Aku kurang suka dengan orang yang botak sebab pada pandangan mata aku orang botak ni nampak macam garang. Sebab tu Nuar tak pernah botak dan aku sendiri tak pernah terfikir nak botakkan Mirul.
Mak aku rajin mengikuti rancangan-rancangan agama dekat TV, jadi ada jugalah ilmu mak aku tentang hukum amalam cukur jambul dalam Islam. Untuk pengetahuan, amalan cukur jambul adalah bidaah dan khurafat. Untuk maklumat lanjut, baca di sini.
Awal-awal lagi mak aku dah suruh aku botakkan kepala Mirul, tapi macam-macam alasan aku kasi. Alasan paling kukuh adalah tiada siapa yang berani nak botakkan Mirul sebab ada banyak urat-urat yang timbul di kepala dia. Tapi akhirnya Mirul dibotakkan juga oleh abahnya dengan bantuan Mommy dan Atuk. Lebih kurang 3 jam juga kitorang ambil masa untuk licinkan kepala dia. Mirul tidur saja sepanjang proses tu (perasan ada kat salun lah tu).
Lepas botak, aku asyik usap-usap kepala Mirul dengan harapan rambut dia cepat tumbuh. Muka Mirul yang dah sedia garang tu, jadi makin garang bila botak. Tapi tak apalah, Mirul tetap budak kesayangan Mommy.
:)
No comments:
Post a Comment