nuffnang ad

Thursday, October 1, 2015

Jalan-Jalan Zoo Melaka

Assalamualaikum wbt...

Ni cerita hari Isnin lepas. Alkisahnya, nursery budak-budak ni tutup lagi sebab jerebu. Wah, terbakar jugak la hati iols ni. Baki cuti dah la ciput sangat, tension weh.

Nak jadikan cerita jugak, malam ahad tu entah siapa entah yang korek paip air kat Shah Alam tu sampai terkena wayar apa entah. Makanya Astro dengan internet pun tak boleh berfungsi. Air paip pun tak ada jugak sebab bocor.

Nak tambah drama lagi, malam tu Amirul lupa nak tutup paip air lepas dia membuang. Maknanya air tangki pun kering la...

Nuar ada kerja kat Melaka isnin tu, dia pun ajak kitorang pergi sebab kalau duduk kat rumah pun memang sangap la, Astro tak ada, internet tak ada, air pun tak ada.

Oh, dekat exit tol Melaka tu, boleh pulak kereta kitorang kena tahan dengan Penguatkuasa Farmasi. Katanya nak check apa yang kitorang bawa, tapi check sekadar cukup syarat je pun. Takde la beria dia geledah kereta pun. Rasanya siapa yang bawa MPV, semua kena tahan. Cuak jugak la iols, walaupun tau memang tak ada buat apa-apa salah hahaha.

Lepas dah tinggalkan Nuar dekat tempat dia nak buat kerja tu, berangkatlah kami 3 beranak pergi Zoo Melaka. Jerebu agak teruk la jugak hari tu. Tapi terpaksa pasrah je la, sebab dah janji dengan budak-budak tu. Sambil tu doa-doa jugak lah, jerebu ni tak bagi kesan kat kesihatan budak-budak ni.


Binatang pertama yang kitorang nampak adalah burung kakak tua yang warna-warni tu. Terus Amirul jerit, "Mommy, burung rainbow". Hmmmm, boleh la Amirul. Memang colour dia macam rainbow pun.

Dalam kepala dah fikir-fikir, mesti penat giler aku nak handle budak dua orang ni sorang-sorang. Yang si tenit tu mesti cari alasan nak berdukung punya. Elok je tengah berfikir tu, dengar orang jerit-jerit, 'Tram nak jalan'. Yes, marilah kita naik tram aje.

Lagipun bukannya kitorang ada banyak masa sangat dekat sini. Bila-bila masa je kerja Nuar ni boleh siap. Buatnya kerja dia dah siap, kitorang pulak ada kat tengah-tengah zoo ni, tak ke naya tu. Lama pulak pakcik tu nak kena tunggu kitorang sampai nanti.

Bila naik tram ni, tak dapatla nak pergi semua tempat. Pergi dekat mana dia berhenti je la. Gambar pun tak dapat nak ambil banyak sangat.


Mula-mula sekali tram ni berhenti dekat kandang zirafah. Punyalah takut budak-budak ni, jangan haraplah diorang nak turun dekat dengan zirafah ni. Tapi lama-lama bila tengok orang lain sibuk ambik gambar, Amirul pun ajak turun nak ambik gambar. Malangnya dah terlambat nak oi, tram dah nak jalan dah. Aku pujuk la dia, tak apa la, nanti kita datang sini balik jalan kaki.


Lepas tu pergi kandang gajah pulak. Takut jugaklah budak-budak ni. Tapi dah berani sikit dari tadi. Dah boleh la turun tram untuk ambik gambar, tapi dari jauh je la. Jangan haraplah diorang nak suap-suap gajah tu makan. Khalish ni first time tengok gajah, Amirul dah pernah tengok time dia kecik dulu.


Excited jugaklah budak-budak ni dekat zoo. Bising la mulut tu...

"Mommy, ada tiger"
"Mommy, ada lion"
"Mommy, ada horse"
"Mommy, ada gorilla"
"Mommy, ada bird"

Semua benda yang Amirul kenal, dia akan sebut. Yang si tenit tu tukang ikut apa yang Amirul cakap. Kira berbaloi jugaklah bawak diorang ni pergi zoo.


Tram tu dah habis buat satu pusingan dekat zoo, seperti yang dijanjikan, berjalanlah kami 3 beranak ke kandang zirafah. Tapi masa naik tram, rasa macam dekat je kandang zirafah ni. Bila kena jalan, rasa macam, mak datuk jauh giler kandang kau zirafah. Sempatlah si kenit tu mintak dukung.


Sebab penat sangat berjalan, meh kita up lagi satu gambar, bagi berbaloi sikit, hahaha.

Sementara tunggu Nuar habiskan kerja, kita main je kat taman permainan yang dekat dengan pintu keluar tu. Nanti bila Nuar call, senang kita nak zas je kereta.


Lepas tu Nuar tanya, nak gi jalan mana lagi? Kalau ikutkan hati memang nak aje aku petik nama Jonker Street. Tapi sebab jerebu teruk sangat, simpan je la impian tu. Marilah kita cari Coconut Shake Klebang je. Tengok si tenit tu, suka-suka je buat harta sendiri.

Lepas tu Nuar tak nak balik Shah Alam lagi, sebab semua benda pun tak berfungsi kat rumah tu kan. Jadi marilah kita melawat rumah Seremban yang entah bila nak di cuci tu.

Amirul pulak pagi tu ada sebut-sebut nak pergi rumah Kak Iman, jadi, marilah zas kita ke sana. Kalau nak ikutkan hati aku, malas nak pergi rumah orang time weekdays ni, sebab orang penat baru balik kerja kan. Tapi sebab hari tu sekolah tutup, diorang pun tak kerja, bolehlah jalan-jalan jap. Diorang pun ada je kat rumah. Sambil tu bolehlah tumpang mandi, rumah kita kan tak ada air, hihihi.

Pakcik ajak melawat Lia kat Rembau, makan malam terus kat sana. Itu je la cerita sempana tutupnya nursery hari Isnin haritu. Hai jerebu, silalah berambus cepat. Aku ni dah tak ada cuti yang nak dibazirkan lagi...

No comments:

Post a Comment