nuffnang ad

Wednesday, March 13, 2013

3rd Anniversary Dinner

Gatal la nak ada anniversary dinner bagai kan, hehehe. Sekali sekala nak menggatal. Macam biasa, pergi dinner bertiga. Apalah maknanya anniversary tanpa si kecik tu.

Kitorang pilih pergi makan dekat Serai, Empire Galery.

Gambar terbalik dah, malas nak betulkan huhuhu. My current obsession, Spegetti Prawn Aglio Olio. Punyalah obses, sampai tahap masak bihun pun nak buat stail masak macam ni. Tapi rasa dia ok je kat Serai ni. Paling sedap yang aku pernah makan, dekat Pizza Milano, memang creamy je, yummy...

Nuar makan nasi kerabu, lupa pulak nak tanya sedap ke tak. Setakat ni nasi kerabu tersedap yang aku pernah rasa dekat Kemamam. Ermmm, teringat-ingat kesedapan dia ni...

Si budak kecik ni makan fish and chip. Memang berselera sangat dia makan. Penat kitorang nak tunggu dia habis makan. Saja menyakat dia, tengah dia sedap makan tu, kitorang cakap 'finish'. Maksudnya dah habis dah makanan tu, tak boleh makan lagi dah. Terus dia mengamuk ek.

Tengok muka bersungguh-sungguh makan ni. Kat tangan tu, kiri kanan ada makanan. Punyalah baik perangai dia dapat makanan, langsung tak merengek-rengek. Diam je mengadap makanan. Nak ajak balik pun susah.
Aku cuba minum teh serai ni. Sedap jugak...

Lelaki-lelaki kesayangan saya...

Niat hati nak berjalan-jalan dulu kat Empire sebelum balik. Tapi aku sakit perut pulak, masuk angin. Tak larat nak jalan lagi dah. Punah harapan nak shopping. Tapi akhir-akhir ni memang selalu masuk angin la perut ni, huhuhu.

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment