nuffnang ad

Saturday, November 19, 2011

Happy One Month Birthday Amirul Hadif

Birthday cake yg dikongsi mak dan anak



Birthday boy & birthday girl...

Yeah, putera hati saya sudah genap sebulan harini. Cepatnya masa berlalu. Tapi dalam masa sebulan ni, macam-macam penyakit hinggap kat anak aku ni. Mula-mula kena kuning. Tapi tak teruk sangat, tak masuk hospital pun. Hanya kena periksa darah. Bergenang juga air mata aku bila dengar Miwul menangis masa ambil darah tu.

Lepas tu kena sakit mata pula, lebih 2 minggu juga baru sembuh. Sepanjang hari dia menangis saja. Muka pun comot saja, sebab banyak tahi mata yang keluar.

Lepas tu kena batuk pula, batuk agak teruk. Tak sanggup tengok dia batuk, sampai buntang-buntang mata dia tahan sakit. Setiap kali lepas batuk,mesti dia akan menangis. Rasa kesian sangat. Bawa dia buat pemeriksaan di hospital, tapi doktor kata tak boleh kasi dia makan ubat memandangkan umur dia belum sebulan lagi. Doktor hanya suruh aku gosok-gosok belakang dan dada dia setiap kali dia batuk untuk tenangkan dia. Aku pun tanya Encik Google, cari petua untuk legakan batuk pada bayi. Alhamdulillah, batuk dia dah hampir sembuh sekarang, cuma sesekali akan batuk juga. Nanti aku share petua ni dalam entri yang berikutnya.

Kelahiran Miwul ni bukan hanya ditunggu-tunggu dan menggembirakan aku dan Nuar, tapi juga oleh seluruh keluarga aku. Miwul adalah cucu pertama mak ayah aku dan juga anak buah pertama untuk adik-adik aku. Sebab asyik mengadap Miwul setiap masa, kadang-kadang mak aku lambat memasak, lambat jemur baju, nasi pun pernah hangus, nak keluar jalan-jalan pun malas. Itulah kesan kehadiran Miwul dalam keluarga aku.
Miwul - beberapa minit selepas dilahirkan

I'm a boy!!!

Aku disah mengandung lebih kurang 11 bulan lepas kami berkahwin. Perasaan gembira tu jangan ceritalah, sebab dah lama sangat kitorang tunggu nak dapat anak ni. Selera aku sepanjang mengandung ni agak ekstrim juga, banyak benda yang aku teringin nak makan. Nasib baik Nuar jenis suami yang rajin nak melayan selera aku ni hehehe. Aku gembira dengan kandungan ni sebab dah tak tahan dengan soalan-soalan orang keliling yang tanya bila nak mengandung. Mungkin mereka lupa yang rezeki tu datang dari Allah, kita hanya mampu berusaha dan berdoa.

Mengikut perkiraan doktor due date untuk kandungan aku adalah pada 17 Oktober. Tapi 2 minggu sebelum due date tu aku dah rasa sakit yang berpanjangan. Jadi mak ayah aku pun datang ke Shah Alam sebab ingat aku dah nak melahirkan. Malangnya hanya sehari saja aku sakit, lepas tu sihat walafiat sampailah tarikh due tu.

Disebabkan langsung tiada tanda-tanda yang aku akan melahirkan, doktor cadangkan untuk aku induce. Jadi 18 Oktober aku pun menyerah diri masuk hospital. Proses induce bermula pada pukul 9 pagi menggunakan ubat. Lebih kurang pukul 2 petang aku rasa macam nak demam dan mula muntah. Tak lama lepas tu darah mula keluar dan doktor kata dah ada bukaan 1 cm.

Perkara paling kelakar bila aku kata pada jururawat yang aku belum rasa contraction lagi, tapi melalui CTG, jururawat tu kata contraction dah ada dan semakin kerap. Tapi memang masa tu aku belum rasa sakit lagi, hanya rasa tak selesa sahaja, siap boleh main games lagi semasa dalam labour room tu.

Bila dah demam selera makan pun tak ada, lebih kurang pukul 2 pagi aku dah mula rasa sakit. Bukaan dah hampir 4 cm. Sekali lagi aku pergi labour room dan tidur di sana. Aku dah mula tak boleh tidur sebab contraction tu semakin hebat dan kerap. Setiap kali sakit, aku minum air dan minta Nuar usap-usapkan belakang aku. Kesian Nuar sebab dia pun tak dapat tidur lena sangat hehehe. Awak, terima kasih. Terima kasih untuk mak juga sebab tolong temankan di wad. Boleh kata malam tu aku, Nuar dan mak aku tak dapat tidur lena sebab jururawat selalu datang ke bilik utuk periksa suhu badan dan tekanan darah aku. CTG pun kerap juga dibuat.

Tenaga aku semakin hilang sebab tak tidur, demam dan muntah. Keesokan harinya, pukul 8 pagi bukaan baru nak memcecah 5 cm. Aku dah tertekan sebab lama sangat nak tunggu bukaan mencecah 10 cm. Nak tunggu dari 4 cm ke 5 cm pun mengambil masa beberapa jam.

Lebih kurang pukul 12 tengahari, jururawat datang periksa semula dan terus dia suruh aku meneran. Aku tak berapa yakin nak meneran sebab doktor belum sampai lagi. Lagipun aku rasa macam tak kuat nak meneran sebab dah tak ada tenaga. Aku masuk labour room tanpa makan malam dan sarapan pagi (sebab sarapan di hantar ke bilik, padahal masa tu aku dah masuk labour room). Aku boleh dengar tangisan bayi orang dari bilik-bilik sebelah dan aku semakin tak sabar nak dengar tangisan bayi aku. Tepat jam 12.49 tengahari, selamatlah aku melahirkan Amirul Hadif dan tiba-tiba aku rasa ada orang cium dahi aku hehehe. Doktor terus letak bayi di pangkuan aku untuk aku sahkan jantina bayi.

Lepas tu aku dah tak sedar lagi sebab aku dah sedut gas apa entah waktu proses menjahit tu. Dalam keadaan khayal tu, aku masih sedar bila jururawat suruh aku cium Miwul sebelum bawa dia ke nursery. Bila sedar saja, aku terus minta Nuar air soya, rasa haus sangat masa tu.

Bagi sesiapa yang nak melahirkan anak, aku memang menyarankan kamu pergi ke Darul Ehsan Medical Centre (DEMC). Doktor dia memng baik, aku pilih doktor Mazita Mashor. Doktor memang sentiasa positif dan penuh dengan kata-kata peransang sepanjang dalam labour room tu. Jururawat pun sentiasa senyum. Jadi tak salah untuk bayar lebih kalau dapat layanan yang bagus.

No comments:

Post a Comment