nuffnang ad

Wednesday, August 31, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri.....

..... Maaf Zahir dan Batin.

Tahun ni berhari raya pertama di rumah mertua (yang jaraknya setengah kangkang kera aje dari rumah mak bapak aku). Jadi dalam seminggu ni, kitorang memang berulang alik dari 2 rumah ni.

Tapi hari mantai, aku ada kat rumah mak bapak aku. Mak bapak aku ada 2 aje anak perempuan, makanan yang nak dimasak memanglah sangat banyak, jadi kena tolong dioranglah sebab makanan yang dimasak pun untuk dihidang pada anak-anak juga.

Orang Negeri Sembilan mesti tahu pasal hari mantai ni. Bagi yang tak tahu, hari Mantai ni adalah hari di mana kami akan masak beria-ia. Biasanya lemang dengan rendang. Hari Mantai ni biasanya di sambut (betulkah perkataan yang aku guna ni?) sehari sebelum puasa dan sehari sebelum hari raya...

Acara dimulakan dengan sesi penyembelihan ayam kampung. Yea, dapat merasa rendang ayam kampung tahun ni :)

Ayam seterusnya...

Nah, sila ambil ayam ni seekor seorang, lepas tu cabut bulu dia sampai bersih. Teringat zaman kanak-kanak dulu. Arwah Wan buat macam pertandingan, siapa dapat cabut bulu ayam paling cepat. Tahun ni aku kalah, aku lah yang paling lambat dapat habiskan semua bulu-bulu ayam tu sebab lagi banyak bercakap dari bekerja, hehe.

Yea, rendang dah hampir siap. Tapi boleh ambil bau je dulu :(

Raya tahun ni, aku berjaya 'meracun' abah aku untuk buat lemang. Setelah hampir 5 tahun tak buat lemang, tahun ni abah aku bersetuju untuk buat lemang. Tapi buat sikit aje, kira macam percubaan la tahun ni. Dah lama tak buat, jadi tak pasti kemahiran masih wujud tak dalam diri kitorang hehe.

Encik Suami ala-ala rajin mengupas kelapa dan membersihkan buluh lemang. Sebenarnya, aku teringin nak anak-anak aku merasa kemeriahan raya macam zaman dulu-dulu, bakar lemang, anyam ketupat, masak rendang. Harap-harap tahun seterusnya, aku masih akan berjaya meracun abah untuk buat lemang lagi.

Lemang dah sedia untuk dibakar... Encik Suami, mari ke mari. Sila tolong bakar lemang ni. Drama biar lebih sikit, walaupun lemang hanya 10 batang je.

Gambar lemang yang dah masak tak sempat nak ambil, dah selamat masuk perut.

Encik yang berbaju merah seperti gambar di atas, asyik mengacau aku menulis entri ni. Beberapa percubaan dilakukannya untuk memuji-muji diri sendiri di dalam entri ni. Nasib baik aku perasan akan 'ayat-ayat' yang tak sepatutnya berada dalam entri ni. Jadi untuk tak menghampakan Encik yang berbaju merah, kenalah puji sikit.

Encik yang berbaju merah, terima kasihlah di atas pertolongan yang sangat significant dalam proses membuat lemang pada tahun ni. Tahun depan silalah membantu lagi, lemang ni memang sedap sebab ada campuran air tangan awk... Puas hati tak? hehehehe

Kepada pembaca yang menbaca entri ni (macamlah ramai yang baca kan), Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin dari kami suami isteri.

p/s - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan juga...

No comments:

Post a Comment