nuffnang ad

Thursday, November 17, 2011

Hargailah Mata Anda

Sebenarnya aku baru pulih dari sakit mata yang amatlah teruk. Setelah lebih dari 2 minggu menanggung sengsara, harini barulah mata aku menunjukkan tahap yang memberansangkan. Itu pun setelah aku telan berpuluh-puluh biji ubat, setelah berbotol-botol ubat mata aku titiskan dalam mata ni. Doktor kata tak boleh kasi aku ubat yang berdos tinggi memandangkan aku menyusukan Miwul dengan susu badan. Mungkin itu salah satu sebab kenapa lambat sangat mata aku nak baik.

Sakit mata ni aku dapat dari putera kesayangan aku, Amirul Hadif. Patutlah masa dia tengah sakit mata ni, dia asyik menangis, asyik merengek, asyik nak berdukung saja. Rupanya memang sangat sakit dan pedih, sampai tak boleh buka mata. Air mata pula asyik keluar macam sedang menangis. Bila tidur malam, bantal aku basah dengan air mata. Kalau aku yang dah tua bangka ni pun tak dapat tahan sakit, inikan pula anak aku yang baru berumur 2 minggu waktu tu.
Miwul yang sedang sakit mata. Cian dia...

Sepanjang sakit mata tu, pandangan aku memang tak jelas, samar-samar saja. Kalau tengok TV tu, memang tak nampaklah muka orang dalam TV tu, boleh dengar suara saja. Internet pun aku tak layan, sebab memang tak nampak langsung. Suratkhabar pun tak mampu nak baca. Memang rasa macam orang cacatlah sepanjang 2 minggu ni. Sampai tahap nak tukar pampers Miwul pun aku tak mampu, tak nampak, jadi takut aku tak cuci dengan bersih pula nanti. Nasib baik mak ada :)

Selama ni aku memang tak pernah mengambil berat tentang kesihatan mata. Tapi lepas dapat sakit mata ni, aku rasa betapa pentingnya mata dalam kehidupan kita. Sepanjang 2 minggu ni, kehidupan aku memang terbatas gara-gara tidak dapat memandang dengan jelas.

Tadi jalan-jalan di internet ni dan aku jumpa beberapa tips penjagaan mata yang aku rasa agak mudah untuk diamalkan. Harapnya ia juga mudah untuk diamalkan oleh kamu :)

  • Banyakkan makan buah-buahan yang berwarna ungu seperti prun dan buah beri kerana ia mempunyai sebatian yang dikenali sebagai 'anthocyanidinas'.
  • Rajin-rajinlah makan sayur-sayuran berwarna hijau seperti bayam, kangkung, sawi dan sebagainya kerana ia sangat kaya dengan beta karotin yang baik untuk mata. Yer, kangkung goreng belacan sangatlah sedap :P
  • Ambillah buah-buahan yang berwarna oren atau kuning seperti limau, betik dan mangga. Ia juga mengandungi beta karotin yang tinggi.
  • Sayur-sayuran berwarna oren dan merah seperti lobak merah, tomato dan labu juga mengandungi beta karotin yang sangat tinggi (alamak, aku tak suka labu). Ambillah pemakanan ini setiap hari sekurang-kurangnya satu cawan sehari bagi memastikan tubuh anda sentiasa mendapat sumber beta karotin yang berterusan.
  • Melakukan senaman mata adalah sangat baik untuk kesihatan mata. Caranya dengan mengerdipkan dan memejamkan mata anda kerana ia mampu mengurangkan keradangan dan rasa letih pada mata.
  • Kurangkan stress pada mata dengan meletakkan hirisan timun pada kelopak mata anda. Mata yang letih mengakibatkankan lingkaran gelap di sekeliling mata terjadi seterusnya menjejaskan penampilan anda.
  • Tidur yang cukup akan membantu merehatkan mata anda dan membuat mata anda kelihatan segar dan bermaya.
  • Elakkan mata anda dari cahaya yang sangat terang kerana ia akan menjejaskan penglihatan anda. Pakailah kaca mata gelap untuk memelihara mata anda, sambil tu bolehlah 'feeling-feeling artis' hehe.

3 comments:

  1. Saper bapak miwul tue? mesti hensem kan...

    ReplyDelete
  2. cian nye sakit mate..berair je yerr..hmm..cpt sembuh k dear.. :)

    ReplyDelete