nuffnang ad

Tuesday, May 28, 2013

Hujan Emas Di Negeri Orang, Hujan Batu Di Negeri Sendiri...

...lebih baik di negeri sendiri.

Korang pernah dengar tak adik-beradik, kawan-kawan atau sesiapa saja lah yang sibuk nak migrate ke negara orang. Antara alasan untuk migrate sebab nak dapat gaji yang lebih tinggi, nak memperbaiki taraf kehidupan, nak merasa hidup dekat negara orang lain dan jugak sebab rasa negara kita ni tak cukup best.

Aku sendiri pun teringin nak pergi negara orang lain, tapi tak lah sampai tahap nak duduk dekat sana terus. Kalau ada peluang setakat pergi untuk 2 minggu atau sebulan je. Tak boleh duduk lama-lama sebab nanti aku rindu nasi lemak, lontong, laksa, keropok lekor...... Lagipun aku tak boleh kalau tak tengok muka Mak Abah aku lama-lama. Walau dah besar panjang, walau dah jadi isteri orang, tetap nak bergantung jugak dekat Mak Abah, huhuhu.

Untuk orang yang teringin sangat nak jadi warganegara negara lain tu, tak kisah la. Tak ada orang yang nak halang pun, tapi ada beberapa kebenaran yang perlu korang tahu. Aku ada terbaca dekat blog seorang mamat ni. Dia bekerja dekat Kementerian X. Menurut dia sangat banyak permohonan dari 'bekas rakyat Malaysia' yang nak minta kewarganegaraan Malaysia semula. Dan menurut dia lagi, bukan mudah untuk luluskan permohonan tu. Itu lah, waktu nak lepaskan status warganegara dulu tak fikir panjang, kan dah susah sekarang ni.

Ada satu kes yang terjadi dekat depan mata aku sendiri. Satu keluarga ni, Mak dia mempunyai tanah di Malaysia (bukan tanah pusaka pun). Bila Mak dia meninggal, anak-anak dia nak tukar nama pemilik tanah ni kepada si Kakak sulung. Siap dah pasang peguam, masuk mahkamah segala. Tapi tak dapat juga nak tukar nama tanah tu sebab anak-anak dia semuanya menggunakan kad pengenalan merah (maksudnya bukan warganegara Malaysia).

Yang aku kurang faham tu, kalau teringin sangat pun nak jadi warganegara negara lain, tak payah lah sampai nak kutuk-kutuk negara ni. Sampai tahap macam tak ada langsung kebaikan negara ni, asyik nak bandingkan negara ni dengan negara lain. Asyik rasa yang negara lain tu jauh lebih 'indah' dari Malaysia. Sedangkan realitinya tak sebegitu, orang kata indah khabar dari rupa.

Aku rasa nak tulis entri ni sebab pagi ni saja, ada terbaca tentang 2 isu yang terjadi dekat negara orang lain. Bukanlah nak cerita tentang keburukan negara orang, cuma nak cakap dekat negara orang pun tak semuanya indah. Sama juga dengan diri kita, tak sempurna.


Rasanya zaman tok kaduk dulu je yang negara kita ni selalunya blackout, sekarang ni rasa dah jarang sangat dah. Kalau bekalan elektrik putus pun selalunya sebab ada dahan pokok timpa wayar, tak pun tiang elektrik tumbang sebab kena langgar dengan lori. Ha, telefon je TNB careline 15454, nanti cepat je diorang datang betulkan. Kena puji TNB lebih-lebih sikit, nanti senang nak minta Nuar belanja, hahaha.


Ramai juga yang complaint kata kereta dekat negara kita ni mahal. Kereta import jadi mahal dekat sini sebab kita nak lindungi industri kereta tempatan. Untuk menjadi sebuah negara maju, kita mesti lah nak ada industri kereta sendiri. Kenalah jaga reputasi kan. Lagipun ia membuka peluang pekerjaan dekat rakyat kita kot. Mungkin kualiti tak sebagus kereta import, tapi pada aku acceptable je. Bolehlah aku guna hari-hari untuk mencari rezeki, minyak pun tak mahal. Sebulan dalam RM120 je. Tapi entah kenapa bila Nuar yang drive, terus jadi RM200. Nampak sangat kelajuan memandu tu tak konsisten, hehehe.

Hmmmm, kalau nak diikutkan banyak lagi benda nak tulis, tapi cukuplah setakat ni. Sebab aku rasa ramai yang tak setuju dengan pendapat aku. Apa-apa pun, semua benda ada keburukan, ada kebaikan. Tapi tak perlulah nak complaint banyak sangat. Hidup kita ni, tak perlu banyak sangat nak complaint. Nanti diri sendiri yang merana. Hargai semua benda yang kita ada, kalau dah hilang nanti sendiri yang menyesal, huhuhu.

No comments:

Post a Comment