nuffnang ad
Friday, January 27, 2012
Live Locally, Work Globally
Aku bertungkus lumus adjust telinga aku supaya boleh faham apa yang sedang dibincangkan sebab bila-bila masa saja mereka ni boleh tanya soalan pada aku. Pandang ke kanan, aku dengar seorang mamat dari Tunisia bercakap. Pandang kiri pula, terdengar teammate dari Filipina pula bercakap. Tiba-tiba mamat dari India pula menyampuk. Ada lagi 2 orang mamat Negro, yang tu aku tak pasti dari negara mana.
Sejak balik dari maternity leave ni, aku tengok banyak sangat orang-orang dari negara luar yang dah datang ke office aku, dah bermacam-macam warna ada.
Ya, dah masalah terbesar aku adalah untuk memahami longhat mereka.
Wednesday, January 25, 2012
A New Way To Reduce Weight
Masa anak dara - 45kg
Sesudah bergelar isteri dan sebelum mengandung - 47kg
Minggu terakhir sebelum melahirkan - 58kg
Sesudah melahirkan - 50kg
3 bulan setelah melahirkan - 45kg!!!
Kesimpulan - Kalau teringin nak dapatkan semula berat badan semasa anak dara, silalah mengandung dan lahirkan seorang anak.
:)
Friday, January 20, 2012
Di Setiap Gambar Ada Cerita
Sebab tak ada kerja, aku pon godek-godek gambar lama-lama dekat Facebook. Ada lebih 700 keping gambar sejak aku ada Facebook. Aku join Facebook dari March 2008 (dah 4 tahun dah). Taklah banyak sangat gambar aku kalau nak dibandingkan dengan orang yang baru join setahun tapi gambar sampai beribu-ribu :)
Fikiran aku tengah berserabut sekarang ni, bila tengok gambar-gambar lama ni terasa terubat sikit hati mengenangkan waktu gembira zaman muda-muda dulu hahahaha. Sebab tu kita kena ada blog, kena ada gambar-gambar yang banyak. Bila rasa down, tengok sajalah benda-benda ni. Ini adalah salah satu terapi untuk mengurangkan stress.
Ada banyak gambar, tapi tak bolehlah upload semua. Bahaya upload gambar kat office ni, takut orang IT boleh kesan hehehe.
Berkelah di Sungai Congkak - Ni muka sebelum memulakan perjalanan pergi Sungai Congkak. Muka masing-masing pun segar saja sebab pagi lagi. Gambar selepas tidak boleh ditunjukkan sebab muka masing-masing memang nampak penat. Apa tidaknya, bapaklah jauh berjalan kaki sambil membawa makanan yang banyak. Berpeluh-peluh ok, tapi sangatlah seronok. Oh, rindu gila nak mandi air terjun..
Jamuan Raya 2008 - Makanan adalah sangat banyak. Sepatutnya aku tak dapat join jamuan ni sebab aku sepatutnya pergi Singapore untuk melawat Mak Lang yang tengah sakit. Plan nak pegi Singapore hari Isnin, tiket semua dah beli. Akhirnya, mak aku kena pergi sendiri sebab Mak Lang dah sakit kuat hari Sabtu. Aku tak dapat pergi sebab hari Sabtu dan Ahad aku ada workshop untuk CPA.
Jamuan Raya 2008 - Suka gila gambar ni. Tengoklah Senior Manager aku kat belakang tu, perangai tak senonohkan.
Christmas celebration - Macam-macam permainan ada, memang gelak ketawa sahaja sepanjang hari. Silah lihat muka aku tu, gelak jahat ok. Rindu!!!
Surprise Birthday Celebration for Diana - Tapi dah tak surprise lagi dah sebab semua birthday boy/girl mesti dapat agak yg kitorang nak celebrate birthday diorang. Time birthday aku lagilah tak surprise. Diorang boleh buat ayat macam ni, "Minn, jomlah gi pantry, nak sambut birthday kau". Cis!
MYOB Team Spirit 2009 - Mamat orang putih tu langsung tak menyumbang terhadap kemenangan kumpulan kami. Dia hanya ke hulu-hilir sambil berpayung. Kitorang ajak dia masuk kumpulan kitorang pun sebab kitorang nak cukupkan ahli kumpulan saja, hahaha.
MYOB Team Spirit 2009 - Gambar kena letak banyak-banyak sikit sebab kitorang menang hahaha.
MYOB Annual Dinner - Waktu ni airmata aku dah bergenang-genang dah. Alkisahnya, aku geli tengok seluar dalam lelaki. Korang nampak tak seluar dalam merah tu? Senior Manager aku memang mengarut. Bila dia tahu aku takut, lagilah dia nak berdiri dekat sebelah aku. Cis!!!
Thursday, January 19, 2012
I'm Exhausted
Kadang-kadang aku dengan rela hati nak pengsan, sebab aku nak rehat.
Tapi siapa nak kasi Mirul susu kalau aku pengsan?
Wednesday, January 18, 2012
Budak Botak Kesayangan Saya
Mak aku rajin mengikuti rancangan-rancangan agama dekat TV, jadi ada jugalah ilmu mak aku tentang hukum amalam cukur jambul dalam Islam. Untuk pengetahuan, amalan cukur jambul adalah bidaah dan khurafat. Untuk maklumat lanjut, baca di sini.
Awal-awal lagi mak aku dah suruh aku botakkan kepala Mirul, tapi macam-macam alasan aku kasi. Alasan paling kukuh adalah tiada siapa yang berani nak botakkan Mirul sebab ada banyak urat-urat yang timbul di kepala dia. Tapi akhirnya Mirul dibotakkan juga oleh abahnya dengan bantuan Mommy dan Atuk. Lebih kurang 3 jam juga kitorang ambil masa untuk licinkan kepala dia. Mirul tidur saja sepanjang proses tu (perasan ada kat salun lah tu).
Lepas botak, aku asyik usap-usap kepala Mirul dengan harapan rambut dia cepat tumbuh. Muka Mirul yang dah sedia garang tu, jadi makin garang bila botak. Tapi tak apalah, Mirul tetap budak kesayangan Mommy.
:)
Friday, January 13, 2012
Lawak Hari Ni - 13 January 2012
Situasi - Seorang mamat ni pergi beli paku dekat kedai hardware.
Taukeh : Nak bungkuskah paku-paku ni?
Pembeli : Taklah, nak makan sini...
huahuahua....
Tuesday, January 10, 2012
Sedih + Tension
Risau sangat... Adakah mereka akan jaga Miwul dengan baik? Adakah mereka akan tukar pampers selalu? Adakah mereka akan pukul Miwul sebab Miwul selalu merengek?
Aku pun bukanlah pandai sangat jaga anak, dah lah Miwul ni anak pertama. Tapi sekurang-kurangnya aku dah cuba yang terbaik. Setiap kali dia merengek-rengek, mesti aku akan pangku atau dukung dia untuk tenangkan dia. Ada banyak hari yang aku tak sempat nak makan tengahari gara-gara Miwul merengek sepanjang hari. Aku sanggup nak hadapi semua tu sebab dia anak aku. Tapi orang yang jaga Miwul tu sanggupkah berbuat begitu?
Ish, tak dapat nak gomol-gomol budak tembam ni sepanjang hari lagi. Malam-malam sajalah boleh gomol dia....
:(
Friday, January 6, 2012
CSI - Siapa Punya Idea Ni????
Dah lama aku tulis mengenai perkara ni sebenarnya, tapi asyik lupa saja. Dah la hari ni aku tertekan, lagi tertekan bila tengok CSI yang dah dialih bahasa ke bahasa Melayu. Siapa punya idea ni?
Walaupun aku ni tak adalah pandai sangat dalam bahasa omputih ni, tapi tengok CSI dalam bahasa melayu adalah menyakitkan hati ok. Dah la CSI antara series kegemaran aku kat AXN ni, sanggup tengok berulang-ulang kali tu.
Macam manalah orang melayu nak pandai cakap omputih kalau asyik tengok program berbahasa melayu saja.
Memanglah Bahasa Jiwa Bangsa, tapi KETULENAN sesuatu perkara tu adalah lebih baik. Samalah macam perempuan 10 juta kali lebih baik untuk dijadikan isteri berbanding p**d*n (hahaha bolehkah buat perandingan macam ni?).
*Amiwul jangan harap nak dapat tengok kartun yang dah dialih ke bahasa melayu tu. Kalau boleh Doraemon pun tengok yang english version. Opss over sudah, kata pentingkan ketulenan, tengoklah Doraemon yang berbahasa Jepun.
Thursday, January 5, 2012
Dear Amirul Hadif...
Jadi bila awak dah dapat masuk universiti nanti, awak gunakanlah peluang tu sebaik-baiknya.
- Jangan buat benda-benda mengarut yang boleh membuatkan awak kena buang universiti.
- Jangan bersuka-ria @ berjoli-joli sakan sampai lupakan pelajaran dan kena tendang keluar dari universiti. Dan juga jangan sampai gambar-gambar atau video tak senonoh belayar di internet. Satu dunia boleh tengok nak oii, mana Mommy nak sorokkan muka nanti.
- Tak perlulah nak berdemonstrasi, sebab tugas awak waktu itu adalah untuk belajar. Tak kisahlah siapa pun yang nak dipertahankan sewaktu berdemonstrasi tu. Percayalah cakap Mommy, kalau ada sesuatu terjadi sewaktu demonstrasi tu, belum tentu ada pihak yang nak pertahankan awak, lagi dicemuh adalah.
- Jangan sesuka hati nak bergaduh dan bertumbuk dengan kawan-kawan. Mommy tak sanggup nak tengok awak luka-luka, berdarah, menanggung kesakitan. Waktu awak masih bayi, setiap kali awak sakit mesti Mommy menangis sebab Mommy tak sanggup nak tengok awak sengsara. Tapi kalau mereka yang cari pasal dengan awak, haruslah lawan balik, tak kan nak biarkan diri sendiri kena tumbuk. Jangan sesekali bergaduh sebab berebut seorang perempuan.
- Jangan mengada-ngada nak cuba pil hayal, arak, dadah dan benda-benda yang sewaktu dengannya.
- Jangan cari perempuan yang suka mengikis, mengongkong, perempuan yang hanya mementingkan gaya dan kecantikan. Senang cakap, jangan cari 'bimbo'. Cari perempuan yang boleh dijadikan isteri.
Ok, ni saja pesanan untuk kali ni. Nanti Mommy fikirkan lagi apa yang Mommy nak bebal dekat awak.
*'Mak tak kisah kau nak pakai seluar pendek ke, nak warna rambut ke... Yang penting pandai jaga diri, jangan malukan keluarga' - inilah pesanan Uwan dekat Mommy dulu. Dan pesanan yang lebih kurang macam ini lah yang moyang awak cakap pada Uwan.
Tuesday, January 3, 2012
Rasa Tak Gembira, Rasa Kecewa, Rasa Tak Selamat
Setakat yang aku nampak, ada dalam 5 ke 6 orang 'Awang Hitam' yang bakal menjadi jiran aku.
Benci!!! Benci!!!
Punyalah ramai rakyat Malaysia, kenapalah 'Awang Hitam' yang menjadi jiran aku?
Tak suka!!! Tak suka!!!
Monday, January 2, 2012
I Miss The Good Old Days
Kamu tidak berniat langsung untuk bermusuh atau merenggangkan perhubungan itu. Tapi keadaan sekeliling, kekangan masa dan tenaga meyebabkan ia terjadi.
I wish I could turn back time!!!
*Kalau ada masa senggang, aku teringin nak buat entry mengenai peristiwa-peristiwa dulu. Sekadar kenangan untuk masa depan.
Solid Foods for Miwul
Tapi gembira juga tengok Miwul dah membesar, tak sabar nak suapkan dia makanan. Hopefully, senanglah nak kasi Miwul makan. Kalau mengikut sejarah keluarga aku (atau lebih tepat lagi, sejarah aku sendiri sewaktu masih kanak-kanak), agak susah juga nak beri aku makan. I'm glad that my mom was super-duper creative, ada saja cara nak suapkan kami makanan. Letak kami dalam stroller, tolak sekeliling kampung sambil suapkan kami makanan. Oh, sampai sekarang aku masih ingat stroller yang mak guna, sebab mak jenis yang suka simpan barang-barang kenangan. Jadi stroller tu dia masih simpan sampai aku sekolah rendah.
Kadang-kadang mak kena menyanyi-nyanyi untuk suapkan kami makanan. Kadang-kadang mak pun kena makan juga makanan kami tu, konon-konon nak tunjuk pada kami yang makanan tu sedap gila. Padahal, untuk orang dewasa,makanan tu sangatlah tak sedap, tasteless.
Kebanyakkan doktor akan menasihatkan untuk memberi bayi solid foods pada usia 6 bulan. Tapi ada juga orang yang kata boleh bermula pada usia 4 bulan, jika bayi dah pandai mengawal pergerakan kepalanya. Orang dulu-dulu, awal-awal lagi dah beri makanan pada bayi mereka. Tapi mak aku kata jangan beri solid foods pada Miwul lagi sampailah doktor izinkan. Sebab menurut mak, daya tahan tubuh orang dulu-dulu tak sama macam orang sekarang. Ok, saya patuh pada arahan mak saya :P
Tujuan sebenar aku create entry ni adalah....
Sebenarnya sejak dari zaman remaja sampailah sekarang, 2 makanan di atas adalah makanan idaman yang aku nak suapkan pada anak aku. Ni semua gara-gara sepupu-sepapat aku yang menjadikan makanan di atas sebagai makanan ruji untuk anak-anak mereka. Aku pun ala-ala malas nak masak bubur kan. Jadinya, bolehlah beli saja Heinz, buka penutup botol, terus suapkan pada Miwul. Lagipun aku rasa, aku ada makan juga Heinz ni sebab aku nampak ada banyak botol-botol kosong Heinz (yang memang dah buruk gila, boleh masuk muzium ok) yang mak dah jadikan sebagai bekas menyimpan rempah ratus. Oh, harus ambil gambar botol itu...
Heinz ni dah boleh diberi pada bayi seawal umur 4 bulan dan ia datang dalam pelbagai perisa. Yummy...
Miwul, jom makan... One teaspoon for Miwul and one tablespoon for Mommy. Opps!!!