nuffnang ad

Wednesday, January 12, 2011

Janji Pada Diri Sendiri - Tak Nak Layan Sebarang Pertanyaan Selepas Pukul 6 Petang

Sekarang, jam di komputer aku menunjukkan pukul 8:02 minit malam dan aku masih berada di pejabat. Niat di hati, nak balik awal, dalam pukul 6:30 petang.

Tapi pada pukul 6:28 petang, seorang mamat Arab ni cakap 'Hi' dengan aku melalui office communicator.

Aku yang memang terkenal dengan sikap peramah dan baik hati, pergi balas 'Hi' semula pada dia.

Rupa-rupanya, dia nak minta aku reconcile kan satu benda, dan hasilnya sampai sekarang aku masih ada di pejabat!!!!

Kesimpulan yang boleh aku buat sekarang, kalau ada orang cari aku selepas pukul enam, jangan harap aku nak layan...

No comments:

Post a Comment