Bila dah bersihkan semua 'penunggu' tu, Amirul pun tidur dengan lena. Tapi dua jam selepas tu dia mula melalak-lalak-kuat-gila-sambil-menghempas-hempaskan-badan-di-pangkuan-aku lagi. Bila periksa, dah ada 'penunggu' lagi. Benda ni berulang-ulang setiap 2 jam sampailah pukul 6 pagi dan lagi menakutkan aku kawasan 'tut' dia dah menjadi merah. Sepanjang 6 bulan umur Amirul ni, tak pernah lagi 'tut' merah. Bila aku bersihkan 'penunggu' tu, Amirul melalak-lalak kesakitan lagi. Disebabkan tak sanggup nak tengok Amirul melalak macam tu, kami terus bawa Amirul ke DEMC pagi tu juga.
Bila balik rumah bermulalah aktiviti cirit-birit Amirul. Setiap 30 minit ke 1 jam, mesti ada 'penunggu' dalam pampers dia. Disebabkan 'tut' dia dah merah, kami ambil keputusan untuk bogelkan saja Amirul.
"Tak apa, Mirul 'iyak' la dekat Mommy dengan abah". Sebagai anak yang patuh, memang Amirul 'iyak' di pangkuan kitorang.
Sepanjang hari memang Amirul menangis dan merengek saja, tak ada kemanisan langsung pada muka dia. Lebih kurang pukul 3 pagi, kitorang rasa badan Amirul panas, demam. Lagi menakutkan 'iyak' dia bertukar kepada warna hijau yang pelik, warna hijau 'vitagen'. Pukul 3 pagi kitorang bawa Amirul pergi KPJ.
Menurut doktor, tindakbalas kuman menyebabkan 'iyak' bertukar ke warna hijau pelik tu. Lepas buat pemeriksaan darah, Amirul bebas dari denggi. Fuh, selamat! Tak sanggup nak tengok Amirul kena cucuk.
Kami pulang ke rumah semula. Tapi Amirul dah mula tak nak minum susu. Pukul 8 pagi, aku kemas semua keperluan dan kami ke KPJ semula. Amirul pun dimasukkan ke wad. Nasib baik dah bawa semua keperluan ke hospital. Menurut doktor tak perlu drip Amirul sebab dia nampak aktif. Ya, di mata orang lain memang Amirul nampak aktif. Tapi bagi kami, Amirul dah mula lemah. Nasib baik juga Amirul tak di drip, tak sanggup juga nak tengok dia kena drip.
Doktor tukar susu Amirul kepada lactose free milk. Menurut doktor, lactose ni adalah makanan kepada virus jahat yang ada di dalam usus. Sebab tu kena tukar kepada lactose free milk ni supaya virus ni tak mendapat makanan lalu mati :)
Tapi bukan senang nak beri Amirul susu ni, memang dia tak nak. Nasib baik susu badan masih ada lagi.
Pengalaman di hospital memang banyak, tapi aku tak berniat nak cerita di entri ini. Mungkin di entri lain.
Hari pertama, pipi masih nampak tembam. Tapi sekarang dah tak setembam ni huhuhu.
Saya meraikan kekalahan Manchester United di hospital. Pipi saya dah tak segebu dulu, perasan tak?
Inilah cara Abah menjaga saya, dia tumpang tidur sekali...
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete