nuffnang ad

Saturday, September 15, 2012

Kebun Mini Saya

Rumah aku ni sekangkang kera je. Aku kan beli rumah dekat area Shah Alam, haruslah rumah yang aku beli tu tak besar manakan. Tapi walaupun sekangkang kera, kebun harus ada ok. Tapi kebun mini saja la, kata sekangkang kera kan.

Kebun aku ni ada benda-benda wajib je. Meh, kita terjah.



Ni pokok kaduk. Memang wajib ada, sebab kalau Amirul batuk teruk sangat, boleh guna sebagai ubat. Aku pernah buat entri pasal ni dulu.



Ni pula pokok limau purut. Biasanya kalau kita nak masak, pakai sehelai je kan. Tapi kat kedai mana ada jual sehelai. Diorang dah siap masukkan dalam plastik, dalam tu ada dalam sepuluh helai. Ish, aku nak pakai sehelai je, apasal kau jual sepuluh helai.



Ni pokok daun kari. Ni memang wajib ada sebab lauk kari lauk kegemaran aku ok. Tiap-tiap minggu wajib masak sekurang-kurangnya sekali. Dekat rumah mak aku memang banyak anak pokok kari ni. Jadi aku minta lah anak pokok ni, nak tanam dekat rumah. Tapi abah aku dengan baik hati pergi beli anak pokok ni dekat nurseri. Dia kata biarlah aku tanam pokok kari yang berkualiti sikit. Ish, padahal sama je rasa dia. Saja nak buang duit abah ni.



Ha, ni bukan lalang yer, ni pokok serai nama dia.



Pokok pandan pun ada dekat rumah aku ni. Pokok pandan memang jarang aku guna. Tapi aku tanam juga sebab kalau nak guna nanti, tak tau nak cari kat mana. Lagipun rumah mak aku ada banyak, cabut je sebatang.



Pokok ubi pun ada. Nanti kalau takde sayur nak masak,ambil je pukul ubi ni, rebus, lepas tu cecah sambal belacan.



Ada dua jenis pokok ubi dekat rumah aku. Kecik lagi sebab agak baru juga ditanam. Nanti bila dah ada isi nanti, nak ajak Amirul cabut ubi, hehehe.

Tu je lah pokok yang ada kat rumah aku setakat ni. Pokok bunga pun ada, tapi tak banyak dan hidup segan mati tak mahu. Malas nak siram :)

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment