nuffnang ad

Thursday, January 5, 2012

Dear Amirul Hadif...

Untuk pengetahuan awak, sewaktu umur awak seminggu, Mommy dah pun membuat persetujuan dengan Aunty Zu untuk ambilkan awak insuran pendidikan. Sebab Mommy nak masa depan awak terjamin, Mommy nak awak mendapat pendidikan yang sewajarnya. Kita bukan orang kaya, jadi dari sekarang Mommy dah harus fikirkan untuk masa depan awak.

Jadi bila awak dah dapat masuk universiti nanti, awak gunakanlah peluang tu sebaik-baiknya.
  • Jangan buat benda-benda mengarut yang boleh membuatkan awak kena buang universiti.
  • Jangan bersuka-ria @ berjoli-joli sakan sampai lupakan pelajaran dan kena tendang keluar dari universiti. Dan juga jangan sampai gambar-gambar atau video tak senonoh belayar di internet. Satu dunia boleh tengok nak oii, mana Mommy nak sorokkan muka nanti.
  • Tak perlulah nak berdemonstrasi, sebab tugas awak waktu itu adalah untuk belajar. Tak kisahlah siapa pun yang nak dipertahankan sewaktu berdemonstrasi tu. Percayalah cakap Mommy, kalau ada sesuatu terjadi sewaktu demonstrasi tu, belum tentu ada pihak yang nak pertahankan awak, lagi dicemuh adalah.
  • Jangan sesuka hati nak bergaduh dan bertumbuk dengan kawan-kawan. Mommy tak sanggup nak tengok awak luka-luka, berdarah, menanggung kesakitan. Waktu awak masih bayi, setiap kali awak sakit mesti Mommy menangis sebab Mommy tak sanggup nak tengok awak sengsara. Tapi kalau mereka yang cari pasal dengan awak, haruslah lawan balik, tak kan nak biarkan diri sendiri kena tumbuk. Jangan sesekali bergaduh sebab berebut seorang perempuan.
  • Jangan mengada-ngada nak cuba pil hayal, arak, dadah dan benda-benda yang sewaktu dengannya.
  • Jangan cari perempuan yang suka mengikis, mengongkong, perempuan yang hanya mementingkan gaya dan kecantikan. Senang cakap, jangan cari 'bimbo'. Cari perempuan yang boleh dijadikan isteri.

Ok, ni saja pesanan untuk kali ni. Nanti Mommy fikirkan lagi apa yang Mommy nak bebal dekat awak.

*'Mak tak kisah kau nak pakai seluar pendek ke, nak warna rambut ke... Yang penting pandai jaga diri, jangan malukan keluarga' - inilah pesanan Uwan dekat Mommy dulu. Dan pesanan yang lebih kurang macam ini lah yang moyang awak cakap pada Uwan.

No comments:

Post a Comment