nuffnang ad

Saturday, June 12, 2010

MLM

Tak tau kenapa bila bangun tadi tido pagi ni, aku nak Google pasal MLM. Tak ingat dah aku mimpi apa malam tadi, pasal MLM ke?

Aku pernah terkena dengan MLM ni, tapi nasib baik tak sampai tertipu dan rugi duit. Kalau tak silap kejadian ni berlaku 2 tahun yang lepas. Aku ingat lagi, masa tu bulan puasa. Classmate masa dekat UITM yang memang dah lama tak contact each other telefon nak ajak buka puasa sama-sama. Time tu dah start rasa pelik, tapi aku cuba berfikiran positif dan anggap dia just nak jumpa sebab memang lama dah tak jumpa.

Dia bawa aku ke Sunway Pyramid, dan aku nampak macam ada seminar yang sedang berlangsung. Aku tak nak masuk pada awalnya memandangkan masa tu aku pakai jeans dengan t-shirt aje. Selepas diyakinkan oleh kawan aku tu, aku masuk jugak.

Rupanya ada talk pasal MLM. Tapi masa aku sampai tu talk tu dah nak habis, so tak sempat nak dengar. Kawan aku ajak datang next time, supaya aku boleh dengar la pasal business ni. Mereka ni tak panggil benda ni MLM, tapi business or franchise.

Sebab aku dah janji dengan kawan aku tu, aku datang jugak la untuk next session, lagipun aku nak tau jugak pasal benda ni. Kawan aku ni bawa aku ke office MLM ni. Office dia memang cantik dan nampak mewah dan aku tau mereka bayar sewa yang mahal sebab aku pernah kerja dekat bangunan tu jugak.

Dia bawa aku tour 1 office, siap tour dekat parking lot lagi sebab nak tunjukkan yang diorang ni mampu pakai kereta mewah lepas joined business ni. Tapi aku tak pasti siapa tuan punya kereta tu dan masa tu kawan aku pakai kereta kecik aje. Sebelum aku decide untuk datang ke tempat tu, aku memang dah set dalam kepala aku ni yang aku hanya nak dengar dan tak akan join.

So aku pun masuk la dalam dewan tu, dan dItalicengar talk dari presenter yang dijemput. Presenter dia sangat la bersemangat dan dia akan pastikan yang penonton ni bersemangat jugak, so dia suruh penonton tepuk tangan dan bersorak. Tapi aku memang tak buat sebab tak nak terpengaruh.

Lepas keluar dari dewan tu, kawan aku bawa aku ke satu meja bulat dan ada 3 orang sedang menunggu. Dekat meja tu, diorang terangkan pulak personally pasal business ni. Dan aku bersyukur dengan kelebihan aku untuk tidak mudah terpengaruh dengan sesuatu yang tak pasti. Walaupun ada 3 orang yang cuba nak brain wash aku time tu, tapi aku memang tak berminat langsung. Mereka dengan bangga mengaku sanggup tinggalkan kerja sebagai manager di public listed company (company yang diorang maksudkan memang besar). Time diorang cakap pasal sanggup resign tu, aku terus analyse jam dan baju yang diorang, cara pemakaian mekap diorang dan hasil dari analisis aku tu, langung tak melambangkan yang mereka ni adalah seorang manager di syarikat besar. Nampak sangat menipu kalau jam yang dipakai seakan-akan jam yang dijual dekat Petaling Street, baju pun nampak murah (aku sangat hebat untuk menilai harga baju yang orang pakai walaupun tak nampak brand).

Even mereka tak pandai nak convince aku pun walaupun mereka bertiga, lagi 1 point yang aku nampak yang mereka memang la bukan manager. At last salah seorang dari mereka ni marah sangat dengan aku sebab kata fikiran aku tertutup dan tak nak maju. Yer, fikiran aku memang tertutup. Tertutup untuk perkara yang aku tak pasti.

Menurut mereka ni, ramai artis yang masuk, kenapa aku tak nak masuk sama? Kenapa aku harus mengikut apa yang artis buat? Adakah golongan artis ni sebegitu tinggi darjatnya sehingga apa yang mereka buat harus diikuti oleh peminat? Lain lah, kalau ramai menteri atau golongan cerdik pandai yang join, mungkin aku boleh pertimbangkan.

Italic
Aku tak pasti samada business mereka ni tipu ataupun tidak dan aku tak nak mengulas tentang business ni lagi. Yang aku pasti, business ni memang tak sesuai dengan jiwa aku.

Yang aku pasti seorang dari teman bekas office aku joined MLM ni dan cuba mempengaruhi aku jugak. Teman aku ni sampai sanggup buat pinjaman bank RM40k sebab nak melabur dalam business ni. Sampai satu tahap, dia pernah tak cukup duit untuk makan tengahari. Aku tak pasti apa yang dia buat dengan duit gajinya. Yang aku tahu, hampir setiap malam, dia ada aktiviti dengan geng-geng MLM dia tu (confirm la kena keluar duit untuk minyak kereta, makan, untuk aktiviti tu lagi).

Sampai sekarang aku tak pasti apa yang dah jadi dengan kedua-dua kawan aku tu, adakah sudah kaya seperti yang diwar-warkan oleh mereka sebelum ni?

Hasil carian aku dari Google, banyak yang menyatakan MLM tu penipu. Dan artis yang dimaksudkan sebelum ni pun mengaku tertipu sama. Apa yang dah jadi dengan pinjaman bank kawan-kawan aku tu? Kan lebih baik kalau korang buat pinjaman bank untuk beli rumah ke, sambung belajar ke. At least tak la sia-sia kan.

p/s - bersyukur kepada Allah sebab tak mudah terpengaruh. Sebelum buat keputusan kaji dan bertanya kepada mereka yang lebih arif.

2 comments: