Sebenarnya Nuar nak habiskan lebih banyak masa dengan si kecik ni sebelum dia bertolak, itu yang dia minta aku hantar sampai airport. Si kecik ni memang gembiralah dapat berjalan-jalan.
Susahnya nak ambil gambar budak ni. Susah sangat nak ambil gambar dia yang pandang kamera sebab setiap kali orang lalu, mesti dia nak menoleh.
Abah, semoga selamat pergi dan selamat kembali. Jangan lupa belikan mainan dan baju untuk Mirul. Belikan sesuatu untuk Mommy juga, walaupun Mommy kata tak payah beli apa-apa. Mommy tu malu-malu kucing, tapi mahu hahaha. Abah, janganlah memilih makanan sangat sewaktu kat sana. Cuba ikut perangai Mommy yang boleh telan anything and everything.
Enjoy your trip!!!! Muah Muah from Mirul & Mommy.
No comments:
Post a Comment