nuffnang ad

Saturday, August 13, 2011

Epidural.... Adakah Satu Keperluan Atau Kehendak?

Waktu awal-awal mengandung dulu, ada beberapa kawan yang tanya kalau aku nak ambil epidural sesama melahirkan nanti. Tapi sebab masa tu masih di peringkat awal kehamilan, aku tak berapa ambil berat sangat soalan tu.Sekarang aku dah mula cari-cari di Google kebaikan dan keburukan epidural ni, perlukah aku ambil?

Isnin ni nak pergi jumpa gynea, harap-harap tak lupa nak tanya pasal epidural ni.

OK, bagi mereka yang tak tahu, epidural menahan kesakitan bersalin dengan menghalang buat sementara waktu saraf yang bermula dari rahim ke otak. Antara faktor yang menambah kesakitan ketika bersalin:
• kelahiran anak pertama
• induksi bersalin (penambahan ubat Pitocin) untuk mempercepatkan bersalin
• kehamilan pada usia muda
• obes dan kesakitan tulang belakang sewaktu datang haid.


Ni pula kebaikan suntikan epidural:
• menahan kesakitan pada peringkat pertama dan kedua kelahiran
• tidak memberi kesan mengantuk pada ibu
• memberi bius untuk kelahiran secara forceps, jahitan episiotomi dan
• meneruskan khidmat pembiusan jika memerlukan kelahiran secara pembedahan caesarean.
• menyebabkan salur darah mengembang, melancarkan peredaran darah kepada bayi dan
secara tidak langsung mengurangkan risiko bayi lemas
• ibu yang ada masalah kesihatan seperti sakit jantung dan tekanan darah tinggi,
epidural adalah ubat tahan sakit paling selamat dan sangat diperlukan.

Aku cuba juga cari kesan-kesan buruk epidural ni sebab ada orang kata ia akan menyebabkan sakit belakang. Tapi belum ada kajian bertulis yang mengesahkan dakwaan ni, sebab ada juga wanita yang bersalin normal tanpa epidural, tapi masih juga mendapat sakit belakang.

Ni antara kesan-kesan sampingan:
• tidak selesa akibat kekebasan pada bahagian bawah badan (biasanya kebanyakan wanita dapat menerimanya sebagai ketidakselesaan sementara)
• boleh menyebabkan tekanan darah rendah (hipotensi) dan tidak dapat membuang air
kecil dengan sendiri (biasanya pakar bius memberi ubat bius epidural berdos rendah yang berkesan untuk mengelak masalah ini)
• sebahagian ubat bius epidural boleh menyebabkan kegatalan kulit (ini dapat diatasi dengan menukar jenis ubat bius atau dirawat dengan ubat)
• Kurang 1/1000 orang mungkin mendapat jangkitan kuman pada kawasan epidural (biasanya ia tidak berlaku kerana prosedur epidural dilakukan dalam keadaan steril)
• ada juga mengadu mengalami sakit kepala yang kuat [Post Dural Puncture Headache] (atasi dengan berehat dan minum air secukupnya dan mengambil ubat tahan sakit seperti paracetamol. Jarang sekali ia memerlukan rawatan perubatan lain)

Oh, satu lagi keburukan, ia akan memanjangkan proses kelahiran sebab si ibu kurang merasakan sakit nak meneran tu. Suntikan epidural ni hanya boleh di lakukan oleh pakar bius aje.

Ermmm, masih tak tahu lagi nak ambil atau tak epidural ni. Harap-harap ada orang yang boleh kongsi pengalaman melahirkan dengan dan tanpa epidural.

1 comment: