nuffnang ad

Tuesday, January 10, 2012

Sedih + Tension

Esok dah nak kena hantar Miwul pergi nurseri sebab lusa dah nak mula kerja semula. Rasanya ni adalah keputusan yang terbesar yang aku buat untuk Miwul setakat ni.

Risau sangat... Adakah mereka akan jaga Miwul dengan baik? Adakah mereka akan tukar pampers selalu? Adakah mereka akan pukul Miwul sebab Miwul selalu merengek?

Aku pun bukanlah pandai sangat jaga anak, dah lah Miwul ni anak pertama. Tapi sekurang-kurangnya aku dah cuba yang terbaik. Setiap kali dia merengek-rengek, mesti aku akan pangku atau dukung dia untuk tenangkan dia. Ada banyak hari yang aku tak sempat nak makan tengahari gara-gara Miwul merengek sepanjang hari. Aku sanggup nak hadapi semua tu sebab dia anak aku. Tapi orang yang jaga Miwul tu sanggupkah berbuat begitu?

Ish, tak dapat nak gomol-gomol budak tembam ni sepanjang hari lagi. Malam-malam sajalah boleh gomol dia....

:(

No comments:

Post a Comment