Kadang-kadang tu memang aku biarkan je budak kecik tu mengemas. Aku tak nak lah kawal dia sangat, biarlah dia bebas sikit. Tengokkan aje perangai dia tu, jangan sampai dia kutip, makan benda yang bukan-bukan dah la.
Untuk pengetahuan korang, dah selamat sebiji mangkuk dengan mug budak ni pecahkan, huhuhu.
Ni antara aksi-aksi terawal budak kecik ni nak mengemas rumah. Masa belum pandai merangkak pun lagi, baru mengengsot je. Tapi dah pandai mengemas dah. Cuma masa ni tangan dia belum pantas lagi. Tangan Mommy dia lagi pantas menghalang, huhuhu.
Zaman dia kecik dulu, ni memang aksi kegemaran dia. Pantang nampak kotak tisu, memang laju je tangan dia keluarkan semua tisu-tisu tu. Memang dah macam cerita Anda Ada 60 Saat. Zaman tu rasa macam, eeeee comelnya anak aku, pandainya dia.
Yang ni hari lain pulak, tengok kotak tisu warna lain-lain (nak menunjukkan betapa budak ni suka dengan tisu, huhuhu). Aku ingat lagi, masa tu aku kat dapur tengah masak. Tiba-tiba Nuar cakap, 'Minn, jangan pandang lantai (dekat ruang tamu), nanti Minn tension'. Aku kan degil, nak pandang jugak. 'Arghhhhh', menjerit jugak lah aku. Masak tak habis lagi, dah ada kerja lain yang menunggu.
Masa ni dia dah pandai berdiri. Makanya, dah semakin luas tempat yang boleh disepahkan. Dan semakin penatlah mak bapak dia nak mengemas rumah.
Tak cukup dengan ruang tamu, bilik tidur pun jadi sasaran. Kadang-kadang sebelum tidur, mesti dia nak kemas bilik dulu. Dapat 5 minit pun jadilah, memang kemas bilik tidur tu huhuhu.
Time ni tension la jugak. Tak pasal-pasal kena susun balik semua benda, huhuhu.
Ni baru ada seorang anak, kalau ada 3 orang, memang tak boleh aku nak bayangkan macam mana lah keadaan rumah aku.
Iklan: Hari Jumaat hari tu, Lia nak datang rumah. Lia nak bawa kawan dia, aku dah fikir-fikir jugak nak kemas rumah. Kalau setakat Lia seorang yang datang, memang tak adanya aku nak kemas. Bukan dia tak tahu perangai pemalas kakak dia ni, hehehe.
Dalam pukul 6.30 petang, Nuar dah bising-bising whatsapp aku, suruh balik rumah. Dia kata rumah berselerak ni, balik cepat, kemas rumah.
Sekali!!!Sampai je rumah, Nuar dah siap kemaskan rumah. Memang betul-betul kemas. Terkejut Mak noks, hehehe.
Tapi belum sempat Lia sampai, budak kecik tu dah sepahkan rumah balik. Sabar je la...
posted from Bloggeroid
No comments:
Post a Comment