InsyaAllah, 25th October ni aku akan admit kat hospital. Plan nya adalah untuk caeser pada 26th October pukul 8 pagi. Huhuhu, perasaan cuak dah mula timbul. Tapi perasaan nak jumpa baby tu lagi tebal hihihi. Mintak-mintak semuanya akan berjalan dengan lancar. Amin...
Jadi sebelum nak masuk fasa berpantang ni, cuba jugak lah bawak budak-budak berjalan. Kalau nak diikutkan memang tak larat dah nak bawak perut ni. Rasa macam baring je kat rumah sepanjang hari. Paling sengsara bila nak pukul 9 malam ke atas, masa ni lah rasa penat yang memang tahap maksimum. 26th October cepat lah sampai huhuhu.
Tak tau nak pergi mana sebenarnya. Pikir punya pikir, Nuar ajak pergi IOI Mall, sebab aritu aku duk cakap kat dia nak pergi kareoke, dah lama tak pergi. Sekali boleh pulak kareoke kat situ tengah renovate. Huh, hampa je.
Jalan-jalan kat dalam Mall ni, nampak pulak ada train. Marilah kita cuba, RM6 seorang. Budak-budak ni happy la. Lagi-lagi si tenit tu. Setiap kali dia nampak gambar ni dekat phone, mesti akan cakap, 'Naik train', hihihi.
Mula-mula risau jugak kalau si tenit ni takut. Sebab dia ni perangai je naughty, tapi penakut boleh tahan jugak hihihi.
Waktu naik train ni, lalu la pulak dekat depan Reka Zone, macam indoor playground la. Amirul dah sibuk nak masuk. Abah dia mesti la tak sampai hati, layankan je.
Harga ticket pada aku mahal jugak sebab mainan dia agak limited. Khalish kena RM11, Amirul kena RM22. Yang adult ni free la. Nasihat aku kalau nak datang sini, bawak sock siap-siap sebab dalam ni kena pakai sock. Terpaksa la beli sock pulak kat situ, Khalish-RM2++, Amirul-RM3++, aku dengan Nuar kena RM5++. So dekat socks je nak membazir lebih RM16.
Si tenit ni mula-mula happy gile. Tak lama lepas tu dia ada takut sekejap bila ada budak-budak yang main pistol angin, sebab bunyi angin dia agak kuat. Setiap kali ada orang main je pistol angin tu, mesti dia terus lari dekat kitorang.
Jom la layan gambar je, malas dah nak taip hihihi.
Abah dia pun sama excited jugak. Takpe la, biarkan je. Zaman kitorang dulu tak ada mainan camni. Biarla dia jadi kanak-kanak ribena sekali hahaha.
Dah penat-penat main, moh la kite makan pulak. Ada orang teringin nak makan Wendy's, tapi Wendy's kat situ dah tutup pulak huhuhu. At last makan KFC je sebab budak 2 orang tu memang suka nugget kat KFC. Kalau ikut tekak kampung iols ni, memang nak makan nasi hihihi.
Sementara nak tunggu Nuar order makanan, ada la 2 orang budak Rohingya ni mintak sedekah. Kesian la pulak, di saat-saat kita mampu nak suap anak kita dengan makanan yang sedap, diorang kena minta sedekah untuk makan. Apa pun bersyukur je la dengan rezeki yang ada ni. Walau tak semewah orang lain, tapi tetap mampu nak pakai pakaian yang elok, tetap mampu nak makan makanan yang sedap, tetap mampu ada rumah dan kereta yang selesa. Alhamdulillah....
No comments:
Post a Comment