Petang semalam lebih kurang pukul 6.30 petang (sepatutnya pagi, tapi ditunda atas sebab-sebab tertentu) kami bawa Miwul untuk dapatkan suntikan 2 bulan. Malamnya, lebih kurang pukul 9.30 Miwul menangis sekuat-kuat hati. Lebih kurang 1 jam juga dia melalak.
Bayi memang akan menangis sebab itu saja cara untuk dia berkomunikasi dengan kita. Bezanya samada bayi tu akan menangis comel atau akan melalak-sekuat-kuat-hati-macam-kena-dera. Sebagai emak, memang aku malu bila Miwul melalak sekuat-kuat hati dan tak nak berhenti, nampak macam aku tak pandai jaga anak pula. Tapi mana ada emak yang akan biarkan anak dia menangis sebegitu rupa. Macam aku sendiri, hati aku ni menangis setiap kali Miwul melalak sekuat-kuat hati.
Miwul ni anak pertama aku, masa mak aku lahirkan adik bongsu, aku pun masih kecil lagi. Anak buah pun aku tak ada lagi. Jadi memang masuk akallah bila aku kata aku tak ada pengalaman dalam hal-hal bayi ni, aku masih belajar lagi.
Kalau Miwul menangis dan agak lambat aku dapat nak tenteramkan dia, itu tak bermakna yang aku biarkan Miwul menangis. Yang sebenarnya, aku cuba tenteramkan dia dan pada masa yang sama cuba mengenalpasti punca mengapa dia menangis. Sebab lapar, sakit, saja mengada-ngada... Susah kita nak kenalpasti, hanya bayi tu saja yang tahu.
Disebabkan harini Miwul berperangai baik, jadi aku sempat mencari-cari bahan dalam internet ni berkenaan bayi yang kuat menangis.
- Bayi lelaki lebih kuat menangis dari bayi perempuan (bukan kuantiti menangis tapi dari segi nadanya).
- Adakalanya bayi menangis sebab ada perubahan dalam diri mereka, merekakan sedang membesar, mestilah banyak perubahan. Bayi yang menangis kerana 'perubahan' ini adalah bayi yang bijak kerana mereka berjaya mengesan perubahan yang terjadi pada diri mereka.
Untuk ibu-ibu yang mengalami nasib macam aku, mari kita cuba perkara-perkara di bawah:
- Sebelum dan selepas bangun tidur baca 3 Qul sambil tadah tangan, hembus pada tangan dan sapu pada seluruh badan bayi
- Baca surah alam nasyrah dan hembus pada hidung bayi supaya dapat disedut. Surah ini untuk tenangkan bayi yang sedang menangis.
- Baca surah Al-Fatihah 7 kali dan hembus pada ubun-ubun bayi yang sedang menangis.
*tak salah mencuba :)
sama la, anak kuat menangis..hehe..baby girl..boleh cuba ni..tq for the info..;-)
ReplyDelete