nuffnang ad

Friday, March 15, 2013

Pemandu Perempuan Kurang Adab Di Jalan Raya?

*Ni entri semalam sebenarnya... Lupa nak publish kan semalam, hehehe

Ish, pagi ni hangin betul tau. Tension betul, pagi-pagi dah buat aku marah. Arghhh!!!

Hari ni tak pergi kerja sekali dengan Nuar, bawak kereta sendiri-sendiri. Aku lalu kat satu jalan yang ada 3 lorong. Tapi beberapa puluh meter kat depan tu, akan jadi 2 lorong. Maknanya kereta yang dekat lorong kiri sekali kena masuk lorong tengah. Aku memang dah ada dekat lorong tengah dah.

Tengok dekat cermin pandang belakang, ada satu kereta Myvi dekat lorong kiri sekali, tapi jauh lagi. Jarak lebih kurang 50 meter dengan kereta aku. Bila sampai dekat kawasan yang nak jadi 2 lorong tu, aku jalan terus je la sebab aku dah berada di jalan yang benar dah. Sekali, kereta Myvi purple ni tak puas hati pulak. Terus hon sekuat-kuat hati.

Aku tengok driver dia perempuan. Terus dia ambil lorong kanan sekali. Aku ni pulak, syaiton dah jerit-jerit kat tepi telinga. Terus aku tekan minyak, biar sama laju dengan kereta dia, seiring je kitorang jalan. Saja je aku buat camtu, sebab aku tau kat depan tu dia mesti tersekat. Sebab lorong kanan tu untuk kereta yang nak membelok ke kanan. Padan muka, tersekat la kau di situ.

Tapi perempuan ni nak puas hati lagi, depan lagi sikit, dia buat pulak macam yang aku buat. Dia kejar kereta aku, jalan seiring je. Aku tengok meter kereta, nak dekat 100km/h. Kalau aku tekan minyak sikit lagi, lepas tu pancung kereta dia, lepas tu terus perlahankan kereta secara tiba-tiba. Mesti perempuan tu terkejut kan.

Tapi nasib baik jugak otak aku ni boleh berfikir dengan waras lagi. Perempuan tu bawak kereta Myvi je. Setakat pengalaman aku yang dah pernah drive beberapa jenis kereta ni, aku rasa brek kereta Myvi yang paling lambat nak 'makan'. Bak kata Abah aku, nak kena pam-pam dulu. Ish, tak boleh teruskan rancangan ni, kang mati aku kena langgar dari belakang, huhuhu.

Aku biar je dia potong aku. Aku pandang dia, dia pandang aku. Ikut kata hati, nak je tunjuk 'jari'. Tapi benda tu tak ada dalam ajaran Islam, jadi jangan sesekali buat.

Bila perempuan ni dah potong aku, aku tengok je perangai dia. Duk masuk kiri kanan sesuka hati, dengan tak bagi signal segala. Asal nampak ruang kosong dekat sebelah dia, terus dia hulurkan muncung kereta dia ke depan. Konon nak cepat la tu. Tapi dekat tol NKVE, aku dapat potong dia balik sebab aku pakai SmartTag, tapi dia bayar tunai. Padan muka.

Moral of the story, jangan biarkan syaiton bisik-bisik atau jerit-jerit dekat telinga kita waktu tengah drive, memang buruk padahnya.

Pasal pemandu perempuan kurang adab di jalan raya, selalu jugak la aku terkena. Mungkin aku pun sama je dengan pemandu perempuan lain, aku je yang tak sedar, hehehe.

Dekat dengan office aku ni ada satu selekoh yang ada traffic light untuk orang nak melintas jalan. Lampu traffic light tu merah, memanglah aku kena berhenti walaupun tak ada orang melintas. Tapi ada satu perempuan dekat belakang aku ni tak puas hati pulak, duk hon-hon berkali-kali. Aku buat tak tahu je la, sebab dah lampu tu merah, memang lah kena berhenti, tak kira la ada orang ke tak. Lagi pun sekejap je lampu tu merah, seminit je kot. Ke tak sampai seminit pun?

Nasib baik la jugak aku tak langgar lampu merah tu, sebab lepas je selekoh tu, ada polis traffic dah tunggu, nak saman orang yang langgar lampu merah la tu. Selamat tak langgar...

Yang aku perasan, ada satu kaum perempuan yang memang berlagak bila drive kereta. Lagi-lagi kalau drive kereta mahal. Ni memang selalu sangat jadi dekat aku. Katakan aku nak masuk lorong ke kanan, memang cukup sangat ruang untuk kereta kecik aku ni menyelit. Aku pun bagi la signal, kira macam nak mintak izin la. Tapi dengan bongkaknya kereta belakang tu tekan minyak dia, tak nak kasi aku masuk. Cis, aku pun bayar cukai jalan jugak la. Mentang-mentang aku drive kereta murah je, sampai hati kau memperkotak-katikkan aku. Ish, ish, ish.

Aku kalau nampak orang bagi signal, aku bagi je ruang untuk dia masuk. Tapi kalau tak bagi signal, memang jangan harap la. Tak mintak izin, kurang sopan namanya tu.

No comments:

Post a Comment