nuffnang ad

Sunday, September 25, 2011

Pengasuh Vs Taska

Alhamdulillah, usia kandungan aku dah hampir mencecah 37 minggu. Maknanya, bila-bila masa saja aku bakal melihat muka baby yang sangat-sangatlah aktif ni.

Walaupun dah hampir melahirkan, tapi aku masih belum membuat keputusan samada untuk menghantar baby ke rumah pengasuh ataupun taska. Ni memang bukan satu keputusan yang kecil sebab baby akan berada di sana lebih 8 jam sehari, 5 hari seminggu dan 20 hari sebulan.

Mak aku mencadangkan untuk hantar ke rumah pengasuh sebab terlalu ramai kanak-kanak di sesebuah taska. Akhir-akhir ni pula banyak terjadi kes baby mati tercekik. Disebabkan terlalu ramai kanak-kanak, pekerja taska tidak mampu menjaga baby dengan baik. Dengarnya, jika kanak-kanak ingin menyusu, pekerja tidak akan memegang botol susu sebaliknya mereka meletakkan botol susu di atas bantal kecil yang diletakkan di atas badan baby. Sebab itulah baby senang tercekik sebab tiada siapa di samping baby sewaktu baby menyusu.

Tapi hantar ke rumah pengasuh pun susah juga, sebab pengasuh mempunyai aktiviti seharian yang harus dilakukan sebagai suri rumah. Pengasuh juga mempunyai anak sendiri yang harus diambil berat dan pastinya perhatian lebih diberikan kepada anak sendiri berbanding anak orang lain.

Kelebihan menghantar anak ke taska, mereka mempunyai pekerja yang terlatih dan pekerja boleh menumpukan perhatian kepada baby sebab mereka memang digajikan untuk menjaga kanak-kanak.

Kelebihan menghantar anak ke rumah pengasuh pula, pengasuh hanya mengasuh beberapa orang kanak-kanak sahaja. Jadi keselamatan lebih terjamin.

Yang pastinya, kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kekurangan. Aku tak nak berkira sangat tentang kos. Apa yang aku inginkan adalah keselamatan dan kesihatan baby aku. Aku masih ada bulan lagi untuk membuat keputusan.

No comments:

Post a Comment