Aku ni suka tapau makanan dari rumah untuk makan dekat office. Ada yang kata macam budak sekolah, ada yang kata aku tak menikmati hidup, ada yang kata aku kedekut.
Yup, memang aku tak nafikan yang aku sedikit kedekut untuk sesuatu perkara. Bila aku bawa makanan dari rumah, sekurang-kurangnya aku dapat mengelakkan pembaziran. Sebab biasanya aku bawak lauk lebihan malam sebelumnya.
Kalau aku tak bawa lauk tu pergi office, memang sah lauk tu masuk tong sampah je keesokkan harinya. Jadi nak mengelakkan pembaziran, bawa je la pergi office. Lagipun aku dapat berjimat sedikit. Makanan dekat OU ni bukannya murah, minimum satu hari aku akan keluarkan RM15 untuk makan tengahari je. Tu belum lagi tiba-tiba bernafsu nampak makanan ringan yang ada jual dekat sini.
RM15 tu minimum yer, pernah je untuk lunch sampai RM40, huhuhu. Tu semua nafsu punya pasal. Harap harga je mahal, padahal bukan sedap sangat pun.Sedap lagi tomyam yang aku bawak berbanding dengan spegetti yang tak ada rasa tu, ataupun mee kari yang penuh rasa ajinomoto tu.
Bila aku bawa bekal ni, banyak jugak la dapat jimat. Lepas la nak beli susu Amirul, pampers dia. Lepas juga nak buat shopping, hahaha.
Kalau nak makan sedap-sedap pun, tunggu weekend je. Keluar makan dengan Nuar, dengan Amirul, yang mana biasanya Nuar yang akan belanja. Jimat lagi, hahaha.
Ada yang kata malas nak bangun pagi-pagi untuk masak bekalan. Tak perlu bangun pagi pun. Malam sebelum tu masak la lebih sikit. Macam aku biasanya masak 5 ketul ayam untuk makan malam, tapi kalau nak bawak bekal, masak la 7 ketul. 2 ketul tu bawak pergi office. Pagi tu sebelum pergi office, panaskan je la.
Sekarang ni aku tengok dah ramai dah yang bawa makanan dari rumah. Sampai tahap nak dapat meja untuk makan pun susah dekat pantry ni. Tapi tak apa, tu perkembangan yang baik kan. Sekurang-kurangnya kita tahu kita makan makanan yang berkhasiat dan bersih.
Makanan yang jual dekat kedai ni bukannya berkhasiat sangat. Ramai (mungkin tak semua) yang guna minyak yang dah diguna berkali-kali untuk goreng makanan, dengan bahan perasa yang banyak yang selalu buat aku rasa loya dan pening.
Lagi satu, banyak yang gajikan pekerja asing untuk mengendalikan makanan. Yang menjadi persoalannya, terjagakah kebersihan makanan tu? Hmmm....
No comments:
Post a Comment