nuffnang ad

Tuesday, January 22, 2013

Pendarahan Seperti Period Di Awal Kehamilan

Minggu lepas punyalah gembira, bila tau aku pregnant. Nuar pun punyalah excited, tak sabar-sabar nak suruh aku buat test tu cepat-cepat. Memang kitorang gembira sangatlah bila tengok keputusan test tu. Sebab kalau ikut perancangan, memang kitorang nak ada anak lagi tahun 2013. Sebab kalau ikut perancangan, Amirul pun dah berumur 2 tahun, masa adik dia lahir nanti.

Tapi Allah tu maha berkuasa, mungkin Dia dah ada perancangan lain untuk kami. Subuh semalam, Amirul merengek-rengek nak susu. Bila aku bangun je dari katil, aku rasa macam ada sesuatu keluar. Tapi aku tak nak pergi check pun apa benda yang keluar tu, hati aku masih menidakkan benda tu.

Dah kasi susu dekat Amirul, aku sambung baring lagi. Nak tunggu alarm bunyi dulu, baru nak bangun (memang dasar pemalas kan, hahaha). Masa nak mandi tu baru aku check, masa tu memang luluh dah hati aku ni. Tapi bersabar jugak lagi.

Terus ajak Nuar pergi emergency dekat DEMC. Aku mintak jumpa gynea terus, Dr Mazita. Buat scan semua, doktor kata tak nampak baby lagi sebab masih terlalu awal, baru 5 minggu. Lagipun dia kata dinding rahim masih tebal. Jadi masih ada harapan. Doktor cadangkan aku buat blood test untuk tengok tahap hormon HCG. Buat dua test, satu dah buat semalam, lagi satu kena buat esok. Dah aku cukup tak suka kena cucuk-cucuk ni, huhuhu. Kalau paras hormon tu semakain menurun pada ujian kedua tu, memang aku kena redha je la.

Aku duk google juga, nak tahu pasal benda ni. Ada je orang yang tak keguguran pun walaupun keluar darah yang banyak. Even seorang officemate aku pun mengalami pendarahan yang banyak, tapi baby dia selamat. Dah 10 bulan pun baby tu sekarang ni.

Tapi aku rasa ake terima je lah aku pun keputusan blood test tu. Hati aku kuat mengatakan keputusan yang aku dapat ni memang negatif. Tak apalah, redha je la. Banyak masa lagi, boleh usaha lagi. Sekurang-kurangnya aku patut bersyukur sebab aku dah ada Amirul. Sekurang-kurangnya 'baby' tu 'hilang' sekarang. Kalaulah hilang bila kandungan dah lebih 5 bulan, lagi perit kot. Sebab kita dah rasa 'pergerakan' baby tu.

Hari ahad, sehari sebelum pendarahan ni terjadi, aku duk aktif sangat. Memang aku sendiri pun terasa penat, tapi masa tu tak terfikir pula apa akibatnya. Tak apalah, ini akan jadi pengajaran, lepas ni jangan aktif-aktif sangat waktu peringkat awal pregnant.

Semua benda ni ada hikmahnya, ada sebab kenapa Allah belum lagi nak kasi adik dekat Amirul....

11 comments:

  1. banyak2 sabar dear..ade hikmah sume tu..:)

    ReplyDelete
  2. sabar ye kak,,allah ade terbaek untuk akak,,eh macam dah kawen pulak sy,,hewhew,,amek berkat sikit !

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih... bole, bole, silakan amik berkat :)

      Delete
  3. selalu jgk kami pergi DEMC kalau ada problem, nanti rezeki lain tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab DEMC best dari hospital yg lagi satu tu :)

      Delete
  4. min, aku pun kena camtu gak time awal pregnant...2 kali kena camtu...then kena inject 2 kali tuk kuatkan rahim...alhamdulillah dh 5 bulan pun skrg...hope ko pun takde pape la

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh, 2 kali tu lepas lahirkan Amani ke? Tapi sedih gak la, harap2 lepas ni cepat la lekat balik

      Delete
  5. 1st kena sbb tak tau pregnant yg kali ni...ingt period, tp hati cam kuat nak buat pregnancy test...bile positive terus gi pmc.. kena cucuk skali...then dh 3 bulan camtu, bleeding lg, kena cucuk lg...maybe sbb lasak sgt...hopefully, doakan ko cepat lekat...insyaallah ade rezeki...

    ReplyDelete
  6. Banyak2 bersabar dear..bg sesetengah doktor berpendapat bahawa keguguran diawal kehamilan selalunya berlaku akibat pembentukkan janin yg lemah akibat persenyawaan ovum dan sperma yg tidak berkualiti.

    Janin ini jika ditakdirkan hidup mungkin akan mengalami kecatatan yang besar, sama ada akan meninggal dunia dalam waktu yang singkat atau mungkin akan menderita akibat kecacatan yg dialaminya.

    Oleh itu jgn bersedih sekiranya mengalami keguguran kerana ia ketetapan Allah dan sebahagian tuntutan alam (survival of the fittest).

    Pengambilan makanan tambahan bersesuaian dapat membantu meningkatkan kualiti ovum dan sperma serta rahim yg sihat dan lebih bersedia untuk hamil sekali lagi.. saya mengalu2kan dtg berkunjung ke blog saya utk mengetahui lebih lanjut.. semoga dapat memberi manafaat dan harapan baru utk sis! www.vitaminfavourite.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. mungkin ade hikmah yang tersirat..kuatkan semangat yea..keguguran adakalanya berpunca dari rahim yang lemah. Boleh ke my blog untuk mengetahui lebih tentang pemakanan tambahan yang boleh kuatkan rahim.

    http://vitaminpilihansemua.blogspot.com/

    ReplyDelete