nuffnang ad

Friday, May 10, 2013

Dah Tak Suka Minum Air Putih

Aku ni memang jenis yang kuat minum air putih sebenarnya. Konon nak kulit yang cantik la, tu yang sanggup je teguk air putih banyak-banyak. Padahal kering gak kulit aku ni, hahaha. Lepas tu mengulang ke tandas je, dah la office aku ni sejuk, huhuhu.

Secara puratanya, badan kita perlukan lebih kurang 2 liter air sehari. Sebenarnya ikut berat badan, orang yang berbadan besar perlukan lebih banyak air.

Tapi kan, sejak pregnant ni, dah kurang minum air putih dah. Kurang sangat-sangat. Dekat office minum tak sampai 500ml pun. Penat dah paksa diri, tapi tak mampu gak nak minum banyak-banyak. Rasa loya, nak muntah. Asyik teringat air yang sedap je, air putih tak nak minum.

Macam mana nak dapat kulit cantik ni, huhuhu. Kalau letak hirisan lemon, dapatlah minum lebih sikit, itu pun susah nak habiskan satu botol ni. Selalunya boleh habis 2-3 botol, sekarang ni jangan haraplah.



Gambar ni aku ambik lebih kurang pukul 4.30 semalam dan botol tu boleh isi 750ml air. Setakat pukul 4.30, baru setengah botol habis, maksudnya aku baru minum 375ml. Dekat rumah masa makan malam, aku akan minum lebih kurang segelas air (itupun tak habis). Maksudnya satu hari aku minum tak sampai pun 500ml. Ha, tak sampai 25% dari keperluan harian (ish, siap buat analisis, kelas kau nyah)!!!

Ish, ini adalah bahaya. Tindakan susulan harus diambil segera.

Perlukah aku beli botol air baru untuk memotivasikan diri supaya minum lebih banyak air? Mari kita fikirkan, huhuhu. 
posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment