nuffnang ad

Monday, January 2, 2012

Solid Foods for Miwul

Harini Miwul dah genap 2 bulan setengah. Time flies... seriously (sangat laju ok). Minggu depan dah kena masuk pejabat semula. Why? Oh, why? ;(

Tapi gembira juga tengok Miwul dah membesar, tak sabar nak suapkan dia makanan. Hopefully, senanglah nak kasi Miwul makan. Kalau mengikut sejarah keluarga aku (atau lebih tepat lagi, sejarah aku sendiri sewaktu masih kanak-kanak), agak susah juga nak beri aku makan. I'm glad that my mom was super-duper creative, ada saja cara nak suapkan kami makanan. Letak kami dalam stroller, tolak sekeliling kampung sambil suapkan kami makanan. Oh, sampai sekarang aku masih ingat stroller yang mak guna, sebab mak jenis yang suka simpan barang-barang kenangan. Jadi stroller tu dia masih simpan sampai aku sekolah rendah.

Kadang-kadang mak kena menyanyi-nyanyi untuk suapkan kami makanan. Kadang-kadang mak pun kena makan juga makanan kami tu, konon-konon nak tunjuk pada kami yang makanan tu sedap gila. Padahal, untuk orang dewasa,makanan tu sangatlah tak sedap, tasteless.

Kebanyakkan doktor akan menasihatkan untuk memberi bayi solid foods pada usia 6 bulan. Tapi ada juga orang yang kata boleh bermula pada usia 4 bulan, jika bayi dah pandai mengawal pergerakan kepalanya. Orang dulu-dulu, awal-awal lagi dah beri makanan pada bayi mereka. Tapi mak aku kata jangan beri solid foods pada Miwul lagi sampailah doktor izinkan. Sebab menurut mak, daya tahan tubuh orang dulu-dulu tak sama macam orang sekarang. Ok, saya patuh pada arahan mak saya :P

Tujuan sebenar aku create entry ni adalah....



Sebenarnya sejak dari zaman remaja sampailah sekarang, 2 makanan di atas adalah makanan idaman yang aku nak suapkan pada anak aku. Ni semua gara-gara sepupu-sepapat aku yang menjadikan makanan di atas sebagai makanan ruji untuk anak-anak mereka. Aku pun ala-ala malas nak masak bubur kan. Jadinya, bolehlah beli saja Heinz, buka penutup botol, terus suapkan pada Miwul. Lagipun aku rasa, aku ada makan juga Heinz ni sebab aku nampak ada banyak botol-botol kosong Heinz (yang memang dah buruk gila, boleh masuk muzium ok) yang mak dah jadikan sebagai bekas menyimpan rempah ratus. Oh, harus ambil gambar botol itu...

Heinz ni dah boleh diberi pada bayi seawal umur 4 bulan dan ia datang dalam pelbagai perisa. Yummy...

Miwul, jom makan... One teaspoon for Miwul and one tablespoon for Mommy. Opps!!!

1 comment:

  1. Momi...tqvm dtg blog kakak!! kalo blh, mami buatla homemade..x susah, lagi berkhasiat dr yg botol yg sudah ada pengawet...I know u can do it..Caiyuk2..:)

    ReplyDelete