nuffnang ad

Friday, April 29, 2011

Perbualan Sepasang Suami Isteri Di Pagi Yang Sejuk-sejuk Nyaman

Dah la sejuk-sejuk nyaman, sambil baring atas katil pulak tu. Lepas tu dua-dua pun terfikir, ' bestnya kalau hari ni hari sabtu'. Sayangnya hari Jumaat pulak.

Si Suami belum mandi lagi. Isteri yang rajin mesti la dah mandi.

Isteri : Awak, kenapa awak tidur sambil pakai spek?

Suami : Sebab nanti Nuar tak nampak.

Isteri : Buat apa nak nampak, kan nak tidur?

Suami : Nanti nak mimpi. Kalau tak pakai spek, nanti dalam mimpi tak nampak apa-apa.

Si Isteri terdiam, tanpa berkata apa-apa. Tapi dalam hati sempat berkata, ' kenapa la aku dapat laki poyo ni?'

Sambungan, babak lain pulak.... Kejadian berlaku di sebuah majlis perkahwinan...

DJ : Lagu ini ditujukan oleh pengantin lelaki kepada isterinya (lagu Sedetik Lebih - Anuar Zain).

Isteri : Awak bestnya, dia tujukan lagu untuk isteri dia. Awak tak buat macam tu kat Min pun.

Suami : Ala, setakat tuju aje. Nuar siap boleh nyanyikan untuk Min.

Isteri terdiam lagi, tapi sampai sekarang pun si suami tak nyanyi lagi lagu tu seperti dijanjikan.

Pengajaran dari cerita - pasrah aje lah kalau dapat laki macam ni. Kadang-kadang perangai yang poyo tu lah yang ceriakan hidup aku :)

No comments:

Post a Comment