nuffnang ad

Saturday, September 15, 2012

Team Baru, Kerja Baru

*Entry ni dah tullis dari minggu lepas, tapi lupa nak publish, huhuhu....

Yeay, secara rasminya hari Isnin haritu aku dah start kerja dekat team baru. Dah dua tahun buat kerja Intercompany, dah bosan dah, hehehehe. Jadi sekarang aku adalah Compliance Accountant.

Sebenarnya aku kena handle project, dan project ni pun tak lama, antara 6 bulan ke setahun je. Lepas tu tukar pulak ke team lain. Minta-minta, seperti yang dijanjikan, diorang akan hantar aku jadi Management Accountant.

Disebabkan aku buat project, so kerja aku ni memang tak melibatkan accounting entry entry. Jadi untuk tempoh setahun ni, aku boleh lupakan debit credit, aku boleh lupakan month-end closing and year-end closing. Yeay!!!

Boss baru aku ni Scottish, boss lama dulu orang Philippine. Jadi aku pun kena ajar telinga aku untuk terima accent boss baru ni. Boss lama tu dulu senang, sebab orang Philippine biasanya cakap english seketul-seketul, jadi memang senang faham. Diorang cakap pun terang je.

Ermmm, setakat ni bercakap dengan orang Russia yang paling susah. Pernah sekali ada conference call dengan orang-orang Russia. Ya Allah, bapak susah nak faham. Sampai tahap aku ingat diorang bukan cakap english. Bukan aku je yang tak faham, team leader aku pun tak faham. Lepas habis je conference call, kitorang bantai gelak kuat-kuat.

Project yang aku buat ni melibatkan 6 orang. 1 manager, 2 team leader dan 3 accountants. Antara 3 accountants ni, aku la yang paling tak tau apa-apa. Kira aku kena merangkak dari bawah, huhuhuhu. Boss lama cakap, anggap ni sebagai cabaran. Dia kata lagi, aku dapat belajar banyak benda dari project ni. Yela-yela :(

Semalam aku dah start dengan project ni. Serius nak terkeluar biji mata aku nak baca Memorandum of Association la, Article of Association la, Certificate of Incorporation la, ish banyaklah lagi. Dah la ada banyak muka surat. Aku kena buat 60 'accounts'. Setiap satu 'accounts' tu, aku kena baca benda alah tu. Maknanya aku kena baca 60 kali la benda alah tu. Serius tension ok.

Takpe-takpe, fikir positif.....

:)

Oh, lupa. Selamat tinggal Intercompany Team. Ni gambar lunch terakhir dengan Intercompany Team...


No comments:

Post a Comment