia dengan mata hati.

Monday, June 8, 2015

Amirul Hadif - 90% Diapers-Free

Assalamualaikum wbt...

Akhirnya Amirul dah 90% diapers-free. Belum 100% lagi sebab bila tidur malam masih berdiapers. Tak berani lagi nak ambik risiko tak pakaikan dia diapers masa tidur, sebab tilam yang dia tidur tu 9 inci tebal. Kalaulah bocor atas tu, satu hal ok nak keringkan huhuhu.

Dia mula pandai minta nak pergi toilet untuk projek kecik je. Sejak dia pandai minta pergi toilet, projek kecik tu memang jaranglah gagal, memang sempat dia membuang dekat toilet. Masalahnya untuk projek besar. Dia memang tak akan cakap. Dia akan tunggu kitorang pakaikan dia diapers (masa nak nap petang, atau masa nak pergi jalan), masa tu dia kan melepas, huhuhu. Paling kronik, dia melepas je dalam seluar.

Masa dekat nursery pun sama, dia kan mintak teacher pakaikan diapers sebelum dia melepas. Tak pun melepas dalam seluar jugak. Hari-hari sebelum tinggalkan dia dekat nursery, mesti aku akan slow talk dengan dia, "Amirul good boy kan, Amirul iyak dekat toilet ok. Promise dengan Ma ok". Siap kait-kait jari lagi tu nak promise. Tapi bila nak ambik dia masa balik, teacher kata melepas dalam diapers jugak huhuhu.

Lepas beberapa lama tak berjaya guna slow talk, kitorang guna teknik yang ganas sikit. Setiap kali dia melepas dalam seluar je, memang kena bebel yang panjang dari mak abah dia (siap marah sekali, ofcos hahahaha). Lepas tu kitorang akan letak semua mainan kegemaran dia dekat luar rumah, siap cakap "today, no phone for you". Memang kesian la tengok muka dia hahaha (sorry sayang). Nampak cara tu macam berkesan. Rupanya, tak berkesan jugak.

Tapi kitorang perasan la masa dia nak membuang je, mesti dia akan duduk dekat satu sudut diam-diam. Lepas tu bila tanya, "Amirul, nak iyak tak?". Kalau jawapan dia "tak nak, tak nak", sambil berjoget-joget, siap muka macam nak menangis, maksudnya nak iyak la tu. Nuar akan cepat-cepat angkat dia bawak pergi toilet. Lepas tu terus puji-puji dia, "Amirul dah besar la, dah pandai iyak toilet. Macam ni la anak Ma (or Abah), Ma sayang Amirul". Dia pun rasa kembang-kembang hidung la kena puji.

Esoknya, monitor dia lagi. Kalau duduk kat satu sudut diam-diam je, terus tanya, lepas tu lari-lari bawak dia pergi toilet, lepas tu puji-puji lagi.

Masuk kali ke-empat, dia dah pandai cakap, "Abah, Amirul nak iyak toilet". Bermula dari tu, kitorang dah nampak bunga-bunga kejayaan dah hahaha.

Ada satu hari tu, aku tak balik rumah lagi. Nuar pulak dekat luar rumah tengah layan customer bonsai dia. Sekali, Amirul keluar dah separuh bogel, "Abah, Amirul iyak toilet". Bila Nuar tengok dekat toilet bowl, memang betul. Start tu, terus la dia pandai.

Yeay, we are sooo proud of you Amirul. Ingatkan bila dia umur 4 tahun, baru akan berjaya. Rupanya lebih kurang 3 tahun 7 bulan dah berjaya.

So Khalish, Amirul dah set satu benchmark, sila pecahkan ok hahaha.

Sorry la tercerita benda kotor pulak harini. Bukan apa, bangga ok. Dulu asyik terfikir macam mana la nak potty train Amirul ni, boleh berjaya ke? Lagi stress bila ada someone ni cerita, budak (3 bulan lebih muda dari Amirul) yang dia jaga, dah diapers-free. I is stress ok, suka nak banding-bandingkan budak kecik.

Nuar mengaku ni semua hasil usaha dia. Takpe, ambik la. Tak kisah pon, yang penting anak aku dah berjaya, hihihi.

Yeay, we did it!