Tadi sempat berborak pasal isu 'pakai tudung selepas berkahwin'. Aku lah antara orang yang pakai tudung selepas berkahwin. Tu pun kena paksa, kalau tak dipaksa mungkin sampai sekarang pun aku tak bertudung lagi, hehehe. Dan aku bersyukur jugak sebab kahwin dengan Nuar, kalau kahwin dengan orang lain, mungkin tak pakai tudung gak :)
Sebenarnya Nuar suruh aku pakai tudung lepas tunang. Tapi aku kan memang dasar keras kepala, selalu jugak curi-curi keluar tak pakai tudung. Hari sebelum nikah tu pun aku duk keluar gi pekan pakai 'seluar nyonya' lagi. Nama 'seluar nyonya' ni Abah aku yang bagi. Seluar 3/4 yang aku suka pakai, tapi Abah aku cukup anti. Mesti dia akan cakap "macam tak ada seluar lain nak pakai. Balik-balik ulang seluar tu".
Isu yang selalu membelenggu orang nak bertudung ni, sebab diorang nak kena tukar satu almari. Sebab baju-baju yang dia ada sekarang ni semua tak sesuai nak pakai dengan tudung. Macam aku pun, walaupun dah hampir 3 tahun pakai tudung, isu ni masih tak selesai. Sebab baju aku memang banyak. Sampai tahap kalau 3 bulan tak cuci baju pun, aku masih ada baju nak pakai, hehehe.
Tapi nasib baik sekarang ni zaman cardigan, jadi boleh pakai jugak lagi baju-baju yang tak ada lengan tu, huhuhu.
Waktu mula-mula kena paksa dulu, memang memberontak je hati ni. Sebab aku memang tak bersedia langsung waktu tu. Lagipun aku memang tak pernah terfikir yang Nuar akan paksa aku pakai tudung. Sebab time dia 'mengorat' aku dulu, memang aku tak pakai tudung.
Tapi memang aku bersyukur la yang aku dah pakai tudung sekarang ni, walaupun masih tak menutup aurat sepenuhnya, tapi aku akan jadikan ni sebagai satu langkah permulaan untuk aku.
Tapi syaitan ni memang jahat tau. Bila aku tengok balik gambar-gambar lama aku yang tak bertudung, hati aku akan berdetik, "Eh, dulu aku pakai baju ni macam cantik je, kenapa bila aku pakai baju yang sama sekarang nampak selekeh pulak?" Tu semua adalah godaan syaitan. Kadang-kadang memang cemburu tengok perempuan lain yang pakai dress, buat rambut cantik-cantik, pakai subang cantik-cantik.
Sebut pasal subang, sebelum aku pakai tudung dulu, memang aku kumpul subang. Banyak gila subang yang aku kumpul. Nuar pun antara yang banyak menyumbang subang dekat aku. Dulu dia selalu outstation dekat Sabah. Setiap kali pergi sana, mesti dia akan belikan subang dari mutiara Sabah.
Disebabkan aku tak nak syaitan bisik-bisik kat telinga aku, aku simpan je subang-subang tu dalam stor. Nanti bila aku ada anak perempuan, bagi je kat dia, hehehe.
Tu la, kadang-kadang manusia ni memang nak kena dipaksa untuk berbuat sesuatu kebaikkan. Kalau nak tunggu 'ikhlas' baru nak pakai, alamatnya tunggu tua kerepot nanti la baru pakai tudung. Tu pun kalau sempat nak sedar diri.
Nota kaki: Tak berniat nak mengguris hati sesiapa dengan entri ni, hanya nak kongsi pengalaman hidup :)
No comments:
Post a Comment