Ok, tak payah nak drama lebih-lebih. Tekak aku ni semua benda pun boleh sumbat, semua benda pun sedap. Bab makanan, aku memang tak cerewet. Campak kat mana-mana pun boleh hidup, sebab semua benda pun aku bedal dengan berselera.
Mulai hari ini, lobak putih akan menjadi salah satu makanan ruji aku. Ni semua gara-gara susu badan yang tak mencukupi untuk susukan Miwul. Untuk Miwul, Mummy sanggup buat apa saja. Ok, sila hentikan drama ini.
Senang sangat nak masak Rebus Lobak Putih ni.
Lobak putih - dihiris nipis
Bawang merah - dihiris
Halia - dihiris
Ikan bilis
Asam keping - optional
Lada hitam / cili padi Garam - secukup rasa
Masukkan semua bahan dalam air yang mendidih. Masak sehingga lobak empuk. Hidangkan.
Aku 'terpaksa' berhenti minum barli, sebab ada orang kata barli ni sejuk, tak elok untuk orang yang berpantang. Tapi mak aku kata berpada-padalah kalau nak berpantang pun, jangan sampai badan tak ada tenaga pula. Ok lah,mak memang sempoi. Aku memang akan ikut cara mak aku berpantang, dah terbukti dah. Umur 40 pun mak aku cergas saja lahirkan adik bongsu aku. Sekarang umur mak dah 60++, Alhamdulillah masih sangat kuat dan cergas dan tak ada apa-apa penyakit pun.
Semalam bawa Miwul pergi DEMC untuk pemeriksaan. Waktu tengah tunggu giliran, datang seorang budak lelaki (lebih kurang 4 tahun) menghampiri aku yang tengah memangku Miwul.
Boy : Oooo, baby.
Lepas tu dia lari dekat mak dia. Beberapa saat lepas tu, dia datang semula.
Boy : That's my baby brother.
Miwul's Mommy : Oh, do you have baby sister?
Boy : No, I don't have.
Miwul's Mommy : Do you want a baby sister?
Boy : Mama said we can't have it. She said me and my baby brother gave her so much trouble already.
Budak, kau sangat comel ok.
Apa itu Power Pumping?
ReplyDeleteMerupakan teknik mengepam yg boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan setup mengepam yg biasa tapi dlm cara yg lebih unik. Ideanya adalah utk meniru bayi menyusu secara x langsung meningkatkan bekalan susu ibu.
Siapa yang perlukan Power Pumping?
1. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu
2. Ibu yg ingin relaktasi/ menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan
3. Ibu yg kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakan semula susu – akibat drpd perubahan hormon, period, kurang mengepam etc.
Macam mana nak buat Power Pumping?
Untuk Single pump – pam kanan dulu 10 minit, kendian pam kiri plak 10 minit, tukar plak ke kanan 10 minit dan seterusnya, bertukar2 setiap 10 minit berterusan selama sejam.
Untuk Double Pump – Pam kedua2 belah serentak selama 10 minit, rehat/ stop pam 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.
Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok2 nya waktu mlm ke subuh, sbb hormon susu sgt tinggi waktu ni.
Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?
Jgn ingat sekali buat terus susu jadi banyak yer. Power pumping perlukan masa sekurang2nya 1 minggu! Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata2, teruskan misi sehingga dpt hasil yg dikehendaki. Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal, insyallah dipermudahkan olehNYA…amin.
thanks Aie :)
ReplyDelete