nuffnang ad

Friday, January 11, 2013

Hmmm Demonstrasi Lagi

Pagi semalam, sampai je office, macam biasa check email dulu. Sekali nampak satu email ni, suruh kitorang elakkan dari memasuki beberapa kawasan dekat area KL hari sabtu sebab ada demonstrasi.

Hmmm tension la pulak aku baca email ni. Rasanya sejak akhir-akhir ni selalu sangat dapat email macam ni. Tension sebab benda- benda macam ni boleh menyebabkan aku hilang punca pendapatan. Bukan aku seorang, tapi ramai lagi accountant yang lain.

Aku rasa ramai yang tahu pasal benda ni. Tapi aku nak bagitau untuk mereka-mereka yang tak tahu lagi la.
Untuk pengetahuan korang, negara kita ni menjadi tumpuan banyak syarikat-syarikat gergasi dunia. Syarikat-syarikat ni banyak buka Shared Service / Financial Hub (tak kisah la apa yang diorang panggil pun) dekat negara kita ni. Jadi ia membuka peluang pekerjaan untuk accountants macam aku ni.Gaji pun agak menarik, sesuailah dengan bebanan tugas yang dia bagi.

Selain accountants, ramai lagi orang lain yang boleh untung dengan adanya syarikat-syarikat asing ni. Biasanya, syarikat ni punya 'bos-bos besar' adalah orang luar. Jadi untuk tinggal dekat sini, diorang nak kena sewa rumah. Ish, kalaulah dapat sewakan rumah dengan diorang ni, memanglah untung sangat-sangat. Sebab diorang sanggup bayar sewa yang mahal, yang penting rumah tu selesa.

Kalau dah nama pun syarikat asing, memanglah akan menggunakan English sebagai bahasa perantaan. Jadi, sangatlah memberi manfaat untuk orang yang tak pandai sangat nak bercakap macam aku ni. Nampak juga lah kemajuan dalam English aku. Walaupun masih berterabur, sekurang-kurangnya bos 'mat saleh' aku tu masih faham apa yang aku cakap, dan aku faham apa yang dia cakap, hehehe.

Antara sebab kenapa negara kita menjadi pilihan diorang, sebab negara kita ni senang nak dapat tenaga buruh yang berkualiti pada kos yang berpatutan, negara kita ni selamat dari bencana alam macam gempa bumi, taufan. Dan yang paling penting sebab negara kita ni aman dan selamat.

Tapi kalau dah asyik kita ni berdemonstrasi je, macam mana lah nak aman, huhuhu. Aku sendiri pun takut tengok orang berdemonstrasi ni, sebab takut keadaan jadi huru-hara.

Kalau tak puas hati sekalipun, tak ada ke rasa lain untuk sampaikan ketidakpuasan hati tu selain dari berdemonstrasi. Nak gi jalan-jalan-menghabiskan-duit-suami dekat jalan TAR pun tak senang. Ish!!!

Secara logiknya, ada ke orang yang nak buka syarikat atau nak buat pelaburan dekat negara yang tak selamat? Memang tak ada lah kan. Kalaulah syarikat-syarikat ni tutup operasi diorang dekat Malaysia, kesian la kami ni.

Oh, tak sanggup tak fikirkan kalau jadi benda macam tu, huhuhu.

No comments:

Post a Comment