nuffnang ad

Friday, January 20, 2012

Di Setiap Gambar Ada Cerita

Hari ni super-duper free kat office, langsung tak ada kerja ok. Sebab semalam aku dah bertungkus lumus siapkan semua kerja.

Sebab tak ada kerja, aku pon godek-godek gambar lama-lama dekat Facebook. Ada lebih 700 keping gambar sejak aku ada Facebook. Aku join Facebook dari March 2008 (dah 4 tahun dah). Taklah banyak sangat gambar aku kalau nak dibandingkan dengan orang yang baru join setahun tapi gambar sampai beribu-ribu :)

Fikiran aku tengah berserabut sekarang ni, bila tengok gambar-gambar lama ni terasa terubat sikit hati mengenangkan waktu gembira zaman muda-muda dulu hahahaha. Sebab tu kita kena ada blog, kena ada gambar-gambar yang banyak. Bila rasa down, tengok sajalah benda-benda ni. Ini adalah salah satu terapi untuk mengurangkan stress.

Ada banyak gambar, tapi tak bolehlah upload semua. Bahaya upload gambar kat office ni, takut orang IT boleh kesan hehehe.


Buka puasa - Punyalah susah nak dapatkan tempat duduk masa tu. Tak tahulah bila kitorang boleh berkumpul lagi macam ni sebab ada yang dah kawin, ada yang dah ada anak, ada yang kerja luar Malaysia, ada yang sibuk dengan bisnes. Semua orang dah ada kehidupan sendiri. Aku sendiri pun dah jarang lepak-lepak dengan kawan-kawan sejak kawin ni. Bila dah beranak lagilah tak ada masa nak lepak.


Berkelah di Sungai Congkak - Ni muka sebelum memulakan perjalanan pergi Sungai Congkak. Muka masing-masing pun segar saja sebab pagi lagi. Gambar selepas tidak boleh ditunjukkan sebab muka masing-masing memang nampak penat. Apa tidaknya, bapaklah jauh berjalan kaki sambil membawa makanan yang banyak. Berpeluh-peluh ok, tapi sangatlah seronok. Oh, rindu gila nak mandi air terjun..


Jamuan Raya 2008 - Makanan adalah sangat banyak. Sepatutnya aku tak dapat join jamuan ni sebab aku sepatutnya pergi Singapore untuk melawat Mak Lang yang tengah sakit. Plan nak pegi Singapore hari Isnin, tiket semua dah beli. Akhirnya, mak aku kena pergi sendiri sebab Mak Lang dah sakit kuat hari Sabtu. Aku tak dapat pergi sebab hari Sabtu dan Ahad aku ada workshop untuk CPA.


Jamuan Raya 2008 - Suka gila gambar ni. Tengoklah Senior Manager aku kat belakang tu, perangai tak senonohkan.

Dinner @ Flaming - Senior Manager yang best gila. Kitorang yang jahat, tampal tandanama masing-masing dekat baju dia.

Dinner @ Flaming - more photos.

Dalam keretapi dari Bandung ke Jakarta - Best gila makan kat sana sampai badan naik dengan mendadak. Paling kelakar, sambut birthday Akmar guna Jco sebab tak jumpa kedai kek. Shopped till I dropped. Sampai sekarang aku tak tahu berapa ribu aku habiskan dekat sana, tak berani nak kira hahahaha. Bawak tunai RM2000, tak campur credit card lagi. Oh, silalah menangis.


Christmas celebration - Macam-macam permainan ada, memang gelak ketawa sahaja sepanjang hari. Silah lihat muka aku tu, gelak jahat ok. Rindu!!!

Christmas Celebration- Aku adalah suka membuat pelbagai mimik muka dan yang takjubnya, diorang ni sempat saja snap gambar masa aku buat muka-muka pelik ni. Sigh...


Surprise Birthday Celebration for Diana - Tapi dah tak surprise lagi dah sebab semua birthday boy/girl mesti dapat agak yg kitorang nak celebrate birthday diorang. Time birthday aku lagilah tak surprise. Diorang boleh buat ayat macam ni, "Minn, jomlah gi pantry, nak sambut birthday kau". Cis!

Pergi Genting dengan Sally - Mulanya nak merajuk dengan Sally sebab tak bagi kitorang tempat duduk yang kitorang nak dekat office. Tapi at last bawa juga dia pergi Genting. Tak sampai hati, sebab dia nak jalan-jalan kat Malaysia. Sepatutnya pergi 1 team, at last 4 orang ni sajalah.

Pergi Genting dengan Sally - Oh, sangat benci dengan fringe itu. Itu adalah hasil tangan diri sendiri.

Farewell Dinner for Evan - masa ni sebahagian daripada mereka dah kena retrench. Evan dah nak balik New Zealand.

Puteri Gunung Ledang the Musical - buat pertama kalinya Jacq pakai punjabi suit depan kitorang. Dia dengan rela hati nak pakai ni, kami tak paksa :) show ni adalah sangat best, kalau ada lagi memang nak pergi tengok lagi.

MYOB Team Spirit 2009 - Kami adalah pemenang tempat pertama. Nama kumpulan kami adalah 'berlagak', tapi tak register pun nama tu sebab diorang tak minta nama kumpulan. Di setiap pusingan, kumpulan kami adalah kumpulan pertama yang sampai di garisan penamat. Tapi tak sangka pula menang sebab dari 4 treasure, hanya 1 saja yang betul. Masa pemenang diumumkan, kalau tak silap aku ada aktiviti melompat-lompat kegembiraan hahahaha.

MYOB Team Spirit 2009 - Mamat orang putih tu langsung tak menyumbang terhadap kemenangan kumpulan kami. Dia hanya ke hulu-hilir sambil berpayung. Kitorang ajak dia masuk kumpulan kitorang pun sebab kitorang nak cukupkan ahli kumpulan saja, hahaha.


MYOB Team Spirit 2009 - Gambar kena letak banyak-banyak sikit sebab kitorang menang hahaha.
Walkaton @ Tasik Kelana Jaya - Konon aktiviti sihatlah ni.

Makan-makan - Zaman dulu, ayam penyet selalu menjadi pilihan hati.

Buka puasa @ Chicken Hartz - selain makan-makan, kami juga suka bergambar. Dekat escalator pun bolehkan.

Kareoke - Yang ni masih segar di ingatan, bilik kecil saja tapi bantai masuk sampai 8 ke 9 orang. Masa ni ada orang kemaruk nak menyanyi, bilik kecil pun layan.

Housemates Outing @ The Gardens Midvalley - Kan aku dah cakap, kami ni suka bergambar.

Lets the photo talk - kami memang suka bergambar. Depan lift pun jadi.

MYOB Annual Dinner - Oh, ni memang best gila. Sebelum dinner, asyik merayap bersama-sama housemates dan housemate angkat untuk mencari baju. Aktiviti mencari baju dinner sangatlah menarik!!!! Make-up dekat Estee Lauder, set rambut dekat Snips.

MYOB Annual Dinner - Waktu ni airmata aku dah bergenang-genang dah. Alkisahnya, aku geli tengok seluar dalam lelaki. Korang nampak tak seluar dalam merah tu? Senior Manager aku memang mengarut. Bila dia tahu aku takut, lagilah dia nak berdiri dekat sebelah aku. Cis!!!

Bowling - Tengok orang putih ni, suka menyelit tau. Baju yang di atas, aku tak muat lagi dah huhuhu.

MYOB Kareoke Session - Dalam banyak-banyak staff, kenapalah aku yang kena berduet dengan mamat ni. Sesi nak memilih lagu yang kami berdua tahu nyanyi adalah sangat memeritkan, sebab kami bukan kaki kareoke. Lagu yang aku tahu, dia pulak tak tahu and vice versa. Part paling best bila tengok bos-bos ni nyanyi lagu Raining Men, semua pun dah ala-ala mabuk, macam-macam aksi ada.

Oh, rindu gila dengan suasana ni.

Ok, cukup untuk kali ni, kalau rajin nak godek-godek gambar, boleh upload lagi :)

Nak balik rumah dah, Happy Chinese New Year.

No comments:

Post a Comment