nuffnang ad

Thursday, September 27, 2012

Tentang 'S'

Rules:It's harder than it looks! Copy to your own note, erase my answers and enter yours.
Use the first letter of your name to answer each of the following questions. They have to be real...nothing made up! If the person before you had the same first initial, you must use different answers. You cannot use any word twice and you can't use your name for the boy/girl name question.


1. What is your name : Siti Aminah
2. A four Letter Word :  Saya
3. A boy's Name :  Syahril (adik aku)
4. A girl's Name :  Sariah (emak aku)
5. An occupation :  Senior Accountants (boss, sila naikkan pangkat saya, saya nak naik gaji, huhuhu)
6. A color : Silver (ermmm betul ke)
7. Something you'll wear :   Seluar dalam, hahahahaha
9. A food : Satay ayam 10! Abang, cepat sikit ek. Lapar ni...
10. Something found in the bathroom : Sebuah novel (baca waktu erk erk, huhuhu)
11. A place : Seremban (tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat berdating...)
12. A reason for being late : Suami saya bangun lambat, hahahaha
13. Something you'd shout :  S**t (ish, ish, ish)
14. A movie title :  Sweet November
15. Something you drink :  Soda Gembira (gembiranya saya)
16. A musical group :  Search
17. An animal :  Semut Kepala Besar (mak aku ajar, padahal nama sebenar adalah Kelingkiak)
18. A street name : Skip boleh tak, malas nak pikir
19. A type of car :  Satria
20. The title of a song : Satu satu, saya sayang Ibu... Dua dua, juga sayang Ibu, la la la la

Sunday, September 23, 2012

Kenapa Mesti Gunakan Budak-Budak?

Sejak aku duduk rumah Shah Alam ni selalu jugalah ada orang minta derma untuk tahfiz la, untuk rumah anak yatim la, untuk buat masjid la.

Tapi yang aku tak faham, kenapa selalunya budak-budak yang jadi mangsa? Budak kecik pula tu. Bila dah jadi emak-emak ni, memang aku senang sangat nak tersentuh tengok nasib budak-budak kecik ni.

Tadi ada seorang budak datang rumah aku, minta derma untuk sekolah tahfiz. Sebelum balik dia tanya, dekat mana kedai runcit yang terdekat, dia nak beli air. Aku rasa kesian sangat, dah la cuaca agak panas juga tadi. Nasib baik dalam fridge ada air 100 plus sejuk yang aku belikan untuk Nuar. Sorry awak, nanti beli lain, hehehe.

Tapi sumpah sedih tengok budak tadi tu.

:(

posted from Bloggeroid

Thursday, September 20, 2012

Mengidam Buah Durian

Waktu tengah drive nak balik tadi, tiba-tiba terfikir nak makan durian. Fikir punya fikir, punya fikir, baru teringat kat Giant ada jual durian. Laju je la aku drive gi sana.

Hari ni aku balik awal, pukul tiga lebih dah cabut dari office. Malam ni ada annual dinner office aku. Jadi siapa yang pergi, boleh balik awal. Aku tak pergi pun, tapi gatal nak balik awal jugak. Haruslah kan.

Tahun ni malas aku nak pergi dinner. Macam tak sampai hati pula nak pergi bersuka ria, lepas tu tinggalkan Nuar kat rumah jaga Amirul. Tapi aku ada tanya seorang kawan ni, kenapa dia tak pergi dinner. Jawapan dia tu buat aku sentap jugalah. Tema dinner tahun ni 'Greek'. Kawan aku tu cakap dia tak nak pergi sebab tema dia berkaitan Tuhan yang bukan Tuhan kita. Sentap mak. Kenapalah aku tak terfikir pun pasal benda tu huhuhu.

Huh, melalut dah aku. Tajuk lain tapi cerita lain, hehehe.

Sebelum beli durian, gi makan laksa johor dulu. Fuh, sedap!



Padahal pukul satu tadi dah makan curry laksa, pukul tiga dah makan benda lain pula. Macam mana nak kurus ni!



Yeay, dapat beli durian dah. Tiga bekas RM25. Bolehlah kan. Tak sabar nak tunggu bulan December, waktu tu durian kat kampung di jangka masak. Nak ajar Amirul makan durian.

:)

posted from Bloggeroid

Tuesday, September 18, 2012

Kasih Ayah (Kasih Mak Juga)

Selalu kita dengar Mak yang sanggup berkorban untuk anak. Tapi kan kasih sayang seorang Ayah pun tak ada tolok bandingan nya. Tak payah lah aku ceritakan satu persatu kat sini segala pengorbanan yang Abah aku dah buat demi untuk besarkan kami adik-beradik, sebab memang banyak. Terlalu banyak untuk aku ceritakan dekat sini.

Ni cerita minggu lepas, tak ada lah sadis sangat cerita dia. Tapi bila aku teringat balik benda tu, mesti hati aku jadi sayu je.

Sekarang ni ada seorang anak buah Nuar duduk rumah kitorang. Jadi bila lebih kurang pukul 7 malam, Mak aku tanya, 'Akmar balik makan dekat rumah tak? Mak nak masak nasi ni. Nasi siang tadi ada lagi sikit, cukup lah untuk seorang makan'.

Aku pun jawab,' Tak pasti lah Mak. Selalunya dia tak balik makan. Tapi semalam dengan hari sebelum tu dia balik pula. Kita tunggu lah sekejap lagi'. Jadi Mak pun tak masak lagi. Sebab Mak dengan Abah ni jenis yang tak suka buang makanan. Jadi diorang akan masak secukupnya, kalau berlebih pun, berlebih sikit saje.

Sekali entah macam mana, pada masa yang sama, aku dengan Abah cakap yang kitorang lapar. Aku suruh Abah makan dulu. Abah pula suruh aku makan dulu. Last-last Abah makan dulu. Tapi tahu tak, Abah makan sesenduk je nasi tu, sebab dia nak aku makan lebih. Aku suruh dia tambah lagi nasi tu, tapi dia tak nak. Dia kata biarlah aku yang makan sebab aku kan baru balik dari office, mesti lapar.

Memanglah isu dia nampak kecik je kan. Tapi tanpa kita sedar sebenarnya mak ayah banyak sangat berkorban untuk kita, cuma kita je yang tak sedar sebab mungkin kita rasa benda tu remeh je.

Waktu aku kecik dulu, aku ingat lagi, Abah sangat jarang nak beli baju baru semata-mata sebab nak simpan duit tu untuk nak besarkan kitorang. Diorang simpan duit untuk majlis kahwin kitorang juga. Sebab tu bila aku nak kahwin, aku sanggup bersusah payah simpan duit sendiri. Ada orang yang kata, kenapa mesti aku susah payah simpan duit untuk kahwin, itukan tanggungjawab mak bapak. Mungkin betul, tapi aku tak sanggup nak tengok duit yang diorang simpan dari muda habis dalam sehari untuk kenduri kahwin aku.

Setiap kali Mak Abah datang Shah Alam, mesti diorang akan bawa bahan-bahan masakan basah siap-siap, macam ayam, ikan, udang semua tu. Sebab diorang rasa diorang pun nak contribute juga. Padahal sebelum Nuar pergi outstation, mesti Nuar dah shoppingkan barang-barang basah, barang-barang kering untuk bekalan kitorang. Cukup sangat untuk 2 minggu. Hmmm, tapi perangai mak bapak memang macam tu. Walaupun anak dia dah besar, dah kahwin, diorang tetap rasa yang itu macam anak dia yang masih sekolah lagi. Tapi baguslah, terasa disayangi gitu, hehehe.

Oh, lagi satu yang sedih. Ni jadi masa raya haritu. Mak aku ada dua bidang tanah, anak perempuan pun ada dua. Jadi dia nak bagi sebidang tanah seorang dekat aku dengan Lia. Yang buat aku sedih tu, dia suruh aku bincang dengan Lia, yang mana satu aku nak, yang mana satu Lia nak. Dia kata dia nak tukar nama siap-siap sebelum dia meninggal dunia. Sedih tak??? Sedih gila kot!!! Waktu Mak cakap benda tu, aku diam aje. Sebab aku tengah tahan air mata dari mengalir. Kalau aku buka mulut, memang sah mengalir air mata aku ni.

Serius aku tak kisah pasal tanah tu, biarlah Lia pilih. Lagipun aku tak nak pasal tanah nanti kitorang adik beradik ada isu. Dah banyak benda macam ni jadi dekat keluarga orang lain. Adik beradik aku bukanlah ramai sangat, tak nak lah bergaduh sebab berebut harta. Memang sedih sangat bila dengar Mak cakap macam tu. Aku rasa macam belum cukup lagi aku bahagiakan Mak Abah aku, janganlah 'pergi' cepat sangat. Aku nak sangat bawa Mak Abah aku pergi jalan-jalan. Waktu muda-muda dulu diorang tak sempat nak jalan-jalan, sebab sibuk nak kumpul duit. Jadi sekarang biarlah aku yang bawa diorang jalan-jalan. Lagipun bolehlah aku ambil kesempatan sekali, aku kan suka jalan-jalan ni, hehehe.

posted from Bloggeroid

Monday, September 17, 2012

Yeay, Dapat Beli Baju Jovian Mandagie

Sebenarnya aku memang tak tahu langsung pasal benda ni. Tapi senja tadi gatal-gatal tangan buka Instagram. Sekali, nampak yang Jovian jual baju untuk raya haji. Laju-laju buka website The Poplook.

Waktu raya haritu dah frust dah. Nak beli baju dia jugak. Mula-mula tengok masih ada size, bila aku refresh je, terus takde size dah. Frust gila ok. Tadi pun hampir-hampir je tak dapat beli.

Aku dah target baik punya nak beli Jewel. Mula-mula ada size S dengan M tau. Pastu sibuk ukur badan semula sebab macam tak percaya yang aku kena pakai size M sekarang ni. Nuar pula suruh aku ambil size S je, dia kata nanti mesti aku bermotivasi nak kuruskan badan. Sekali bila aku click size S je, terus dah sold out ok. Arrgh, rasa nak nangis dah.

Terus tukar fikiran nak ambil Jameela pula, sekali pun sold putih jugak. Jerielle pun sama. Arrgh, kenapa, kenapa???

Akhirnya,aku dapat masukkan Jezalynne dengan Jetta dalam shopping cart aku. Aku nak beli satu je. Nuar suruh beli je dua-dua, dia kata dia bayarkan. Haruslah aku tak nak beli dua, aku ni tak suka mengikis duit suami sendiri hahaha.

Makanya, aku amik Jezalynne je.

Yeay, tak sabar nak tunggu baju sampai.

:)


posted from Bloggeroid

Saturday, September 15, 2012

Kebun Mini Saya

Rumah aku ni sekangkang kera je. Aku kan beli rumah dekat area Shah Alam, haruslah rumah yang aku beli tu tak besar manakan. Tapi walaupun sekangkang kera, kebun harus ada ok. Tapi kebun mini saja la, kata sekangkang kera kan.

Kebun aku ni ada benda-benda wajib je. Meh, kita terjah.



Ni pokok kaduk. Memang wajib ada, sebab kalau Amirul batuk teruk sangat, boleh guna sebagai ubat. Aku pernah buat entri pasal ni dulu.



Ni pula pokok limau purut. Biasanya kalau kita nak masak, pakai sehelai je kan. Tapi kat kedai mana ada jual sehelai. Diorang dah siap masukkan dalam plastik, dalam tu ada dalam sepuluh helai. Ish, aku nak pakai sehelai je, apasal kau jual sepuluh helai.



Ni pokok daun kari. Ni memang wajib ada sebab lauk kari lauk kegemaran aku ok. Tiap-tiap minggu wajib masak sekurang-kurangnya sekali. Dekat rumah mak aku memang banyak anak pokok kari ni. Jadi aku minta lah anak pokok ni, nak tanam dekat rumah. Tapi abah aku dengan baik hati pergi beli anak pokok ni dekat nurseri. Dia kata biarlah aku tanam pokok kari yang berkualiti sikit. Ish, padahal sama je rasa dia. Saja nak buang duit abah ni.



Ha, ni bukan lalang yer, ni pokok serai nama dia.



Pokok pandan pun ada dekat rumah aku ni. Pokok pandan memang jarang aku guna. Tapi aku tanam juga sebab kalau nak guna nanti, tak tau nak cari kat mana. Lagipun rumah mak aku ada banyak, cabut je sebatang.



Pokok ubi pun ada. Nanti kalau takde sayur nak masak,ambil je pukul ubi ni, rebus, lepas tu cecah sambal belacan.



Ada dua jenis pokok ubi dekat rumah aku. Kecik lagi sebab agak baru juga ditanam. Nanti bila dah ada isi nanti, nak ajak Amirul cabut ubi, hehehe.

Tu je lah pokok yang ada kat rumah aku setakat ni. Pokok bunga pun ada, tapi tak banyak dan hidup segan mati tak mahu. Malas nak siram :)

posted from Bloggeroid

Welcome Lunch

Welcome Lunch untuk aku, Bryan dengan Greg dan juga Farewell Lunch untuk Monica and Krish.

Lunch dekat Chili's dan seperti biasa, setiap kali makan dekat Chili's mesti aku tak kan dapat habiskan makanan aku, huhuhu.

Gambar makanan takde sebab malu nak snap depan orang-orang yang aku baru kenal.

Tapi gambar team ada, nah tengoklah team aku yang baru, Compliance Team.


Team Baru, Kerja Baru

*Entry ni dah tullis dari minggu lepas, tapi lupa nak publish, huhuhu....

Yeay, secara rasminya hari Isnin haritu aku dah start kerja dekat team baru. Dah dua tahun buat kerja Intercompany, dah bosan dah, hehehehe. Jadi sekarang aku adalah Compliance Accountant.

Sebenarnya aku kena handle project, dan project ni pun tak lama, antara 6 bulan ke setahun je. Lepas tu tukar pulak ke team lain. Minta-minta, seperti yang dijanjikan, diorang akan hantar aku jadi Management Accountant.

Disebabkan aku buat project, so kerja aku ni memang tak melibatkan accounting entry entry. Jadi untuk tempoh setahun ni, aku boleh lupakan debit credit, aku boleh lupakan month-end closing and year-end closing. Yeay!!!

Boss baru aku ni Scottish, boss lama dulu orang Philippine. Jadi aku pun kena ajar telinga aku untuk terima accent boss baru ni. Boss lama tu dulu senang, sebab orang Philippine biasanya cakap english seketul-seketul, jadi memang senang faham. Diorang cakap pun terang je.

Ermmm, setakat ni bercakap dengan orang Russia yang paling susah. Pernah sekali ada conference call dengan orang-orang Russia. Ya Allah, bapak susah nak faham. Sampai tahap aku ingat diorang bukan cakap english. Bukan aku je yang tak faham, team leader aku pun tak faham. Lepas habis je conference call, kitorang bantai gelak kuat-kuat.

Project yang aku buat ni melibatkan 6 orang. 1 manager, 2 team leader dan 3 accountants. Antara 3 accountants ni, aku la yang paling tak tau apa-apa. Kira aku kena merangkak dari bawah, huhuhuhu. Boss lama cakap, anggap ni sebagai cabaran. Dia kata lagi, aku dapat belajar banyak benda dari project ni. Yela-yela :(

Semalam aku dah start dengan project ni. Serius nak terkeluar biji mata aku nak baca Memorandum of Association la, Article of Association la, Certificate of Incorporation la, ish banyaklah lagi. Dah la ada banyak muka surat. Aku kena buat 60 'accounts'. Setiap satu 'accounts' tu, aku kena baca benda alah tu. Maknanya aku kena baca 60 kali la benda alah tu. Serius tension ok.

Takpe-takpe, fikir positif.....

:)

Oh, lupa. Selamat tinggal Intercompany Team. Ni gambar lunch terakhir dengan Intercompany Team...