...lebih baik di negeri sendiri.
Korang pernah dengar tak adik-beradik, kawan-kawan atau sesiapa saja lah yang sibuk nak migrate ke negara orang. Antara alasan untuk migrate sebab nak dapat gaji yang lebih tinggi, nak memperbaiki taraf kehidupan, nak merasa hidup dekat negara orang lain dan jugak sebab rasa negara kita ni tak cukup best.
Aku sendiri pun teringin nak pergi negara orang lain, tapi tak lah sampai tahap nak duduk dekat sana terus. Kalau ada peluang setakat pergi untuk 2 minggu atau sebulan je. Tak boleh duduk lama-lama sebab nanti aku rindu nasi lemak, lontong, laksa, keropok lekor...... Lagipun aku tak boleh kalau tak tengok muka Mak Abah aku lama-lama. Walau dah besar panjang, walau dah jadi isteri orang, tetap nak bergantung jugak dekat Mak Abah, huhuhu.
Untuk orang yang teringin sangat nak jadi warganegara negara lain tu, tak kisah la. Tak ada orang yang nak halang pun, tapi ada beberapa kebenaran yang perlu korang tahu. Aku ada terbaca dekat blog seorang mamat ni. Dia bekerja dekat Kementerian X. Menurut dia sangat banyak permohonan dari 'bekas rakyat Malaysia' yang nak minta kewarganegaraan Malaysia semula. Dan menurut dia lagi, bukan mudah untuk luluskan permohonan tu. Itu lah, waktu nak lepaskan status warganegara dulu tak fikir panjang, kan dah susah sekarang ni.
Ada satu kes yang terjadi dekat depan mata aku sendiri. Satu keluarga ni, Mak dia mempunyai tanah di Malaysia (bukan tanah pusaka pun). Bila Mak dia meninggal, anak-anak dia nak tukar nama pemilik tanah ni kepada si Kakak sulung. Siap dah pasang peguam, masuk mahkamah segala. Tapi tak dapat juga nak tukar nama tanah tu sebab anak-anak dia semuanya menggunakan kad pengenalan merah (maksudnya bukan warganegara Malaysia).
Yang aku kurang faham tu, kalau teringin sangat pun nak jadi warganegara negara lain, tak payah lah sampai nak kutuk-kutuk negara ni. Sampai tahap macam tak ada langsung kebaikan negara ni, asyik nak bandingkan negara ni dengan negara lain. Asyik rasa yang negara lain tu jauh lebih 'indah' dari Malaysia. Sedangkan realitinya tak sebegitu, orang kata indah khabar dari rupa.
Aku rasa nak tulis entri ni sebab pagi ni saja, ada terbaca tentang 2 isu yang terjadi dekat negara orang lain. Bukanlah nak cerita tentang keburukan negara orang, cuma nak cakap dekat negara orang pun tak semuanya indah. Sama juga dengan diri kita, tak sempurna.
Rasanya zaman tok kaduk dulu je yang negara kita ni selalunya blackout, sekarang ni rasa dah jarang sangat dah. Kalau bekalan elektrik putus pun selalunya sebab ada dahan pokok timpa wayar, tak pun tiang elektrik tumbang sebab kena langgar dengan lori. Ha, telefon je TNB careline 15454, nanti cepat je diorang datang betulkan. Kena puji TNB lebih-lebih sikit, nanti senang nak minta Nuar belanja, hahaha.
Ramai juga yang complaint kata kereta dekat negara kita ni mahal. Kereta import jadi mahal dekat sini sebab kita nak lindungi industri kereta tempatan. Untuk menjadi sebuah negara maju, kita mesti lah nak ada industri kereta sendiri. Kenalah jaga reputasi kan. Lagipun ia membuka peluang pekerjaan dekat rakyat kita kot. Mungkin kualiti tak sebagus kereta import, tapi pada aku acceptable je. Bolehlah aku guna hari-hari untuk mencari rezeki, minyak pun tak mahal. Sebulan dalam RM120 je. Tapi entah kenapa bila Nuar yang drive, terus jadi RM200. Nampak sangat kelajuan memandu tu tak konsisten, hehehe.
Hmmmm, kalau nak diikutkan banyak lagi benda nak tulis, tapi cukuplah setakat ni. Sebab aku rasa ramai yang tak setuju dengan pendapat aku. Apa-apa pun, semua benda ada keburukan, ada kebaikan. Tapi tak perlulah nak complaint banyak sangat. Hidup kita ni, tak perlu banyak sangat nak complaint. Nanti diri sendiri yang merana. Hargai semua benda yang kita ada, kalau dah hilang nanti sendiri yang menyesal, huhuhu.
nuffnang ad
Tuesday, May 28, 2013
Sunday, May 26, 2013
Ke Mana Tumpahnya Kuah, Kalau Tidak Ke Nasi
Bersawang lagi blog ni nampaknya, huhuhu. Mood nak tulis entri memang ke laut. Mungkin pembawaan budak, hahahaha (alasan).
Menulis blog memang malas, tapi baca blog orang lain sangatlah rajin. Setiap saat dengan handphone, pantang ada peluang terus baca blog.
Dulu aku sibuk baca blog seorang lelaki ni. Semenjak dia berblog, dah beribu-ribu entri yang dia tulis. Secara purata, dia tulis lebih kurang 25 entri sehari. Huh gila kan, macam mana dia dapat curi masa untuk tulis entri tu semua. Secara peribadinya, aku tak rasa blog lelaki ni menarik. Tapi aku baca jugak sebab nak tahu macam mana dia boleh popular dengan hanya menulis entri yang 'biasa-biasa' je.
Bila aku baca komen-komen yang ada dekat entri lelaki ni, ramai jugak yang mempertikaikan macam mana dia boleh popular. Tapi lelaki ni bersungguh-sungguh mengaku yang setiap entri dia mempunyai ilmu yang cuba disampaikan pada pembaca. Hmmmm, mungkin ada sedikit 'ilmu' yang nak disampaikan, tapi aku rasa yang aku tak perlukan ilmu tu. Jadi, aku pun tak baca lagi dah blog lelaki ni. Kena cari blog yang lebih relevan sikit dengan hidup aku, hehehe.
Akhir-akhir ni, aku suka sangat baca 'blog pendapat' (aku hentam je istilah ni, hahaha). Aku suka sangat baca cara-cara seseorang tu mengupas sesuatu isu. Boleh nampak cara pemikiran seseorang tu seiring atau tak dengan umur dia.
Terbaru ni aku baca entri-entri lama seorang blogger ni. Dia mula menulis blog sewaktu berumur 19 tahun. Memang aku kagum sangat dengan cara penyampaian dia walaupun baru berumur 19 tahun. Aku yang dah tua ni pun tak mampu lagi nak keluarkan entri yang macam tu.
Blogger ni ada tulis yang ayah dia pernah belajar di Oxford Uni. Selaku orang yang kepoh, mesti la aku nak tahu siapa ayah dia. Nuar dah bising-bising, dia cakap kenapa sibuk nak tahu pasal bapak orang semua ni. Mestilah aku sibuk nak tahu, sebab anak dia seorang yang hebat. Jadi mestilah ayah dia seorang yang hebat jugak. Kalau ayah dia ada blog, mesti best, boleh la follow sekali, hahahaha.
Memang dah jadi kebiasaan orang-orang kita, bila ada seseorang yang berjaya, mesti kita nak tahu siapakah mak ayahnya. Siapakah yang hebat tu sehingga terlahirnya seorang anak yang berjaya. Bukan senang nak didik seorang anak ni, bukan senang nak bentuk peribadi seorang anak. Macam aku sendiri pun, bila Amirul dah pandai nak mengamuk, aku salahkan diri sendiri dengan perangai dia tu. Aku rasa macam aku dah jadi seorang mak yang gagal, masih sempat lagi tak nak ubah perangai dia tu, huhuhu.
Berbalik kepada cerita blogger, kalau nak diikutkan ramai betul blogger yang berbakat dekat keliling kita ni. Muda-muda lagi dah pandai menulis, hish ni yang mak jealous ni. Mananya mak tak cemburu, zaman sekolah dulu, mak memang pandai menulis yer. Suka betul kalau buat karangan, macam-macam idea yang keluar. Tapi mak cukup benci kalau kena buat rumusan, ada ke suruh tulis 120 perkataan je. Apahal, intro pun dah 100 perkataan kan, huhuhu. Menghalang kreativiti betul la.
Ada jugak baca blog seorang doktor ni (alah, isterinya Sheikh Muzaffar). Kelakar weh, siapa kata yang doktor tu seorang yang membosankan? Mereka adalah golongan yang kelakar ok. Penat aku tahan ketawa, takut terkantoi. Al-maklumlah, baca kat office, hehehe.
*Seperti biasa, tajuk agak tidak sesuai dengan isi, hehehe

Friday, May 10, 2013
Dah Tak Suka Minum Air Putih
Aku ni memang jenis yang kuat minum air putih sebenarnya. Konon nak kulit yang cantik la, tu yang sanggup je teguk air putih banyak-banyak. Padahal kering gak kulit aku ni, hahaha. Lepas tu mengulang ke tandas je, dah la office aku ni sejuk, huhuhu.
Secara puratanya, badan kita perlukan lebih kurang 2 liter air sehari. Sebenarnya ikut berat badan, orang yang berbadan besar perlukan lebih banyak air.
Tapi kan, sejak pregnant ni, dah kurang minum air putih dah. Kurang sangat-sangat. Dekat office minum tak sampai 500ml pun. Penat dah paksa diri, tapi tak mampu gak nak minum banyak-banyak. Rasa loya, nak muntah. Asyik teringat air yang sedap je, air putih tak nak minum.
Macam mana nak dapat kulit cantik ni, huhuhu. Kalau letak hirisan lemon, dapatlah minum lebih sikit, itu pun susah nak habiskan satu botol ni. Selalunya boleh habis 2-3 botol, sekarang ni jangan haraplah.
Gambar ni aku ambik lebih kurang pukul 4.30 semalam dan botol tu boleh isi 750ml air. Setakat pukul 4.30, baru setengah botol habis, maksudnya aku baru minum 375ml. Dekat rumah masa makan malam, aku akan minum lebih kurang segelas air (itupun tak habis). Maksudnya satu hari aku minum tak sampai pun 500ml. Ha, tak sampai 25% dari keperluan harian (ish, siap buat analisis, kelas kau nyah)!!!
Ish, ini adalah bahaya. Tindakan susulan harus diambil segera.
Perlukah aku beli botol air baru untuk memotivasikan diri supaya minum lebih banyak air? Mari kita fikirkan, huhuhu.

posted from Bloggeroid
Wednesday, May 8, 2013
Mari Jumpa Doktor Lain Pulak - Acute Otitis Media Punya Pasal
Amirul ni sebenarnya jarang sangat nak kena sakit yang teruk-teruk. Selalunya batuk dengan selsema je la. Itulah yang susahnya bila hantar anak pergi day care, memang senang nak dapat penyakit berjangkit ni. Kalau pergi day care dia tu, memang selalu je la nampak budak-budak yang hingus meleleh. Sigh....
Cumanya Amirul ni ada masalah lain pulak. Setiap kali dia batuk dengan selsema, beberapa hari lepas tu mesti ada cecair yang keluar dari telinga dia. Dan setiap kali tu jugaklah akan demam. Sebabnya selsema ni akan naik ke telinga, menyebabkan gegendang telinga membengkak.
Tu yang demam tu sebab gegendang yang bengkak ni memanglah sakit kan, demam sampai seminggu pulak tu, huhuhu.
Lepas tu bengkak ni akan meletus, dan menyebabkan gegendang telinga bocor. Tu yang ada cecair keluar tu. Sebab dia budak-budak lagi, biasanya bocor tu boleh tertutup semula. Ha, dah macam doktor dah penerangan aku.
Paed kata benda ni jadi sebab aku tak control batuk Amirul. Weh, aku bagi kot dia makan ubat setiap kali dia batuk, huhuhu.
Selalunya doktor akan kasi ubat titis telinga dengan antibiotik. Tapi nak titiskan ubat dekat telinga dia ni bukan kerja mudah yer. Dah la susah nak masuk dalam telinga, Amirul ni pulak seorang 'drama king'. Punyalah dia melalak sekuat hati, macam kena dera ok.
Yang terbaru ni, teruk sikit dia kena. Selalu tu lepas 2 hari ambik antibiotik, telinga dia kan kering. Tapi kali ni dah sampai sebulan, masih tak kering sangat. Jadi aku rasa nak bawa dia jumpa ENT specialist yang lain pulak.
Satu ilmu baru yang aku dapat dari doktor ni, dia kata selagi telinga dia tak kering, aku kena teruskan kasi dia ubat selsema. Walaupun pada dasarnya nampak macam hingus dia dah kering, tapi sebenarnya tak kering lagi. Ada lagi hingus dalam-dalam tu, tu yang telinga dia tak kering-kering. Hmmm, ingatkan bila tak ada hingus yang meleleh tu, bolehlah berhentikan ubat.
Nasib baik terfikir nak jumpa doktor lain pulak, sekurang-kurangnya boleh dapat ilmu baru yang doktor sebelum ni tak pernah sebut pun. Yelah, lain doktor, lain pengalaman dia.
Harap-harap telinga dia boleh kering dengan cepat dan gegendang telinga tu akan tertutup balik.
Untuk mak-mak (dan bapak jugak) yang lain tu, kena berhati-hati sikit sekarang ni. Sebab akhir-akhir banyak sangat budak-budak yang kena jangkitan virus. Tak suka tengok orang sakit, lagi-lagi kalau yang sakit tu budak kecik. Tak sanggup nak tengok diorang kena cucuk sana sini, huhuhu.
Ok, jumpa lagi nanti. Semoga semua orang sihat-sihat je...

Thursday, May 2, 2013
Pukul 3 Pagi
Dan mataku enggan lena,
Memikirkan kemungkinan itu,
Kebebasan yang tipis semakin menipis,
Hmmm...
Haruskah ku laungkan hak aku?
Masih wujudkah hak itu?
Haruskah aku terus menerima?
Walau hati kuat meronta,
Ya Tuhanku,
Hulurkan aku kekuatan,
Hulurkan aku kesabaran,
Sesungguhnya aku hambaMu yang hina,
Aku berdoa agar kebahagiaan ini kekal menjadi hak ku...
Amin...

Subscribe to:
Posts (Atom)