nuffnang ad

Tuesday, June 5, 2012

Mencari Rezeki yang Halal Sebagai Telemarketer

Alkisahnya, hari ni seorang telemarketer call aku untuk promote produk dia. Tapi sebab aku sangatlah sibuk, jadi langsung tak boleh nak beri sedikit masa untuk telemarketer tu bercakap.

Dari gaya dia bercakap, nampak sangat dia budak baru dan aku yakin aku adalah tergolong dalam 50 orang pertama yang dia call. Sekarang ni bila aku ingatkan semula kejadian siang tadi, aku rasa kesian dengan budak tu sebab aku terus reject tanpa sempat dia nak kata apa-apa. Kesian dia sebab dia nak mencari rezeki yang halal dan aku sepatutnya memberi dia peluang. Bila aku kata 'peluang' bukanlah bermakna aku nak beli produk dia, cuma sekurang-kurangnya dapat memberi dia peluang utk terangkan mengenai produk tu, dapatlah juga dia mengasah bakat berkomunikasi, bakat meyakinkan pelanggan.

Selalunya telemarketer yang agak agresif dan berpengalaman yang call aku. Jadi bila budak-budak yang tak berapa konfiden call, aku rasa kesian pula.

Teringat zaman dulu-dulu, aku pun pernah jadi telemarketer untuk 6 bulan. Gaji tak tinggi mana pun, RM1200 sebulan. Tapi ada komisen kalau dapat jual produk, kalau dapat hit target, lagilah menarik komisennya. Tapi biasanya senior lah yang selalu hit target. Kami yang budak-budak hingusan ni, jarang nak hit target.

Beberapa bulan yang lepas ada rakan di Facebook yang kata 'jangan percaya kalau dapat call dari number 0XXXXXXXX, aku dah cuba call balik nombor tu, tapi tak ada orang yang jawab'.

Dari pengalaman aku yang lepas, memang pelanggan tak dapat nak call semula nombor tu, sebab kami hanya boleh membuat panggilan keluar, tapi kami tak menerima panggilan masuk. Kalau ada tak puas hati dengan penerangan telemarketer, boleh call syarikat insurance tu semula.

Ada juga rakan yang kata 'aku dah cuba call bank, tapi bank kata dia tak tawarkan produk tu pun'. Contohnya, kalau ada telemarketer yang nak jual insurance, kita boleh tanya terus kepada syarikat insurance sebab mereka lebih tahu siapa yang menjadi telemarketer mereka.

Mungkin sekarang ni banyak penipuan yang berlaku yang menyebabkan kita begitu berhati-hati untuk melakukan transaksi melalui telefon. Takut juga jika tiba-tiba kredit kad dah di caj beribu-ringgit. Huhuhu menangis tak berlagu aku....

Teringat satu kejadian yang mana seorang rakan diambil tindakan displin sebab salah beri maklumat kepada pelanggan. Sebenarnya dia tak berniat nak menipu. Tapi pelanggan tu menggunakan satu perkataan Inggeris yang rakan aku tak faham dan mengatakan bahawa insurance yang dia jual ni boleh cover 'benda' tu. Nak dijadikan cerita, bila pelanggan ni terima polisi insuran dia, dia dapat tahu yang 'benda' tu tak di cover, mengamuk lah dia. Disebabkan semua panggilan kami ini dirakam, jadi dapatlah dengar semula yang memang rakan aku ni salah beri maklumat. Kesian dia kena tindakan displin. Motif dari cerita ni, kalau tak faham sesuatu perkara tu, baik bertanya. Malu bertanya, sesat jalan huhuhuhu.

Bukan senang nak buat sales melalui telefon, bukan senang orang nak percaya sebab tak nampak orang yang call tu 'bermuka baik' atau 'bermuka penipu'. Memang kena pandai nak yakinkan pelanggan, kena paham produk tu betul-betul, kena tahu juga produk-produk pesaing. Memang susah sangat aku nak dapat sales, tapi dalam tempoh 6 bulan tu aku belajar cara-cara berkomunikasi, aku belajar cara nak meyakinkan orang dan yang paling penting aku belajar cara untuk bersabar. Kesabaran yang tinggi sangatlah perlu untuk jadi telemarketer atau customer service sebab senang-senang saja nak kena maki dengan pelanggan. Setiap hari mesti kena maki punyalah, huhuhuhu.

Setelah nak dekat 6 bulan jadi telemarketer, aku pun berhenti sebab Team Leader aku kata, kenapa aku nak bazirkan ijazah dan bakat aku dekat situ, pergi cari kerja lain yang setaraf. Tapi bila aku cakap nak berhenti sebab dah dapat kerja lain yang setaraf, dia merajuk pula. Cis, cakap tak serupa bikin...

21 comments:

  1. terima kasih.. saya pun memang dh interview telemarketing sgn company UTS kat plaza jalan chukai lama..x dapat pun.. tapi bila fikir balik.. buat keje kene maki..lebih baik buat keje kene puji...saya rasa x fit dalam suasana mcm tu.. tapi memang tabik spring la kat korang2 berhati kering..push2 nk cari rezeki halal..

    ReplyDelete
  2. Eh awk g interview kt uts raja chulan tu utk telemarketer apa? Die tnye apa ye time interview? Susah x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. cik fadhliah berminat ke..klu brminat blh contact/wassup sy Kairul(0129600487)..insyaallah sy akn trgkn n bntu cik shgga dpt kje ni...

      Delete
  3. Eh awk g interview kt uts raja chulan tu utk telemarketer apa? Die tnye apa ye time interview? Susah x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. xsusah pon..juz mintak u ceritakan mengenai diri u

      Delete
  4. aku dpt interview telesales kat mybnk..itu mcm mn? sush x?

    ReplyDelete
  5. Saya dah 3 bulan jada telemarker .. Keje ni sangat mencabar .. Lagi2 bila kita x sempat nak present apa2 terus customer reject ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak tya .. andai kata customer yg kita call tu belum lagi dpt ambil produk kita .. gaji dea brdasarkn baasic je tak??

      Delete
    2. Nk tanye awk jadi telemarketer untuk company uts ke?..basic gaji 1500 ke?

      Delete
    3. Nk tanye awk jadi telemarketer untuk company uts ke?..basic gaji 1500 ke?

      Delete
  6. Sy ex staff uts .keje dlm 5bln.basic rm1500 .best kje environment nye ..n ad komisyen masyuk laaa ..sy prnh dpt pling tggi pon rm300 .huhu .biase2 sje xcm legend2 kt sne ..dlm 1000-1500 komisyen 1month

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak tnya. Saya akan bekeja di tempat situ nanti. Ermm kenapa berhenti sana ye. Nk tahu jugak. Sbb saya pown 1st pengalaman.

      Delete
    2. Nak tnya. Saya akan bekeja di tempat situ nanti. Ermm kenapa berhenti sana ye. Nk tahu jugak. Sbb saya pown 1st pengalaman.

      Delete
  7. Sy personal excident(AHGP).sy uts kelana jaya .

    ReplyDelete
  8. Ramai juga yg pernah keja di uts..:)

    ReplyDelete
  9. Ramai juga yg pernah keja di uts..:)

    ReplyDelete
  10. Wow ... Btw saya pown baru je dpat kerja di uts raja chunlan .. thun depan saya start .. erm ada x disini .yang ada pengalaman .. n nk bgtahu .. saya pown xpenah ambik bidang mcm ni ..

    ReplyDelete
  11. Klu job mrkting klu x dpt jual prduk gji bsic msh dpt x?

    ReplyDelete