nuffnang ad

Monday, October 26, 2015

Baby HA - 26th Oct 2015 00.12am

Assalamualaikum wbt...

Nampaknya baby kuat tidur ni. Setiap kali buat CTG, mesti tidur. Sama la perangai Mommy kan, hihihi.

Dalam pantang nanti kita sama-sama kuat tidur ok. Yang penting, malam mesti tidur lena ok, sayang.

Sunday, October 25, 2015

Baby HA - 25th Oct 2015 7.45 pm

Aduhai, dah kena cucuk dengan benda ni dah. Ingatkan esok baru dia pasang huhuhu. Ini semua gara-gara HB makin drop.

Lepas tu kena amik darah sekali lagi sebab darah yang dah ambik tadi beku pulak huhuhu.

Ya Allah, permudahkan lah...

Baby HA - 25th Oct 2015 5.53pm

Assalamualaikum wbt...

Dah selamat masuk wad. Caeser di jadual pagi esok.

Huhuhu cuaknya. Nuar tanya kenapa nak cuak, kan dah ada experience. Gile tak cuak, orang yang dah beranak 10 pun tetap akan rasa cuak ok.


Sekarang tengah buat CTG. Rindu pulak nak dengar bunyi mesin ni hehehe.

Malam ni merasalah tidur sorang-sorang dekat hospital. Mintak-mintak hari selasa aku dengan baby dah boleh discharge.

Semoga semuanya berjalan lancar. Amin...

Monday, October 12, 2015

Aktiviti Sebelum Berpantang

Assalamualaikum wbt...

InsyaAllah, 25th October ni aku akan admit kat hospital. Plan nya adalah untuk caeser pada 26th October pukul 8 pagi. Huhuhu, perasaan cuak dah mula timbul. Tapi perasaan nak jumpa baby tu lagi tebal hihihi. Mintak-mintak semuanya akan berjalan dengan lancar. Amin...

Jadi sebelum nak masuk fasa berpantang ni, cuba jugak lah bawak budak-budak berjalan. Kalau nak diikutkan memang tak larat dah nak bawak perut ni. Rasa macam baring je kat rumah sepanjang hari. Paling sengsara bila nak pukul 9 malam ke atas, masa ni lah rasa penat yang memang tahap maksimum. 26th October cepat lah sampai huhuhu.

Tak tau nak pergi mana sebenarnya. Pikir punya pikir, Nuar ajak pergi IOI Mall, sebab aritu aku duk cakap kat dia nak pergi kareoke, dah lama tak pergi. Sekali boleh pulak kareoke kat situ tengah renovate. Huh, hampa je.


Jalan-jalan kat dalam Mall ni, nampak pulak ada train. Marilah kita cuba, RM6 seorang. Budak-budak ni happy la. Lagi-lagi si tenit tu. Setiap kali dia nampak gambar ni dekat phone, mesti akan cakap, 'Naik train', hihihi.


Mula-mula risau jugak kalau si tenit ni takut. Sebab dia ni perangai je naughty, tapi penakut boleh tahan jugak hihihi.

Waktu naik train ni, lalu la pulak dekat depan Reka Zone, macam indoor playground la. Amirul dah sibuk nak masuk. Abah dia mesti la tak sampai hati, layankan je.

Harga ticket pada aku mahal jugak sebab mainan dia agak limited. Khalish kena RM11, Amirul kena RM22. Yang adult ni free la. Nasihat aku kalau nak datang sini, bawak sock siap-siap sebab dalam ni kena pakai sock. Terpaksa la beli sock pulak kat situ, Khalish-RM2++, Amirul-RM3++, aku dengan Nuar kena RM5++. So dekat socks je nak membazir lebih RM16.



Si tenit ni mula-mula happy gile. Tak lama lepas tu dia ada takut sekejap bila ada budak-budak yang main pistol angin, sebab bunyi angin dia agak kuat. Setiap kali ada orang main je pistol angin tu, mesti dia terus lari dekat kitorang.

Jom la layan gambar je, malas dah nak taip hihihi.


 
 
 
 
 
 
 
 
 
Abah dia pun sama excited jugak. Takpe la, biarkan je. Zaman kitorang dulu tak ada mainan camni. Biarla dia jadi kanak-kanak ribena sekali hahaha.
 
 
 
 
Dah penat-penat main, moh la kite makan pulak. Ada orang teringin nak makan Wendy's, tapi Wendy's kat situ dah tutup pulak huhuhu. At last makan KFC je sebab budak 2 orang tu memang suka nugget kat KFC. Kalau ikut tekak kampung iols ni, memang nak makan nasi hihihi.
 
Sementara nak tunggu Nuar order makanan, ada la 2 orang budak Rohingya ni mintak sedekah. Kesian la pulak, di saat-saat kita mampu nak suap anak kita dengan makanan yang sedap, diorang kena minta sedekah untuk makan. Apa pun bersyukur je la dengan rezeki yang ada ni. Walau tak semewah orang lain, tapi tetap mampu nak pakai pakaian yang elok, tetap mampu nak makan makanan yang sedap, tetap mampu ada rumah dan kereta yang selesa. Alhamdulillah....
 

Sunday, October 11, 2015

Amirul Hadif - 10th October 2015

Assalamualaikum wbt...


Ni nak cerita lagi perihal si Amirul ni, sebab semalam dia buat aku sentap. Ni perbualan kitorang waktu tengah makan. Asalnya, punyalah susah nak suruh dia makan. At last, makan banyak gile.

Amirul: Sedapnya mommy masak, Amirul makan banyak.

Mommy: Ha, tu la orang ajak makan. Tadi orang ajak makan, susah sangat. Mommy dah nak tutup dapur 2 bulan ni. Tak dapat la Amirul nak makan mommy masak. Amirul makan Uwan masak je la.

Amirul: oooo yeke, sedapnya...

Sentapnya mak ko ni. Nampak sangat Uwan masak lagi sedap dari Mommy, huhuhu.

Monday, October 5, 2015

Alahai Jerebu

Assalamualaikum wbt...

Haze, haze, go away.....

Aduh tension betul la dengan jerebu ni. Rasa sesak je nafas aku ni. Budak-budak pun kesian je, asyik kena kurung dalam rumah. Rasanya jerebu kali ni antara yang terteruk dan terpanjang.

Paling tension sebab nursery pun cuti sekali, sebab katanya diorang menggunakan udara luar. So bole nampak macam tahap kesihatan budak-budak menurun. Aduh, dah terpaksa la pulak nak cuti kan.

Kalau ikutkan aku boleh je nak work from home. Cuma masalahnya, aku tengah dalam process 'knowlegde transfer' lagi ni, nak work from home apanya.

Nampaknya macam terpaksala Nuar yang cuti untuk jaga budak-budak ni. Tapi aku risau la jugak, nak kena sediakan makanan jugak untuk diorang ni, huhuhu.

Tengah runsing-runsing tu, Mak aku call. Dia tanya nursery tutup tak sebab dia tengok kat berita kata IPU kat Shah Alam tinggi. Dia tanya, nak dia datang tak untuk jaga budak-budak ni? Jawapan aku, "Kalau Mak nak datang, syukur Alhamdulillah".

Hihihi, ni sememangnya bersyukur. Memang rasa bersyukur dapat mak bapak yang prihatin dengan situasi anak. Walaupun aku tak mintak, memang dia sendiri yang offer nak tolong. Aku hanya mampu doa yang Allah akan melimpahkan seluas-luas rahmat untuk Mak Abah aku atas segala pertolongan diaorang tu, berilah mereka kesihatan yang baik, jauhkan mereka dari segala malapetaka, pendek kata semua yang baik-baik untuk mereka. Dan sebagai anak, semoga aku tak lupa semua pertolongan diorang tu.

Thursday, October 1, 2015

Jalan-Jalan Zoo Melaka

Assalamualaikum wbt...

Ni cerita hari Isnin lepas. Alkisahnya, nursery budak-budak ni tutup lagi sebab jerebu. Wah, terbakar jugak la hati iols ni. Baki cuti dah la ciput sangat, tension weh.

Nak jadikan cerita jugak, malam ahad tu entah siapa entah yang korek paip air kat Shah Alam tu sampai terkena wayar apa entah. Makanya Astro dengan internet pun tak boleh berfungsi. Air paip pun tak ada jugak sebab bocor.

Nak tambah drama lagi, malam tu Amirul lupa nak tutup paip air lepas dia membuang. Maknanya air tangki pun kering la...

Nuar ada kerja kat Melaka isnin tu, dia pun ajak kitorang pergi sebab kalau duduk kat rumah pun memang sangap la, Astro tak ada, internet tak ada, air pun tak ada.

Oh, dekat exit tol Melaka tu, boleh pulak kereta kitorang kena tahan dengan Penguatkuasa Farmasi. Katanya nak check apa yang kitorang bawa, tapi check sekadar cukup syarat je pun. Takde la beria dia geledah kereta pun. Rasanya siapa yang bawa MPV, semua kena tahan. Cuak jugak la iols, walaupun tau memang tak ada buat apa-apa salah hahaha.

Lepas dah tinggalkan Nuar dekat tempat dia nak buat kerja tu, berangkatlah kami 3 beranak pergi Zoo Melaka. Jerebu agak teruk la jugak hari tu. Tapi terpaksa pasrah je la, sebab dah janji dengan budak-budak tu. Sambil tu doa-doa jugak lah, jerebu ni tak bagi kesan kat kesihatan budak-budak ni.


Binatang pertama yang kitorang nampak adalah burung kakak tua yang warna-warni tu. Terus Amirul jerit, "Mommy, burung rainbow". Hmmmm, boleh la Amirul. Memang colour dia macam rainbow pun.

Dalam kepala dah fikir-fikir, mesti penat giler aku nak handle budak dua orang ni sorang-sorang. Yang si tenit tu mesti cari alasan nak berdukung punya. Elok je tengah berfikir tu, dengar orang jerit-jerit, 'Tram nak jalan'. Yes, marilah kita naik tram aje.

Lagipun bukannya kitorang ada banyak masa sangat dekat sini. Bila-bila masa je kerja Nuar ni boleh siap. Buatnya kerja dia dah siap, kitorang pulak ada kat tengah-tengah zoo ni, tak ke naya tu. Lama pulak pakcik tu nak kena tunggu kitorang sampai nanti.

Bila naik tram ni, tak dapatla nak pergi semua tempat. Pergi dekat mana dia berhenti je la. Gambar pun tak dapat nak ambil banyak sangat.


Mula-mula sekali tram ni berhenti dekat kandang zirafah. Punyalah takut budak-budak ni, jangan haraplah diorang nak turun dekat dengan zirafah ni. Tapi lama-lama bila tengok orang lain sibuk ambik gambar, Amirul pun ajak turun nak ambik gambar. Malangnya dah terlambat nak oi, tram dah nak jalan dah. Aku pujuk la dia, tak apa la, nanti kita datang sini balik jalan kaki.


Lepas tu pergi kandang gajah pulak. Takut jugaklah budak-budak ni. Tapi dah berani sikit dari tadi. Dah boleh la turun tram untuk ambik gambar, tapi dari jauh je la. Jangan haraplah diorang nak suap-suap gajah tu makan. Khalish ni first time tengok gajah, Amirul dah pernah tengok time dia kecik dulu.


Excited jugaklah budak-budak ni dekat zoo. Bising la mulut tu...

"Mommy, ada tiger"
"Mommy, ada lion"
"Mommy, ada horse"
"Mommy, ada gorilla"
"Mommy, ada bird"

Semua benda yang Amirul kenal, dia akan sebut. Yang si tenit tu tukang ikut apa yang Amirul cakap. Kira berbaloi jugaklah bawak diorang ni pergi zoo.


Tram tu dah habis buat satu pusingan dekat zoo, seperti yang dijanjikan, berjalanlah kami 3 beranak ke kandang zirafah. Tapi masa naik tram, rasa macam dekat je kandang zirafah ni. Bila kena jalan, rasa macam, mak datuk jauh giler kandang kau zirafah. Sempatlah si kenit tu mintak dukung.


Sebab penat sangat berjalan, meh kita up lagi satu gambar, bagi berbaloi sikit, hahaha.

Sementara tunggu Nuar habiskan kerja, kita main je kat taman permainan yang dekat dengan pintu keluar tu. Nanti bila Nuar call, senang kita nak zas je kereta.


Lepas tu Nuar tanya, nak gi jalan mana lagi? Kalau ikutkan hati memang nak aje aku petik nama Jonker Street. Tapi sebab jerebu teruk sangat, simpan je la impian tu. Marilah kita cari Coconut Shake Klebang je. Tengok si tenit tu, suka-suka je buat harta sendiri.

Lepas tu Nuar tak nak balik Shah Alam lagi, sebab semua benda pun tak berfungsi kat rumah tu kan. Jadi marilah kita melawat rumah Seremban yang entah bila nak di cuci tu.

Amirul pulak pagi tu ada sebut-sebut nak pergi rumah Kak Iman, jadi, marilah zas kita ke sana. Kalau nak ikutkan hati aku, malas nak pergi rumah orang time weekdays ni, sebab orang penat baru balik kerja kan. Tapi sebab hari tu sekolah tutup, diorang pun tak kerja, bolehlah jalan-jalan jap. Diorang pun ada je kat rumah. Sambil tu bolehlah tumpang mandi, rumah kita kan tak ada air, hihihi.

Pakcik ajak melawat Lia kat Rembau, makan malam terus kat sana. Itu je la cerita sempana tutupnya nursery hari Isnin haritu. Hai jerebu, silalah berambus cepat. Aku ni dah tak ada cuti yang nak dibazirkan lagi...