nuffnang ad

Tuesday, March 8, 2011

Bila Encik Suami Ada Masa Terluang Yang Sangat Banyak....

Iyer, dia akan mengemas peti sejuk. Ok, bukan mengemas. Tapi membuang segala benda yang ada kat dalam peti sejuk. Pada dia semua benda dah lepas tarikh luput, semua benda dah busuk.... Ish... Ish...

Aku tengah sangat-sangat tak larat nak masuk dapur sekarang ni. Perasaan nak muntah tu memanglah sangat hebat, jadi aku hanya mampu melihat aje dari ruang tamu ni. Biar aje lah dia buang semua benda. Aku kena siap dari segi mental, jangan nanti terkejut bila buka peti sejuk semua benda pun dah tak ada.

Sambil mengemas tu sempat lagi dia membebel kat aku, 'Min tau tak, makanan yang lama-lama ni boleh memberi tindak balas kimia bla bla bla....'

Dulu masa dia 'mengemas' peti sejuk, aku siap ada ambil gambar bukti lagi. Tapi tak dapat nak upload sekarang, lain kali aje lah.

Hahaha, sekarang dia sedang memasak. Terima kasih lah, saya sangat menghargainya.

P/S - Encik, jangan buang buah mangga dengan jambu saya!!!

1 comment:

  1. min, dh pregnant ker?...bape bulan dh?... congrate

    ReplyDelete