nuffnang ad

Wednesday, August 31, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri.....

..... Maaf Zahir dan Batin.

Tahun ni berhari raya pertama di rumah mertua (yang jaraknya setengah kangkang kera aje dari rumah mak bapak aku). Jadi dalam seminggu ni, kitorang memang berulang alik dari 2 rumah ni.

Tapi hari mantai, aku ada kat rumah mak bapak aku. Mak bapak aku ada 2 aje anak perempuan, makanan yang nak dimasak memanglah sangat banyak, jadi kena tolong dioranglah sebab makanan yang dimasak pun untuk dihidang pada anak-anak juga.

Orang Negeri Sembilan mesti tahu pasal hari mantai ni. Bagi yang tak tahu, hari Mantai ni adalah hari di mana kami akan masak beria-ia. Biasanya lemang dengan rendang. Hari Mantai ni biasanya di sambut (betulkah perkataan yang aku guna ni?) sehari sebelum puasa dan sehari sebelum hari raya...

Acara dimulakan dengan sesi penyembelihan ayam kampung. Yea, dapat merasa rendang ayam kampung tahun ni :)

Ayam seterusnya...

Nah, sila ambil ayam ni seekor seorang, lepas tu cabut bulu dia sampai bersih. Teringat zaman kanak-kanak dulu. Arwah Wan buat macam pertandingan, siapa dapat cabut bulu ayam paling cepat. Tahun ni aku kalah, aku lah yang paling lambat dapat habiskan semua bulu-bulu ayam tu sebab lagi banyak bercakap dari bekerja, hehe.

Yea, rendang dah hampir siap. Tapi boleh ambil bau je dulu :(

Raya tahun ni, aku berjaya 'meracun' abah aku untuk buat lemang. Setelah hampir 5 tahun tak buat lemang, tahun ni abah aku bersetuju untuk buat lemang. Tapi buat sikit aje, kira macam percubaan la tahun ni. Dah lama tak buat, jadi tak pasti kemahiran masih wujud tak dalam diri kitorang hehe.

Encik Suami ala-ala rajin mengupas kelapa dan membersihkan buluh lemang. Sebenarnya, aku teringin nak anak-anak aku merasa kemeriahan raya macam zaman dulu-dulu, bakar lemang, anyam ketupat, masak rendang. Harap-harap tahun seterusnya, aku masih akan berjaya meracun abah untuk buat lemang lagi.

Lemang dah sedia untuk dibakar... Encik Suami, mari ke mari. Sila tolong bakar lemang ni. Drama biar lebih sikit, walaupun lemang hanya 10 batang je.

Gambar lemang yang dah masak tak sempat nak ambil, dah selamat masuk perut.

Encik yang berbaju merah seperti gambar di atas, asyik mengacau aku menulis entri ni. Beberapa percubaan dilakukannya untuk memuji-muji diri sendiri di dalam entri ni. Nasib baik aku perasan akan 'ayat-ayat' yang tak sepatutnya berada dalam entri ni. Jadi untuk tak menghampakan Encik yang berbaju merah, kenalah puji sikit.

Encik yang berbaju merah, terima kasihlah di atas pertolongan yang sangat significant dalam proses membuat lemang pada tahun ni. Tahun depan silalah membantu lagi, lemang ni memang sedap sebab ada campuran air tangan awk... Puas hati tak? hehehehe

Kepada pembaca yang menbaca entri ni (macamlah ramai yang baca kan), Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin dari kami suami isteri.

p/s - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan juga...

Saturday, August 20, 2011

Teringin la...


Nak cucur udang Alor Gajah 1 pinggan, please....

Siapa suruh tengok gambar makanan malam-malam buta ni :(

Tuesday, August 16, 2011

Dah Boleh Dengar Lagu Raya, Yeeehaaa.....

Uh, bestnya lagu raya dah keluar kat radio... Buat kerja kat pejabat sambil dengar lagu raya, memang layan.

Lepas tu rasa syahdu gila sampai boleh bergenang-genang air mata bila dengar lagu yang sedih-sedih. Lagu pasal tak dapat beraya la, beraya di perantauan la.

Lepas tu fikir balik, apesal pula aku nak emo-emo ni? Dah sah-sah la aku raya kat kampung tahun ni. Kalau kena raya kat rumah mertua pun, jarak rumah mertua dengan rumah mak bapak aku tak sampai sekangkang kera pun. Kalau merempit, tak sampai 2 minit pun :)

Hehehe, aku memang suka drama. Tak apa lah, aku tolong emo untuk orang lain yang tak dapat nak beraya tu.

PS: Encik-Cinta-Hatiku, saya belum ada baju raya ni. Bila nak pergi beli? Walaupun perut saya buncit tahun ni, saya tetap nak bergaya di pagi raya :)

Saturday, August 13, 2011

Epidural.... Adakah Satu Keperluan Atau Kehendak?

Waktu awal-awal mengandung dulu, ada beberapa kawan yang tanya kalau aku nak ambil epidural sesama melahirkan nanti. Tapi sebab masa tu masih di peringkat awal kehamilan, aku tak berapa ambil berat sangat soalan tu.Sekarang aku dah mula cari-cari di Google kebaikan dan keburukan epidural ni, perlukah aku ambil?

Isnin ni nak pergi jumpa gynea, harap-harap tak lupa nak tanya pasal epidural ni.

OK, bagi mereka yang tak tahu, epidural menahan kesakitan bersalin dengan menghalang buat sementara waktu saraf yang bermula dari rahim ke otak. Antara faktor yang menambah kesakitan ketika bersalin:
• kelahiran anak pertama
• induksi bersalin (penambahan ubat Pitocin) untuk mempercepatkan bersalin
• kehamilan pada usia muda
• obes dan kesakitan tulang belakang sewaktu datang haid.


Ni pula kebaikan suntikan epidural:
• menahan kesakitan pada peringkat pertama dan kedua kelahiran
• tidak memberi kesan mengantuk pada ibu
• memberi bius untuk kelahiran secara forceps, jahitan episiotomi dan
• meneruskan khidmat pembiusan jika memerlukan kelahiran secara pembedahan caesarean.
• menyebabkan salur darah mengembang, melancarkan peredaran darah kepada bayi dan
secara tidak langsung mengurangkan risiko bayi lemas
• ibu yang ada masalah kesihatan seperti sakit jantung dan tekanan darah tinggi,
epidural adalah ubat tahan sakit paling selamat dan sangat diperlukan.

Aku cuba juga cari kesan-kesan buruk epidural ni sebab ada orang kata ia akan menyebabkan sakit belakang. Tapi belum ada kajian bertulis yang mengesahkan dakwaan ni, sebab ada juga wanita yang bersalin normal tanpa epidural, tapi masih juga mendapat sakit belakang.

Ni antara kesan-kesan sampingan:
• tidak selesa akibat kekebasan pada bahagian bawah badan (biasanya kebanyakan wanita dapat menerimanya sebagai ketidakselesaan sementara)
• boleh menyebabkan tekanan darah rendah (hipotensi) dan tidak dapat membuang air
kecil dengan sendiri (biasanya pakar bius memberi ubat bius epidural berdos rendah yang berkesan untuk mengelak masalah ini)
• sebahagian ubat bius epidural boleh menyebabkan kegatalan kulit (ini dapat diatasi dengan menukar jenis ubat bius atau dirawat dengan ubat)
• Kurang 1/1000 orang mungkin mendapat jangkitan kuman pada kawasan epidural (biasanya ia tidak berlaku kerana prosedur epidural dilakukan dalam keadaan steril)
• ada juga mengadu mengalami sakit kepala yang kuat [Post Dural Puncture Headache] (atasi dengan berehat dan minum air secukupnya dan mengambil ubat tahan sakit seperti paracetamol. Jarang sekali ia memerlukan rawatan perubatan lain)

Oh, satu lagi keburukan, ia akan memanjangkan proses kelahiran sebab si ibu kurang merasakan sakit nak meneran tu. Suntikan epidural ni hanya boleh di lakukan oleh pakar bius aje.

Ermmm, masih tak tahu lagi nak ambil atau tak epidural ni. Harap-harap ada orang yang boleh kongsi pengalaman melahirkan dengan dan tanpa epidural.

Wednesday, August 10, 2011

Welcome Back Panda Eyes

Akhir-akhir ni aku perasan simptom-simptom yang berlaku pada awal kehamilan dulu datang balik :(

1) Senang rasa mengantuk dan berasa penat waktu siang

2) Senang terjaga pada waktu malam, mata panda sudah kembali

3) Emosi tak stabil (suka-suka hati je nak emo)

4) Kadang-kadang rasa nak muntah

5) Dah tak larat nak jalan laju-laju

6) Rasa macam cuaca negara ni panas sangat, rasa macam nak tidur dalam bilik air aje

7)Sakit pinggang, sakit belakang

Normalkah?

Monday, August 8, 2011

Minggu ke-30... Yeay!!!!

Alhamdulillah, minggu ni kandungan aku dah pun berusia 30 minggu. Cepat aje masa berlalu, sedar-sedar dah 7 bulan lebih. Maknanya lebih kurang 2 bulan lagi aku bakal tengok muka orang yang selalu tendang-tendang perut aku. Walaupun kadang-kadang rasa tak selesa bila dia menendang dengan kuat, tapi aku rasa bahagia sangat. Lagi bahagia bila tengok senyuman Encik-Cinta-Hatiku, setiap kali dia nampak perut aku bergerak-gerak.

Mak aku ada tanya samada baby aku ni aktif bergerak atau tidak. Jawapannya, sangat aktif,sampai kadang-kadang aku rasa dia hanya tidur waktu aku pun tidur sama. Masa aku berjaga, dia pun berjaga sama.Sebagai lelaki, tendangan dia memang kuat, sampai ada kalanya aku rasa macam kaki dia dah nak terkeluar.

Walaupun dah masuk 7 bulan usia kandungan aku, tapi sebenarnya kami masih belum membeli apa-apa keperluan baby lagi. Kami hanya membeli beberapa helai baju, stoking dan botol susu. Keperluan lain tak beli lagi. Dalam seminggu dua ni, kami MESTI beli barang-barang ni. Sekarang ni aku tengah sibuk google senarai barang-barang baby yang dah semestinya bakal meranapkan poket kami. Takpe, demi untuk si kecil yang menjadi lambang kasih sayang kami, semua tu boleh di uruskan :)

Kenapa sampai sekarang pun kami tak beli barang-barang baby lagi? Ramai yang menasihatkan aku untuk tidak beria-ia membeli barang baby lagi. Tunggu sampai baby nak keluar, baru beli. Memandangkan, dah nak masuk bulan ke-8, aku rasa sekarang adalah masa yang sesuai untuk membeli-belah.

Selamat Membeli-belah!!!

Wednesday, August 3, 2011

Karma... Percayakah Korang??

Korang percaya tak dengan hukum 'karma'? Aku adalah baca beberapa laman web pasal karma ni. Menurut laman web yang aku baca, karma ni adalah kepercayaan Hindu. Dalam Islam tak wujud pun karma ni. Macam yang kita semua tahu, dalam ajaran Islam, kalau kita berbuat baik, syurgalah ganjarannya. Kalau sebaliknya, nerakalah yang menanti.

Tapi aku percaya korang semua pernah dengar ayat ni, 'Tuhan bayar tunai kat dunia, tak payah tunggu kat akhirat'. Aku sendiri pun pernah mengalami benda ni,mengumpat orang lepas tu tak sampai beberapa jam tersungkur kat tengah-tengah jalan. Mungkin tu hanya kebetulankan. Tapi kita lihat dari sudut positif, jangan berbuat jahat pada orang, sebab setiap perbuatan yang kita lakukan ada balasannya.

Sebenarnya, ada benda yang terjadi dekat sekitar aku yang menyebabkan aku terfikir untuk tulis pasal benda ni. Ada seseorang yang selalu menyatakan ketidakpuasan hati, kebencian yang amat sangat terhadap 'sesuatu' benda, dan sekarang aku perhatikan dia pula yang mempunyai 'sesuatu' itu tanpa kerelaannya. Bila aku fikirkan semula, aku jadi takut kalau benda yang sama terjadi pada aku. Kata orang, 'what goes around comes around'.

Jadi sempena bulan Ramadhan yang mulia ni, aku berazam untuk jadi orang yang lebih baik dari semalam dan hari-hari yang sebelumnya. Tambah-tambah lagi dengan keadaan aku yang sarat berbadan dua sekarang ni. Mak aku kata, ajarlah baby ni benda-benda yang baik sejak dalam kandungan lagi.

Ok, aku ambil kesempatan ni untuk mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Semoga kita semua dapat menjalani ibadah tahun ni dengan sempurna, lebihkan beramal ibadat, kurangkan bercakap (aka mengumpat),kawal segala nafsu dan semoga segala amalan kita diterima oleh-Nya.

Amin...