nuffnang ad

Friday, February 15, 2013

14 Februari

Hari ni dah 15 februari dah, tapi baru nak update pasal 14 februari. Almaklum la, mak kan busy.

Sebenarnya tak teringat pun Valentine day ni. Sejak-sejak disedarkan oleh boyfriend yang dah jadi suami, memang tak sambut dah.

Bila check facebook, baru teringat pasal Valentine ni sebab ramai yang tunjuk bunga yang diorang dapat.

Aku pun tak ada cerita pasal Valentine ni, tapi ada la satu kejadian dekat office yang kelakar. Aku rasa kelakar la, kalau korang rasa tak kelakar, tak apa la, tak marah pun.

Lalu dekat meja penyambut tetamu ni, ternampak satu jambak bunga yang cantik. Kali kedua lalu kat situ, bunga tu masih ada kat situ. Aku dah rasa pelik dah, tuan tak nak ke bunga tu. Kalau tak nak, bagi la kat aku je, hehehe.

Kali ketiga lalu, bunga tu ada lagi kat tu. Disebabkan perangai kepochi aku ni sangat hebat, terus tanpa perasaan malu tanya dekat penyambut tetamu tu. Siapa punya bunga tu?

"tak tau la Kak, cuba Kak baca kad tu", jawab si penyambut tetamu.

Tanpa rasa ragu-ragu aku pun baca...

Baby,
Walaupun kau jauh di mata bla bla bla...
Daripada Abu bin Ahmad

Dia tulis dalam bahasa omputih, tapi aku dah terjemahkan untuk korang siap-siap. Nama pengirim tu pun bukan nama sebenarnya. Tak boleh letak nama betul, kena saman nanti, huhuhu.

Yang memeningkan kepala di penyambut tetamu tu, sebab tak ada nama sebenar si penerima, setakat Baby je. Ish, nama aku pun Baby jugak time aku baby dulu, hehehe. Tapi nama pengirim tu nama penuh.

Aku kan memang selalu ada cadangan 'bernas' dan mungkin jugak sebab dah berjangkit perangai loyar buruk Nuar, terus aku bagi cadangan ni...

"apa kata you hantar email dekat semua staf. Tulis macam ni... Kepada staf yang bernama Baby dan mempunyai boyfriend bernama Abu bin Ahmad, sila ambil bunga anda di meja penyambut tetamu".

Tapi cadangan ditolak, hahaha.

Lain kali nak hantar apa-apa kat office, tulis la nama penuh. Kalau hantar dekat rumah, lain cerita la.

Eh, kalau hantar dekat rumah pun kena nama penuh. Sebab kalau letak Siti je, mesti aku berebut dengan Siti Azalia tu.

Macam haritu, aku beli barang online. Barang tu nak hantar dekat office. Nasib baik aku teringat nak kasi nama penuh. Kalau tak penjual tu nak guna nama Minnmizi je. Ish, ish, ish memang berzaman la barang tu nak sampai dekat aku sebab bukan ramai pun yang tahu tu nama aku.

posted from Bloggeroid

3 comments:

  1. haha..lawak jgak suggestion akak tu..huhu.. agak2 last tu siapa yg dapat bunga tu kak?ahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. saje je bagi suggestion mengarut, tak ada sapa nak ikot pon, huhuhu....

      tak sure la orang tu dah amik belum bunga dia...

      Delete
  2. hahahah ade ke org nama Baby? hehehe. kesian penerima bunga tu. mesti sedih xdpt bunga drpd boifren dia. hehe

    ReplyDelete