Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah, harini genap dah umur Baby Harris 37 hari. Setakat hari ni, tak susah sangat nak jaga dia. Cumanya dia ada sedikit kolik, antara pukul 9 ke pukul 12, dia start menangis. Tapi tak seteruk Amirul dulu.
Cumanya kali ni cabaran untuk breastfeeding tu agak hebat. Kedua-dua nipple luka yang agak teruk, dah hampir sebulan jugak la. Huh, memang bercinta-cinta nak bagi dia menyusu sebab pedih gila. Dah letak segala ubat, segala cream tapi masih tak ok sangat. Aku dah sampai tahap tengok youtube cara-cara latch-on, tapi still sakit jugak huhuhu. Sampai tahap macam nak quit breastfeeding, tapi sayang la pulak kan. Ish ish ish.
Ok ok lupakan cabaran tu, arini nak cerita pasal delivery process si kenit ni. Alhamdulillah, agak senang jugak process kali ni. Cumanya ada tekanan emosi sikit. Malam sebelum operate tu, diorang ni kata HB aku turun lagi ke 7++. Ambik darah sampai 3 kali. Stress gile!!! Bukan stress sebab ambik darah, sebab memang tak sakit pun ambik darah. Tapi aku stress sebab MO suruh sign borang untuk masukkan darah, pastu cakap risiko masukkan darah tu. Dia kata walaupun risiko sangat rendah, tapi masih ada risiko darah yang aku terima tu ada Hepatitis, ada HIV. Hoi, gile tak stress. Nuar tenangkan aku, dia kata MO tu cakap macam tu hanya sekadar procedure, memang dia kena mention. Tapi memang stress la, tak lena jugak tido malam tu.
Esok tu, pukul 6++ aku dah siap mandi sebab nurse kata pukul 7 aku dah mesti siap, pukul 8 nak pergi OT dah. Hmmm, pukul 8++ lebih jugak baru nurse datang jemput aku hihihi. Sepanjang dari pukul 7++ tu aku asyik tengok jam je, duk berkira-kira bilalah nak pukul 9. Sebab aku jangka dalam pukul 9 mesti baby dah selamat keluar.
Nuar tak teman aku masuk OT, kitorang pun tak tanya husband boleh masuk ke tak. Kalau normal delivery, memang aku nak Nuar teman. Tapi sebab Caesarean, rasanya tak payah la kot.
Masuk je OT, semuanya memang berjalan dengan pantas. Aku terus cari kedudukan jam dinding, sebab nak tengok masa hihihi. Lebih kurang pukul 8.27 pagi, aku dah selamat kena bius. Masa baring tu, aku tengok jam je sambil baca-baca apa doa yang terlintas kat kepala. Malas nak pikir apa yang berlaku kat bawah sana hahaha.
Sekali lebih kurang 8.32, nurse cakap dengan aku, "Tahan sikit ye, kita nak tolak". Terkejut jugak aku sebab baru 5 minit kot, tak kan baby nak keluar dah. Tak sakit pun dia tolak tu, rasa macam kena tekan perut je. Beberapa saat lepas tu, dengar baby nangis.
Diorang bersihkan baby, bagi aku kiss. Sekali imbas tengok baby, Alhamdulillah cukup semua sifat. Nurse kata, kalau nak tidur pun boleh, nanti jumpa baby kat atas. Tapi sempat jugak aku dengar doctor kata nak masukkan darah 1 pain. Cis, ingatkan terlepas tadi huhuhu. Aku cuma mampu berdoa yang darah tu dari orang yang sihat, janganlah ada apa-apa virus.
Aku pun tak tau berapa lama aku tidur, hanya sedar bila nurse gerakkan. Dia kata nak hantar aku balik wad. Tapi aku masih mamai lagi, Nuar kata dalam pukul 10 lebih aku naik wad.
Sama macam deliver Khalish dulu, kali ni badan aku gatal-gatal jugak. Sampai kena mintak Nuar tolong garukan. Cumanya kali ni takde muntah-muntah.
Esoknya diorang dah cabut tiub, maknanya aku dah kena bangun la kan. Ngeri la jugak nak bangun tu, sebab teringat time Khalish dulu, kali pertama bangun memang pedih gile.
Mintak Nuar tolong bangunkan aku, ngeri tapi macam tak sakit sangat. Berjaya berjalan pergi toilet. Oooo mungkin kesan bius masih ada, tu yang tak sakit sangat (aku rasa la).
Dapatlah duduk dekat katil, dapat ajarkan baby latch-on. Memang tak rasa sakit sangat. Bila doctor datang, aku tanya la, bila ubat bius ni akan hilang kesan. Doktor kata dah hilang dah, terkejut aku sebab tak rasa sakit sangat. Alhamdulillah, part sakit ni diringankan.
Waktu Khalish dulu, hari ke 10 baru bukak plaster kat luka ni. Tapi kali ni hari ke-3 dah bukak. Risau jugak aku, macam mana kalo terbuka jahitan ni, ye la tak ada apa-apa yang cover kan. Tapi doctor kata, ok je, jangan risau.
Yang menariknya, keloid yang lama tu diorang dah buang time operate haritu, dan setakat hari ni tak ada keloid baru yang naik. Nasib baik, sebab keloid sebelum ni buat aku rasa gatal-gatal.
So, ada lagi 1 minggu nak berpantang. Mintak-mintak semua berjalan lancar, dan semoga luka kat nipple ni cepat elok, aku masih nak breastfeed si kecik ni.
Meh, belanja gambar si kenit ni waktu fresh from oven...
No comments:
Post a Comment