nuffnang ad

Wednesday, August 3, 2011

Karma... Percayakah Korang??

Korang percaya tak dengan hukum 'karma'? Aku adalah baca beberapa laman web pasal karma ni. Menurut laman web yang aku baca, karma ni adalah kepercayaan Hindu. Dalam Islam tak wujud pun karma ni. Macam yang kita semua tahu, dalam ajaran Islam, kalau kita berbuat baik, syurgalah ganjarannya. Kalau sebaliknya, nerakalah yang menanti.

Tapi aku percaya korang semua pernah dengar ayat ni, 'Tuhan bayar tunai kat dunia, tak payah tunggu kat akhirat'. Aku sendiri pun pernah mengalami benda ni,mengumpat orang lepas tu tak sampai beberapa jam tersungkur kat tengah-tengah jalan. Mungkin tu hanya kebetulankan. Tapi kita lihat dari sudut positif, jangan berbuat jahat pada orang, sebab setiap perbuatan yang kita lakukan ada balasannya.

Sebenarnya, ada benda yang terjadi dekat sekitar aku yang menyebabkan aku terfikir untuk tulis pasal benda ni. Ada seseorang yang selalu menyatakan ketidakpuasan hati, kebencian yang amat sangat terhadap 'sesuatu' benda, dan sekarang aku perhatikan dia pula yang mempunyai 'sesuatu' itu tanpa kerelaannya. Bila aku fikirkan semula, aku jadi takut kalau benda yang sama terjadi pada aku. Kata orang, 'what goes around comes around'.

Jadi sempena bulan Ramadhan yang mulia ni, aku berazam untuk jadi orang yang lebih baik dari semalam dan hari-hari yang sebelumnya. Tambah-tambah lagi dengan keadaan aku yang sarat berbadan dua sekarang ni. Mak aku kata, ajarlah baby ni benda-benda yang baik sejak dalam kandungan lagi.

Ok, aku ambil kesempatan ni untuk mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Semoga kita semua dapat menjalani ibadah tahun ni dengan sempurna, lebihkan beramal ibadat, kurangkan bercakap (aka mengumpat),kawal segala nafsu dan semoga segala amalan kita diterima oleh-Nya.

Amin...

No comments:

Post a Comment