Iklan yang ditayangkan ni, membawa lebih banyak keburukan berbanding kebaikan. 1 sahaja kebaikan yang aku boleh nampak, iaitu ia boleh mempromosikan cerita tersebut.
Tapi keburukannya sangatlah banyak (isu yang aku nak bangkitkan adalah mengenai cerita hantu).
- Kanak-kanak mesti jadi takut nak pergi tandas seorang diri. Bukan kanak-kanak sahaja, mak kanak-kanak macam aku ni pun takut tau.
- Tak baik juga untuk perempuan yang mengandung. Orang tua-tua kata, kalau terkejut boleh memberi kesan buruk pada bayi yang dikandung.
- Merosakkan pemikiran kanak-kanak mengenai benda-benda khurafat. Tak pasal-pasal sahaja mereka terdedah pada bomoh, pemujaan dan lain-lain.
- Tak mengembangkan industri perfileman langsung. Cubalah buat drama atau filem yang boleh menjana pemikiran penonton.
Ok, ada banyak lagi keburukannya yang korang boleh fikirkan sendiri. Tapi yang pasti aku benci cerita-cerita hantu ni sebab ia membuatkan aku takut tinggal di rumah seorang diri walaupun pada waktu siang :'(
No comments:
Post a Comment