nuffnang ad

Tuesday, December 1, 2015

Baby Harris Azfar

Assalamualaikum wbt...


Alhamdulillah, harini genap dah umur Baby Harris 37 hari. Setakat hari ni, tak susah sangat nak jaga dia. Cumanya dia ada sedikit kolik, antara pukul 9 ke pukul 12, dia start menangis. Tapi tak seteruk Amirul dulu.


Cumanya kali ni cabaran untuk breastfeeding tu agak hebat. Kedua-dua nipple luka yang agak teruk, dah hampir sebulan jugak la. Huh, memang bercinta-cinta nak bagi dia menyusu sebab pedih gila. Dah letak segala ubat, segala cream tapi masih tak ok sangat. Aku dah sampai tahap tengok youtube cara-cara latch-on, tapi still sakit jugak huhuhu. Sampai tahap macam nak quit breastfeeding, tapi sayang la pulak kan. Ish ish ish.


Ok ok lupakan cabaran tu, arini nak cerita pasal delivery process si kenit ni. Alhamdulillah, agak senang jugak process kali ni. Cumanya ada tekanan emosi sikit. Malam sebelum operate tu, diorang ni kata HB aku turun lagi ke 7++. Ambik darah sampai 3 kali. Stress gile!!! Bukan stress sebab ambik darah, sebab memang tak sakit pun ambik darah. Tapi aku stress sebab MO suruh sign borang untuk masukkan darah, pastu cakap risiko masukkan darah tu. Dia kata walaupun risiko sangat rendah, tapi masih ada risiko darah yang aku terima tu ada Hepatitis, ada HIV. Hoi, gile tak stress. Nuar tenangkan aku, dia kata MO tu cakap macam tu hanya sekadar procedure, memang dia kena mention. Tapi memang stress la, tak lena jugak tido malam tu.


Esok tu, pukul 6++ aku dah siap mandi sebab nurse kata pukul 7 aku dah mesti siap, pukul 8 nak pergi OT dah. Hmmm, pukul 8++ lebih jugak baru nurse datang jemput aku hihihi. Sepanjang dari pukul 7++ tu aku asyik tengok jam je, duk berkira-kira bilalah nak pukul 9. Sebab aku jangka dalam pukul 9 mesti baby dah selamat keluar.


Nuar tak teman aku masuk OT, kitorang pun tak tanya husband boleh masuk ke tak. Kalau normal delivery, memang aku nak Nuar teman. Tapi sebab Caesarean, rasanya tak payah la kot.


Masuk je OT, semuanya memang berjalan dengan pantas. Aku terus cari kedudukan jam dinding, sebab nak tengok masa hihihi. Lebih kurang pukul 8.27 pagi, aku dah selamat kena bius. Masa baring tu, aku tengok jam je sambil baca-baca apa doa yang terlintas kat kepala. Malas nak pikir apa yang berlaku kat bawah sana hahaha.


Sekali lebih kurang 8.32, nurse cakap dengan aku, "Tahan sikit ye, kita nak tolak". Terkejut jugak aku sebab baru 5 minit kot, tak kan baby nak keluar dah. Tak sakit pun dia tolak tu, rasa macam kena tekan perut je. Beberapa saat lepas tu, dengar baby nangis.


Diorang bersihkan baby, bagi aku kiss. Sekali imbas tengok baby, Alhamdulillah cukup semua sifat. Nurse kata, kalau nak tidur pun boleh, nanti jumpa baby kat atas. Tapi sempat jugak aku dengar doctor kata nak masukkan darah 1 pain. Cis, ingatkan terlepas tadi huhuhu. Aku cuma mampu berdoa yang darah tu dari orang yang sihat, janganlah ada apa-apa virus.


Aku pun tak tau berapa lama aku tidur, hanya sedar bila nurse gerakkan. Dia kata nak hantar aku balik wad. Tapi aku masih mamai lagi, Nuar kata dalam pukul 10 lebih aku naik wad.


Sama macam deliver Khalish dulu, kali ni badan aku gatal-gatal jugak. Sampai kena mintak Nuar tolong garukan. Cumanya kali ni takde muntah-muntah.


Esoknya diorang dah cabut tiub, maknanya aku dah kena bangun la kan. Ngeri la jugak nak bangun tu, sebab teringat time Khalish dulu, kali pertama bangun memang pedih gile.


Mintak Nuar tolong bangunkan aku, ngeri tapi macam tak sakit sangat. Berjaya berjalan pergi toilet. Oooo mungkin kesan bius masih ada, tu yang tak sakit sangat (aku rasa la).


Dapatlah duduk dekat katil, dapat ajarkan baby latch-on. Memang tak rasa sakit sangat. Bila doctor datang, aku tanya la, bila ubat bius ni akan hilang kesan. Doktor kata dah hilang dah, terkejut aku sebab tak rasa sakit sangat. Alhamdulillah, part sakit ni diringankan.


Waktu Khalish dulu, hari ke 10 baru bukak plaster kat luka ni. Tapi kali ni hari ke-3 dah bukak. Risau jugak aku, macam mana kalo terbuka jahitan ni, ye la tak ada apa-apa yang cover kan. Tapi doctor kata, ok je, jangan risau.


Yang menariknya, keloid yang lama tu diorang dah buang time operate haritu, dan setakat hari ni tak ada keloid baru yang naik. Nasib baik, sebab keloid sebelum ni buat aku rasa gatal-gatal.


So, ada lagi 1 minggu nak berpantang. Mintak-mintak semua berjalan lancar, dan semoga luka kat nipple ni cepat elok, aku masih nak breastfeed si kecik ni.


Meh, belanja gambar si kenit ni waktu fresh from oven...





Wednesday, November 4, 2015

Antara Azam Lepas Habis Berpantang

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah, harini dah selamat 10 hari berpantang. Ok, lepas ni kena buat entry pasal pengalaman beranak kali ni.

Sejak dari pregnant hari tu, aku perasan betul yang penampilan aku ni dah macam makcik-makcik dah. Orang lain masa pregnant vogue je, tapi aku ni selekeh betul. Dah la asyik ulang pakai baju yang sama je sepanjang sarat haritu, make-up pun malas nak apply. Sekadar apply foundation nipis je, lip balm pun malas nak pakai huhuhu.

Oleh itu, lepas habis berpantang ni, azam aku adalah untuk merajinkan diri supaya nampak cantik sikit, dekat rumah dan di luar rumah hahaha. Tak nak nampak selekeh-selekeh dah, nanti husband iols jugak yang malu hihihi.

Kalau nak diikutkan, baju aku banyak giler. Sampai tahap, kalau aku tak cuci baju 6 bulan pun, aku masih ada baju lagi untuk dipakai. Serius, tak tipu. Sebab badan aku tak naik sangat, jadi baju zaman study dulu pun aku masih boleh pakai. Tu yang banyak giler baju tu. Tapi asyik la aku ulang pakai baju yang sama je. Ni semua gara-gara malas nak menggosok baju. Tu yang asyik ulang baju yang sama, yang tak perlu gosok. Giler pemalas kan? Ok, lepas ni kena rajin-rajin sikit. Tak boleh malas-malas dah.

Bila tengok instagram orang, rasa macam best je tengok orang pakai cantik-cantik. Bila aku tengok instagram sendiri, rasa sendu je. Dengan muka pucat, bibir pucat, dengan eye-bag segala. Ish, tak boleh jadi ni.

Penting ok untuk perempuan jaga penampilan. Tak perlulah over macam sorang makcik pengasas produk kecantikan tu, nak pakai crown segala. Tak perlu nak apply make-up tebal-tebal, yang penting nampak menarik sikit, dan tak nampak macam makcik-makcik sangat. Less is more.

Perut ni pun nak kena kasi kempis sikit ni, rasa macam tebal sangat lemak ni. Almaklum la, dah beranak 3. Tapi tu bukan alasan ok. Che Ta pun beranak tiga, tapi slim je. Ok la, nak jadikan Che Ta sebagai idol la hihihi.

Ok, tu je nak merapu harini. Semoga impian 'murni' ku ini akan berjaya, dan di sokong oleh suami dan anak-anak. Suami kena sokong dengan cara memberi masa untuk bersiap sebelum keluar berjalan-jalan. Please take note, suamiku...

Monday, October 26, 2015

Baby HA - 26th Oct 2015 00.12am

Assalamualaikum wbt...

Nampaknya baby kuat tidur ni. Setiap kali buat CTG, mesti tidur. Sama la perangai Mommy kan, hihihi.

Dalam pantang nanti kita sama-sama kuat tidur ok. Yang penting, malam mesti tidur lena ok, sayang.

Sunday, October 25, 2015

Baby HA - 25th Oct 2015 7.45 pm

Aduhai, dah kena cucuk dengan benda ni dah. Ingatkan esok baru dia pasang huhuhu. Ini semua gara-gara HB makin drop.

Lepas tu kena amik darah sekali lagi sebab darah yang dah ambik tadi beku pulak huhuhu.

Ya Allah, permudahkan lah...

Baby HA - 25th Oct 2015 5.53pm

Assalamualaikum wbt...

Dah selamat masuk wad. Caeser di jadual pagi esok.

Huhuhu cuaknya. Nuar tanya kenapa nak cuak, kan dah ada experience. Gile tak cuak, orang yang dah beranak 10 pun tetap akan rasa cuak ok.


Sekarang tengah buat CTG. Rindu pulak nak dengar bunyi mesin ni hehehe.

Malam ni merasalah tidur sorang-sorang dekat hospital. Mintak-mintak hari selasa aku dengan baby dah boleh discharge.

Semoga semuanya berjalan lancar. Amin...

Monday, October 12, 2015

Aktiviti Sebelum Berpantang

Assalamualaikum wbt...

InsyaAllah, 25th October ni aku akan admit kat hospital. Plan nya adalah untuk caeser pada 26th October pukul 8 pagi. Huhuhu, perasaan cuak dah mula timbul. Tapi perasaan nak jumpa baby tu lagi tebal hihihi. Mintak-mintak semuanya akan berjalan dengan lancar. Amin...

Jadi sebelum nak masuk fasa berpantang ni, cuba jugak lah bawak budak-budak berjalan. Kalau nak diikutkan memang tak larat dah nak bawak perut ni. Rasa macam baring je kat rumah sepanjang hari. Paling sengsara bila nak pukul 9 malam ke atas, masa ni lah rasa penat yang memang tahap maksimum. 26th October cepat lah sampai huhuhu.

Tak tau nak pergi mana sebenarnya. Pikir punya pikir, Nuar ajak pergi IOI Mall, sebab aritu aku duk cakap kat dia nak pergi kareoke, dah lama tak pergi. Sekali boleh pulak kareoke kat situ tengah renovate. Huh, hampa je.


Jalan-jalan kat dalam Mall ni, nampak pulak ada train. Marilah kita cuba, RM6 seorang. Budak-budak ni happy la. Lagi-lagi si tenit tu. Setiap kali dia nampak gambar ni dekat phone, mesti akan cakap, 'Naik train', hihihi.


Mula-mula risau jugak kalau si tenit ni takut. Sebab dia ni perangai je naughty, tapi penakut boleh tahan jugak hihihi.

Waktu naik train ni, lalu la pulak dekat depan Reka Zone, macam indoor playground la. Amirul dah sibuk nak masuk. Abah dia mesti la tak sampai hati, layankan je.

Harga ticket pada aku mahal jugak sebab mainan dia agak limited. Khalish kena RM11, Amirul kena RM22. Yang adult ni free la. Nasihat aku kalau nak datang sini, bawak sock siap-siap sebab dalam ni kena pakai sock. Terpaksa la beli sock pulak kat situ, Khalish-RM2++, Amirul-RM3++, aku dengan Nuar kena RM5++. So dekat socks je nak membazir lebih RM16.



Si tenit ni mula-mula happy gile. Tak lama lepas tu dia ada takut sekejap bila ada budak-budak yang main pistol angin, sebab bunyi angin dia agak kuat. Setiap kali ada orang main je pistol angin tu, mesti dia terus lari dekat kitorang.

Jom la layan gambar je, malas dah nak taip hihihi.


 
 
 
 
 
 
 
 
 
Abah dia pun sama excited jugak. Takpe la, biarkan je. Zaman kitorang dulu tak ada mainan camni. Biarla dia jadi kanak-kanak ribena sekali hahaha.
 
 
 
 
Dah penat-penat main, moh la kite makan pulak. Ada orang teringin nak makan Wendy's, tapi Wendy's kat situ dah tutup pulak huhuhu. At last makan KFC je sebab budak 2 orang tu memang suka nugget kat KFC. Kalau ikut tekak kampung iols ni, memang nak makan nasi hihihi.
 
Sementara nak tunggu Nuar order makanan, ada la 2 orang budak Rohingya ni mintak sedekah. Kesian la pulak, di saat-saat kita mampu nak suap anak kita dengan makanan yang sedap, diorang kena minta sedekah untuk makan. Apa pun bersyukur je la dengan rezeki yang ada ni. Walau tak semewah orang lain, tapi tetap mampu nak pakai pakaian yang elok, tetap mampu nak makan makanan yang sedap, tetap mampu ada rumah dan kereta yang selesa. Alhamdulillah....
 

Sunday, October 11, 2015

Amirul Hadif - 10th October 2015

Assalamualaikum wbt...


Ni nak cerita lagi perihal si Amirul ni, sebab semalam dia buat aku sentap. Ni perbualan kitorang waktu tengah makan. Asalnya, punyalah susah nak suruh dia makan. At last, makan banyak gile.

Amirul: Sedapnya mommy masak, Amirul makan banyak.

Mommy: Ha, tu la orang ajak makan. Tadi orang ajak makan, susah sangat. Mommy dah nak tutup dapur 2 bulan ni. Tak dapat la Amirul nak makan mommy masak. Amirul makan Uwan masak je la.

Amirul: oooo yeke, sedapnya...

Sentapnya mak ko ni. Nampak sangat Uwan masak lagi sedap dari Mommy, huhuhu.

Monday, October 5, 2015

Alahai Jerebu

Assalamualaikum wbt...

Haze, haze, go away.....

Aduh tension betul la dengan jerebu ni. Rasa sesak je nafas aku ni. Budak-budak pun kesian je, asyik kena kurung dalam rumah. Rasanya jerebu kali ni antara yang terteruk dan terpanjang.

Paling tension sebab nursery pun cuti sekali, sebab katanya diorang menggunakan udara luar. So bole nampak macam tahap kesihatan budak-budak menurun. Aduh, dah terpaksa la pulak nak cuti kan.

Kalau ikutkan aku boleh je nak work from home. Cuma masalahnya, aku tengah dalam process 'knowlegde transfer' lagi ni, nak work from home apanya.

Nampaknya macam terpaksala Nuar yang cuti untuk jaga budak-budak ni. Tapi aku risau la jugak, nak kena sediakan makanan jugak untuk diorang ni, huhuhu.

Tengah runsing-runsing tu, Mak aku call. Dia tanya nursery tutup tak sebab dia tengok kat berita kata IPU kat Shah Alam tinggi. Dia tanya, nak dia datang tak untuk jaga budak-budak ni? Jawapan aku, "Kalau Mak nak datang, syukur Alhamdulillah".

Hihihi, ni sememangnya bersyukur. Memang rasa bersyukur dapat mak bapak yang prihatin dengan situasi anak. Walaupun aku tak mintak, memang dia sendiri yang offer nak tolong. Aku hanya mampu doa yang Allah akan melimpahkan seluas-luas rahmat untuk Mak Abah aku atas segala pertolongan diaorang tu, berilah mereka kesihatan yang baik, jauhkan mereka dari segala malapetaka, pendek kata semua yang baik-baik untuk mereka. Dan sebagai anak, semoga aku tak lupa semua pertolongan diorang tu.

Thursday, October 1, 2015

Jalan-Jalan Zoo Melaka

Assalamualaikum wbt...

Ni cerita hari Isnin lepas. Alkisahnya, nursery budak-budak ni tutup lagi sebab jerebu. Wah, terbakar jugak la hati iols ni. Baki cuti dah la ciput sangat, tension weh.

Nak jadikan cerita jugak, malam ahad tu entah siapa entah yang korek paip air kat Shah Alam tu sampai terkena wayar apa entah. Makanya Astro dengan internet pun tak boleh berfungsi. Air paip pun tak ada jugak sebab bocor.

Nak tambah drama lagi, malam tu Amirul lupa nak tutup paip air lepas dia membuang. Maknanya air tangki pun kering la...

Nuar ada kerja kat Melaka isnin tu, dia pun ajak kitorang pergi sebab kalau duduk kat rumah pun memang sangap la, Astro tak ada, internet tak ada, air pun tak ada.

Oh, dekat exit tol Melaka tu, boleh pulak kereta kitorang kena tahan dengan Penguatkuasa Farmasi. Katanya nak check apa yang kitorang bawa, tapi check sekadar cukup syarat je pun. Takde la beria dia geledah kereta pun. Rasanya siapa yang bawa MPV, semua kena tahan. Cuak jugak la iols, walaupun tau memang tak ada buat apa-apa salah hahaha.

Lepas dah tinggalkan Nuar dekat tempat dia nak buat kerja tu, berangkatlah kami 3 beranak pergi Zoo Melaka. Jerebu agak teruk la jugak hari tu. Tapi terpaksa pasrah je la, sebab dah janji dengan budak-budak tu. Sambil tu doa-doa jugak lah, jerebu ni tak bagi kesan kat kesihatan budak-budak ni.


Binatang pertama yang kitorang nampak adalah burung kakak tua yang warna-warni tu. Terus Amirul jerit, "Mommy, burung rainbow". Hmmmm, boleh la Amirul. Memang colour dia macam rainbow pun.

Dalam kepala dah fikir-fikir, mesti penat giler aku nak handle budak dua orang ni sorang-sorang. Yang si tenit tu mesti cari alasan nak berdukung punya. Elok je tengah berfikir tu, dengar orang jerit-jerit, 'Tram nak jalan'. Yes, marilah kita naik tram aje.

Lagipun bukannya kitorang ada banyak masa sangat dekat sini. Bila-bila masa je kerja Nuar ni boleh siap. Buatnya kerja dia dah siap, kitorang pulak ada kat tengah-tengah zoo ni, tak ke naya tu. Lama pulak pakcik tu nak kena tunggu kitorang sampai nanti.

Bila naik tram ni, tak dapatla nak pergi semua tempat. Pergi dekat mana dia berhenti je la. Gambar pun tak dapat nak ambil banyak sangat.


Mula-mula sekali tram ni berhenti dekat kandang zirafah. Punyalah takut budak-budak ni, jangan haraplah diorang nak turun dekat dengan zirafah ni. Tapi lama-lama bila tengok orang lain sibuk ambik gambar, Amirul pun ajak turun nak ambik gambar. Malangnya dah terlambat nak oi, tram dah nak jalan dah. Aku pujuk la dia, tak apa la, nanti kita datang sini balik jalan kaki.


Lepas tu pergi kandang gajah pulak. Takut jugaklah budak-budak ni. Tapi dah berani sikit dari tadi. Dah boleh la turun tram untuk ambik gambar, tapi dari jauh je la. Jangan haraplah diorang nak suap-suap gajah tu makan. Khalish ni first time tengok gajah, Amirul dah pernah tengok time dia kecik dulu.


Excited jugaklah budak-budak ni dekat zoo. Bising la mulut tu...

"Mommy, ada tiger"
"Mommy, ada lion"
"Mommy, ada horse"
"Mommy, ada gorilla"
"Mommy, ada bird"

Semua benda yang Amirul kenal, dia akan sebut. Yang si tenit tu tukang ikut apa yang Amirul cakap. Kira berbaloi jugaklah bawak diorang ni pergi zoo.


Tram tu dah habis buat satu pusingan dekat zoo, seperti yang dijanjikan, berjalanlah kami 3 beranak ke kandang zirafah. Tapi masa naik tram, rasa macam dekat je kandang zirafah ni. Bila kena jalan, rasa macam, mak datuk jauh giler kandang kau zirafah. Sempatlah si kenit tu mintak dukung.


Sebab penat sangat berjalan, meh kita up lagi satu gambar, bagi berbaloi sikit, hahaha.

Sementara tunggu Nuar habiskan kerja, kita main je kat taman permainan yang dekat dengan pintu keluar tu. Nanti bila Nuar call, senang kita nak zas je kereta.


Lepas tu Nuar tanya, nak gi jalan mana lagi? Kalau ikutkan hati memang nak aje aku petik nama Jonker Street. Tapi sebab jerebu teruk sangat, simpan je la impian tu. Marilah kita cari Coconut Shake Klebang je. Tengok si tenit tu, suka-suka je buat harta sendiri.

Lepas tu Nuar tak nak balik Shah Alam lagi, sebab semua benda pun tak berfungsi kat rumah tu kan. Jadi marilah kita melawat rumah Seremban yang entah bila nak di cuci tu.

Amirul pulak pagi tu ada sebut-sebut nak pergi rumah Kak Iman, jadi, marilah zas kita ke sana. Kalau nak ikutkan hati aku, malas nak pergi rumah orang time weekdays ni, sebab orang penat baru balik kerja kan. Tapi sebab hari tu sekolah tutup, diorang pun tak kerja, bolehlah jalan-jalan jap. Diorang pun ada je kat rumah. Sambil tu bolehlah tumpang mandi, rumah kita kan tak ada air, hihihi.

Pakcik ajak melawat Lia kat Rembau, makan malam terus kat sana. Itu je la cerita sempana tutupnya nursery hari Isnin haritu. Hai jerebu, silalah berambus cepat. Aku ni dah tak ada cuti yang nak dibazirkan lagi...

Wednesday, September 30, 2015

Amirul Hadif Yang Kuat Berleter

Assalamualaikum wbt...

Hari ni nak bercerita pasal anak bujang sulung iols ni. Dulu risau sangat sebab dah umur 2 tahun tapi dia tak pandai bercakap sangat. Tapi lepas cecah je umur 2 tahun, ha ambik kau. Terus mulut tu non-stop bercakap. Ada je benda yang dia nak leterkan.

Soalan memang banyak dari dia, ada soalan yang mencabar, dan ada jugak soalan yang annoying gile. Contoh perbualan annoying antara kami:

Amirul: Mommy, Abah mana?
Mommy: Abah work la
Amirul: Work kat mana?
Mommy: Work kat office
Amirul: Office kat mana?
Mommy: Office kat Petaling Jaya
Amirul: Petaling Jaya kat mana
Mommy: Petaling Jaya tu jauh
Amirul: Jauh kat mana?
Mommy: Entah la...

Hahaha, maknanya Mak kau ni dah malas nak layan. Memang dasar betul la Mak ko ni kan.

Lepas tu, Amirul ni ada sikit ikut perangai Atuk dia. Suka ulang cerita yang sama. Cerita ni dah berbulan-bulan dia ulang. Naik muak dah kitorang dengar.

Amirul: Mommy, Amirul kan berak kat toilet.
Mommy: Tak ada cerita lain ke, asyik cerita berak je
Amirul: Amirul nak cerita berak!!!
Mommy: .....

Yang kelakar, lepas dia balik dari sembahyang hari raya haji aritu....

Amirul: Mommy, Amirul kan berak.... Eh, cerita lain la. Amirul kan makan nasi lemak habis

Akhirnya, dia sedar gak yang kitorang dah bosan nak dengar cerita berak hahaha.

Kata la, aku ada terjatuhkan barang ke. Mesti dia akan kata, "Kan Amirul dah kata...." Aah, apa benda yang kau cakap Amirul? Mulut tu macam mak nenek sangat.

 
 
Layankan je la mulut dia yang bising tu kan, dia kan tengah nak explore banyak benda. Semua benda dia nak tegur. Macam pagi tadi, aku tengah baring membelakangkan dia. Tiba-tiba dia cucuk bontot aku sambil cakap, "Eeee, besarnya bontot Mommy". Hoi, kurang asam betul. Nak beranak, mesti la besar. Camne pulak baby nak keluar kalau kecik sangat.
 
 
Si tenit Khalish pon banyak cakap jugak. Yang tu nanti buat entry lain la (itu pun kalau rajin, hihihi).

Thursday, September 10, 2015

Professor Datuk Dr Khalish Aid

Assalamualaikum wbt...

Ok ok tengah mood rajin nak update blog. Meh layankan je mood ni, walaupun update mengarut je hihihi.

Tajuk entry bukan main kan? Sape la pulak Professor Datuk Dr Khalish Aid ni. Hahaha, cakap tu kan satu doa, so ni kira sebahagian doa aku untuk budak kenit tu. Walaupun aku selalu cakap nak anak aku jadi orang yang berguna, tapi kalau sampai tahap boleh jadi professor, memang aku bersyukur sangat. Kalau jadi professor pun, mesti jadi professor yang berguna ok. Tak mau la jadi professor yang corrupt.

Ok ok, berbalik kepada tajuk. Zaman Amirul dulu rajin la jugak bacakan dia buku cerita sebelum dia tidur. Sebab masa tu kan ada dia sorang je, masih senang nak handle. Tapi tak adanya budak tu rajin membaca pun, huhuhu.

Bila dah ada Khalish ni, aku dah jadi malas dah nak bacakan buku cerita untuk diorang. Huh, penat kot nak handle dua orang anak. Bila baring je, senang sangat aku terlelap, mana sempat nak bacakan buku. Tapi entah macam mana, si Khalish ni suka pulak nak membaca sebelum tidur. Kadang tu malas aku nak layan, so aku dah siap-siap sorokkan buku tu bawah bantal. Hahaha, tak guna punya Mak kan?

Si kenit tu mesti cari buku dia bila aku sorok kan. "Baca, baca", sambil cari-cari buku dia kat atas katil. At last bagi la jugak buku tu kat dia, kesian kot, tak baik sekat hobi anak.


Ni buku yang dia tengah suka baca sekarang ni (tengok gambar je pun), 100 First Animal. Buku ni kena baca sekurang-kurangnya 2 kali khatam satu malam. Mula-mula aku yang kena tanya dia, 'what is this'. So Khalish akan jadi tukang jawab. 'Cat, meow....'.

Round kedua, dia pulak tanya aku. 'Apa ni?'. aku pulak yang menjawab. Sampai la habis satu buku tu.

Selalunya budak kecik ni suka tunjuk pandai sikit...

Khalish: Apa ni?
Ma: Butterfly
Khalish: Bukan
Ma: Habis tu?
Khalish: Ukkerfy (cara sebutan dia)
Hmmmmm, apa-apa la nak oi.


Ni pun buku yang dia suka baca jugak sebab cerita pasal kucing. Diorang memang ada special relationship sikit dengan kucing. Sama dengan Abah diorang, tak paham betul aku.

Untuk Khalish, teruskan hobi rajin membaca ok. Ma dengan Abah sanggup je habiskan duit kalau untuk buku. Semoga adik akan jadi orang yang berguna satu hari nanti. Amin...

Wednesday, September 9, 2015

Farm In The City - 23/08/2015

Assalamualaikum wbt....

Lamanya tak update blog kan. Memang malas gile sekarang ni. Tapi kena rajinkan diri jugak, sebab ini la kenangan untuk budak-budak ni nanti, itu pun kalau diorang rajin la nak baca blog picisan Mak dia ni huhuhu.

Dulu dah pernah pergi dah Farm In The City tu. Tapi masa tu Khalish tak pandai jalan lagi. So, aku macam buat janji la kat Khalish. Kalau dia dah pandai jalan nanti, nak bawak dia datang sini lagi. Dah lama dah Khalish pandai jalan, tapi tak bawak-bawak jugak lagi. Memang dasar suka bagi janji palsu kan hahaha.

Janjinya nak pergi hari Sabtu. So pagi Sabtu tu pergi Poney punya warehouse sale kat Seri Kembangan. Ok lah, murah-murah jugak. Beli 19 helai benda, harga RM307. Kira murah la kan sebab biasanya polo shirt je dah RM70 sehelai.

Lepas tu pergi makan kat Cibiuk. Sebelum beranak ni, baik gi makan-makan dulu. Nanti dah beranak kecik, terbatas la sikit nak berjalan kan.

Habis makan dalam pukul 12++ tengahari macam tu. Macam terlalu awal la pulak nak pergi zoo kan. So Nuar ajak pegi tengok bonsai kat Semenyih. Korang tau tak, kitorang boleh tersangkut dekat kedai bonsai tu sampai pukul 4 lebih. Sebab Nuar nak beli satu bonsai ni, so lama la nak trim segala. Makanya hancurlah harapan nak pergi zoo aritu. Terus cakap dengan Nuar, esok kita mesti pergi, Jangan bagi janji palsu kat budak-budak ni dah.


Budak-budak ni buat muka tak ada perasaan pulak kan
Amirul dah kena bayar tiket dah, tak dapat percuma lagi dah. Nasib baik Khalish masih percuma.


Masa ni Amirul masih takut-takut-berani, tapi dia berlagak cool, konon tak takut la. Khalish memang confirm takut, tengok la kaki dia tu hihihi.


Yeay, time ni Amirul dah start berani. Dengan muka tak malu mintak kangkung kat pekerja tu sebab nak feed turtle :)

 
Khalish over sangat takut tu huhuhu
Ish aku pun takut gak sebenarnya dengan burung ni, tapi berlagak cool jugak dengan diorang ni. I kan Macho-mom, mana boleh takut-takut, hahaha. Eh, burung ni sempat berak atas kepala aku ok, cis!


Dah alang-alang kena berak tu, meh la upload gambar sekeping lagi, bagi berbaloi sikit. Dah kenapa muka aku macam pondan?


Amirul dah berani nak bagi bird makan. Abah korang pon tak berani tau. Sebab sakit la jugak bila burung patuk makanan tu
Mommy is sooo proud of you la sayang
Khalish masih takut dengan semua binatang ni. Nasib baik ticket awak free adik oi. Takpe, next time mesti adik dah berani



Tolong la percaya, sebenarnya abah dia ni yang paling excited nak tangkap ikan
Kalau acara yang melibatkan air, memang ni kenit ni excited la
 







Rabbit adalah antara binatang yang ni kenit tu tak takut, jadi meh la upload gambar banyak sikit.



Alahai, anak ayam pun geli

Ok, naik poney ni memang kitorang bangga sangat la dengan Amirul. Sebenarnya Amirul ni agak penakut sikit. Bila dia kata nak naik kuda, kitorang agak risau la jugak. Sebab takut nanti dah beli tiket segala, last minute dia tak nak naik pulak. Tapi kitorang salah uols!!! Dia berani pergi beratur sendiri, dia ok je mamat Nepal (ke bangla eh) tu dukung and pegang dia. Punyalah excited nak naik kuda kan. Sampai harini dia masih berlagak, kata dia berani naik kuda. Ish perangai Abah dia sangat bila bab cakap besar ni hihihi.

Cumanya pada aku agak mahal la, RM7 untuk satu pusingan kecik je.




Balik rumah je, semua terus mandi. Masing-masing dah bau kambing dah. Ok kita akan pergi lagi bila adik baby dah umur setahun ok.